CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25831|Reply: 8

[Dunia] Mensaman Razak Baginda, tapi bukan ke najib je yang boleh sain borang keluarkan C4 dari stor tentera kem sungai besi

[Copy link]
Post time 30-8-2024 11:13 AM | Show all posts |Read mode
Gagal bayar RM9.24 juta, keluarga Altantuya fail notis kebankrapan terhadap Razak Baginda

Bernama
29/08/2024 17:50 MYT

KUALA LUMPUR: Keluarga model Mongolia, mendiang Altantuya Shaariibuu memfailkan notis kebankrapan terhadap Abdul Razak Baginda, selepas penganalisis politik itu gagal membayar ganti rugi termasuk faedah lebih RM9.24 juta kepada keluarga berkenaan seperti diputuskan Mahkamah Tinggi pada 2022.

Ibu bapa Altantuya, Dr Shaariibuu Setev dan Altantsetseg Sanjaa serta cucu mereka, Mungunshagai Bayarjargal selaku pemiutang penghakiman, memfailkan notis itu menerusi Tetuan Karpal Singh & Co di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 4 Julai terhadap Abdul Razak sebagai penghutang penghakiman.

Berdasarkan dokumen diperoleh media hari ini, mereka menuntut RM9,248,282.06 termasuk faedah dan kos sebagai wang yang perlu dibayar atas penghakiman muktamad oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Disember 2022 terhadap Abdul Razak dan tiga individu lain, yang pelaksanaan perintah tersebut tidak digantung oleh mahkamah.

Pada 16 Disember 2022, Hakim Datuk Vazeer Alam Mydin Meera yang kini Hakim Mahkamah Persekutuan membenarkan saman difailkan keluarga model itu dan memerintahkan bekas anggota polis Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar, Abdul Razak dan kerajaan, untuk bersama-sama membayar RM5 juta sebagai ganti rugi am, teruk dan teladan kepada keluarga berkenaan.

Hakim itu juga memberikan faedah lima peratus setahun daripada jumlah penghakiman dari tarikh pemfailan tuntutan mahkamah sehingga penyelesaian penuh dan kos guaman RM25,000.

Sementara itu, Abdul Razak memfailkan permohonan pada 15 Ogos untuk mengetepikan notis kebankrapan berkenaan, antaranya atas alasan beliau telah memfailkan rayuan bagi mencabar jumlah ganti rugi diputuskan Mahkamah Tinggi Shah Alam dalam saman terbabit.

"Notis kebankrapan ini mengelirukan, tidak efektif, cacat dan salah di sisi undang-undang. Sebelum mengeluarkan notis kebankrapan itu, pemiutang penghakiman tidak membuat apa-apa tuntutan terhadap saya untuk jumlah penghakiman bertarikh 16 Disember 2022," dakwanya.

Pada 4 Jun 2007, keluarga model itu memfailkan saman RM100 juta terhadap Azilah Hadri dan Sirul Azhar, Abdul Razak dan kerajaan.

Dalam pernyataan tuntutan mereka, keluarga Altantuya berkata kematian model itu mengakibatkan mereka mengalami kejutan mental dan trauma psikologi, dan menuntut pampasan serta ganti rugi teladan dan teruk.

Sirul Azhar kini ditahan di pusat tahanan imigresen Australia, manakala Azilah di Penjara Kajang, menunggu hukuman mati.
--BERNAMA

https://www.astroawani.com/berit ... azak-baginda-485643

Multiple Polls: ( Max 3 choices ), Total 1 Users voted
Your User group have no permission to vote

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2024 11:38 AM | Show all posts
bukan arahan kak ros ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2024 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Najib je yang boleh padam rekod imigresen tauuuuu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2024 01:11 PM | Show all posts

Kisah Najib Razak terlibat kes Altantuya adalah bohong belaka – Raja Petra Kamaruddin
written by M.Daim 24 May 2020

KUALA LUMPUR, 24 Mei – Editor Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin hari ini menegaskan bekas Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak dan isterinya tidak mempunyai kaitan dengan pembunuhan wanita Mongolia,  Altantuya Shaariibbu.

