View: 32807|Reply: 24
|
‘Dahulu, hal dalam bilik pun dikongsikan’ - Andi Bernadee
[Copy link]
|
|
Mengutamakan kesejahteraan diri, penyanyi Andi Bernadee enggan terlampau berkongsi hal peribadi yang berisiko mencetuskan perkara negatif.
Andi atau nama sebenarnya Andi Azrul Andi Mapangil, 33, berkata situasi tersebut membuatkannya seolah-olah tenggelam timbul dalam media sosial apabila hanya fokus terhadap kerjaya.
“Ramai mengetahui beberapa peristiwa yang berlaku kepada saya sebelum ini. Atas sebab itu saya pilih untuk kongsi mengenai kerjaya sahaja.
Dahulu sampai hal di bilik tidur pun saya kongsikan yang kemudian menarik aura negatif. ‘Mindset’ saya sekarang hanya mahu kongsi benda berkenaan nyanyian.
“Jika terlalu banyak mempamerkan hantaran berkaitan peribadi, saya rasa keadaan itu boleh mengundang kepada perkara negatif,” katanya selepas majlis menandatangani kontrak bersama Universal Music Malaysia (UMM), hari ini.
Menurut artis kelahiran Sabah itu, kehidupannya semakin tenang selepas ‘menapis’ perkara yang lebih menjadi keutamaan seiring peningkatan usia.
Biarpun menyedari kepentingan media sosial, Andi berkata dia kini lebih matang dalam membuat pertimbangan termasuk lebih berjaga-jaga sebelum memuat naik sebarang hantaran.
“Saya tak akan buat lagi video merapu macam ketika fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Saya pun tak terkejar ‘trend‘ sekarang. Orang ikuti pempengaruh, dah tak tengok sangat kehidupan artis kan?
Selaku penyanyi saya kena tunjuk diri saya sebagai penyanyi dan tidak buat konten macam dahulu. Saya sekarang makin matang berfikir mana yang terbaik untuk diri saya.
“Buat masa ini saya lebih selesa sebagai penyanyi dan pelakon, tapi tengoklah jika saya terbuka hati buat kandungan di rumah seperti ketika PKP,” ujarnya.
Berkongsi pula kontrak bersama syarikat rakaman baharu, Andi yakin perjanjian selama tiga tahun itu mampu meningkatkan momentum karier nyanyiannya.
Atas sebab tersebut, penyanyi Satu Peluang itu tidak menerima tawaran berlakon sepanjang tahun ini bagi memberi fokus kepada penghasilan lagu baharu.
Saya kira persalinan ke Universal Music Malaysia sebagai berubah angin untuk anjakkan baru dalam kerjaya nyanyian.
“Bersama mereka saya nampak arah tuju selepas ini dengan pelbagai perancangan terutama penerbitan lagu baharu yang mendorong saya tidak ambil tawaran berlakon,” katanya.
Sebelum ini Andi pernah mendedahkan berdepan gangguan misteri yang menjejaskan kesihatan serta keadaan mentalnya.
Sumber – KOSMO! ONLINE
|
|
|
|
|
|
|
|
Ya. Di mana2 pun jangan terlalu kongsi hal personal. Even di porom. Dah tua baru aku blajo hakikat ni. Adik2 mudo, sila beringat. |
|
|
|
|
|
|
|
Andi ni bagus juga. Lately ni byk drama dia berlakon. Lakonan pon ok lah juga tp still boleh di improve. Xdelah kayan sgt |
|
|
|
|
|
|
|
Andi suam2 pun sejuta followers..
|
|
|
|
|
|
|
|
Baru tau dia ni asal sabah.. |
|
|
|
|
|
|
|
betul wahai bam andi....
bkn hanya smartfon, tp tuan punya hp pun harus smart
|
|
|
|
|
|
|
|
baguslah makin berusia makin matang |
|
|
|
|
|
|
|
yg penting burung2 pun kena jaga smua nk rakam or share |
|
|
|
|
|
|
|
Kejap tak nak buat konten kat umah, kejap tgk lah dulu. Mana satu.
Pastu posting ig caption “ikut saya balik ke rumah”
Kau ni mabuk ketum ke apa |
|
|
|
|
|
|
|
lama tak nampak heols... sejak keluar big stage, iols tgk dalam ketuk2 ramadon ja... |
|
|
|
|
|
|
|
Elok jugak andee ni. Klu ajak on mak ok jah. |
|
|
|
|
|
|
|
Ooo itu namanya.
Mana pulop dtg Benardee tu. Anak meols suka betholll lagu Satu Peluang tu. Kemain nyanyi2 dlm kereta ulang2 pakai Spotify. |
|
|
|
|
|
|
|
Mamidingdong replied at 29-8-2024 09:10 AM
Baru tau dia ni asal sabah..
Tengok nama ja sis. Keturunan Pelipin dia ni. Based on nama keluarga. |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 29-8-2024 09:12 PM
Tengok nama ja sis. Keturunan Pelipin dia ni. Based on nama keluarga.
Baru tau nama dia yg sebenar. Hikhikhik |
|
|
|
|
|
|
|
Mamidingdong replied at 29-8-2024 05:10 PM
Baru tau dia ni asal sabah..
Kalau tgk muka andi ni, mesti SG teringat sunnyo cite doraemon tu. Nampak seiras pulak |
|
|
|
|
|
|
|
antidote: Kejap tak nak buat konten kat ...
Duduk Mulio. Haruslah nk tayang kpd netz [em:3:] |
|
|
|
|
|
|
|
mEOLLS terhibur dia berlakon dlm Boleh Saya Bantu.. berlakon jadi receptionist mcm bodo2 alang gitohh.. ekekekek |
|
|
|
|
|
|
|
ni lagi sekor yang palatao, orang nak komen dia pon nak komen.
pangkal nama dia tu "andi" keturunan suku bugis yang menetap di Sabah...
|
|
|
|
|
|
|
|
sayurmayur88 replied at 30-8-2024 03:45 AM
ni lagi sekor yang palatao, orang nak komen dia pon nak komen.
pangkal nama dia tu "andi" keturuna ...
Jangan la mare. Tau la urang Bugis panas baran.
Aiol tengok nama Mapangil tu jah. |
|
|
|
|
|
|
|
Another episode in bipolar disorder shit
|
|
|
|
|
|
|
| |
|