CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 37281|Reply: 1

[Tempatan] Terlanjur cakap kamu hadap, PMX Anwar Ibrahim beritahu Muhyiddin

[Copy link]
Post time 29-8-2024 05:02 PM | Show all posts |Read mode
Terlanjur cakap kamu hadap, Anwar beritahu Muhyiddin

https://www.freemalaysiatoday.co ... beritahu-muhyiddin/

Faiz Zainudin
29 Aug 2024, 01:01 PM


Anwar Ibrahim berkata pihak yang terlanjur dalam ucapan termasuk Muhyiddin Yassin perlu menanggungnya dan tidak menjadikan ia isu untuk kepentingan politik.

Perdana menteri berkata beliau tidak campur tangan siasatan ke atas Muhyiddin Yassin sebaliknya tindakan diambil selepas Istana Pahang membuat laporan polis.

KUALA LUMPUR: Anwar Ibrahim mengingatkan semua pihak termasuk pembangkang tidak mempersoalkan siasatan terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin bawah Akta Hasutan.

Perdana menteri berkata, pihak yang terlanjur dalam ucapan termasuk Muhyiddin perlu menanggungnya dan tidak menjadikan ia isu untuk kepentingan politik.

Kamu melanggar peraturan dan kamu telah terlanjur maka kamu kena hadapinya, katanya ketika ditemui media selepas menghadiri majlis perasmian dan pecah tanah Residensi Suria Madani di Taman Desa.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin yang menuduhnya dan pemimpin Pakatan Harapan dalam kerajaan hipoktrit kerana menggunakan Akta Hasutan terhadap presiden Bersatu itu.



Semalam, Hamzah berkata Anwar dan PH berulang kali secara zalim menggunakan Akta Hasutan selepas berkuasa untuk menekan dan menindas lawan politik.

Manakala, bekas ketua setiausaha sulit Muhyiddin, Marzuki Mohamad berkata terdapat dasar moratorium (menggantung) Akta Hasutan ketika bekas perdana menteri menjadi menteri dalam negeri.

Beliau turut membidas kerajaan perpaduan yang didakwanya menggunakan akta itu walaupun sebelum ini mereka menganggap ia sebagai zalim.

Sementara itu, Anwar berkata beliau tidak campur tangan siasatan ke atas Muhyiddin sebaliknya tindakan diambil selepas Istana Pahang membuat laporan polis.

Laporan dibuat oleh Istana Pahang jadi tak usah dia pusing dia tahu, cuma dia nak main politik…isu ini diangkat Istana Pahang, katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2024 07:38 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 01:34 PM GMT+8 , Processed in 0.051027 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list