Beliau berkata demikian dalam satu hantaran yang menjelaskan senario politik negara semasa era Perdana Menteri ke-5, Tun Abdullah Badawi.

“Jika mengikut ajaran arwah Tok Guru saya, Allah tidak akan mengampun dosa seseorang melainkan dia mendapat maaf dari orang yang dia zalimi,

“Saya tahu fitnah yang dilakukan telah menyebabkan kerosakan kepada Najib dan sehingga hari ini kisah serta perakuan sumpah terbabit masih beredar di kalangan masyarakat,

“Bersempena dengan Hari Raya ini, saya ingin minta ampun dan maaf andai kata takdir Allah menentukan bahawa diri ini tidak berkesempatan untuk berhari raya di tahun hadapan,” katanya.

Beliau mendakwa, idea mengaitkan bekas Perdana Menteri dan isterinya dengan kes Altantuya adalah dari ‘orang suruhan’ seorang kenamaan politik yang dikenali sebagai ‘Bul’.

“Selepas itu, saya mengeluarkan Akuan Bersumpah untuk mengaitkan Datin Seri Rosmah dengan kes pembunuhan Altantuya,

“Dalam akuan itu, saya menyatakan Rosmah ada berada di tempat kejadian pembunuhan semasa ianya berlaku,” jelas Raja Petra.

Selain itu, beliau menyedari bahawa dirinya ditipu oleh Bul kerana isterinya dihalang untuk berjumpa dengan orang kenamaan politik.

“Isteri saya, Marina kemudiannya berjumpa dengan Bul di Bangsar. Dia kemudiannya memberikan macam-macam alasan daripada menunjukkan bukti yang dijanjikan,

“Pada ketika itu, Marina tahu Bul telah menipu dan kami turut terlibat sama. Bul adalah seorang kawan yang saya kenal selama 50 tahun,” katanya lagi.

Pada tahun 2008, Raja Petra telah menandatangani Akuan Bersumpah yang menyatakan pembunuhan Altantuya adalah disaksikan sendiri oleh Datin Seri Rosmah Mansor.

Tuduhan tersebut kemudiannya dinafikan oleh Najib. Beliau telah melafazkan sumpah laknat pada akhir tahun lalu di Masjid Kampung Baru bagi menafikan pembabitannya dalam pembunuhan Altantuya

Pada tahun 2011, Raja Petra mendedahkan beliau telah membuat akuan tersebut atas desakan beberapa orang kenamaan politik.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2024 01:13 PM | Show all posts
ini gambar rosmah malam lepas altantuya dibunuh

ceria sungguh kan muka rosmah?? mungkin hati senang sebab misi berjaya

kata acik2 terhasuti, dandan je rosmah lepak ngan anak yatim sebab nak cover pembunuhan hahahaha







Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2024 01:17 PM | Show all posts
inilah kununnya bukti jelas dan nyata najib mengenali altantuya

bodoh mane la yang percaya gambar terang2 superimpose ni




Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-8-2024 01:21 PM | Show all posts
tak silap meols pernah terjumpa heols dgn sorang fomfuan chantek berganda2 dr bini (or xwife, sorry tak sure apa status kang leh mendatangkan fitenohhh)  even kak mah kite.. acam model pun adoo

about a ago dekat ben's klcc

gaytohhh
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 03:01 PM | Show all posts
kemaruk replied at 30-8-2024 01:17 PM
inilah kununnya bukti jelas dan nyata najib mengenali altantuya

bodoh mane la yang percaya gambar t ...

gambar fitnah dari apek PKR, Tian Chua.....btw, 'arahan kak ros' tu adalah senyuman sinis kepada pemfitnah, sama seperti yg fitnah beli cincin sbb menabung dari kecil
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2024 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg menjadi persoalan...apa motif ..? Motif mendiang Altatunta dibunuh..?

Takkan 2 suspek tu bangun pagi2 je dh contact wassap sesama sendiri nk bunuh Altatunya...

Contoh :

Sirul : Salam Azilah..apa plan harini..aku baru bgn tido..
Azilah : salam..harini boring la...jom bunuh sorg warga asing Mongolia nak tak..?
Sirul : bagus idea tu...jom...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 01:24 PM GMT+8 , Processed in 0.117151 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list