CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 50756|Reply: 74

[Politik] EDISI DIVA EH EH: Bila pemimpin PAS pakai beg LV...

[Copy link]
Post time 30-8-2024 08:49 PM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 31-8-2024 04:34 AM

Seorang pemimpin PAS mempertahankan dirinya yang memiliki beg tangan mewah Louis Vuitton (LV) selepas dikecam kerana mendakwa ada rakyat Malaysia mati kelaparan ekoran kurangnya bekalan beras tempatan di bawah kerajaan Madani.

Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Melaka Hawa Yaakub berkata demikian selepas laman parodi, Harakatdaily memuat naik gambarnya membawa beg tangan LV dan berkata dia sanggup menjualnya demi membantu rakyat yang kesusahan.

Dalam ciapan di X, Hawa berkata sampai bila penyokong kerajaan ingin “menjawab” semua isu yang dibangkitkan dengan merujuk beg tangan itu.

“Sampai berapa tahun lagi anda nak jawab semua isu dengan LV?

“Kenaikan harga diesel - LV, rakyat mati kelaparan - LV, kekurangan beras tempatan - LV, Blackrock - LV, afterparty - LV, bir Tiger - LV.

“Tolong cari idea lain. Sekurang-kurangnya biarlah elaun anda berbaloi,” ciapnya.

Dia juga membayangkan beg tangan itu lebih murah berbanding helikopter dan kereta Bentley.

Dia merujuk tindakan pemimpin BN menaiki helikopter ke Nenggiri ketika PRK baru-baru ini, serta Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang menaiki kereta Bentley yang disediakan kerajaan Sarawak ketika berkunjung ke sana.

'Bukan guna duit rakyat’

Semalam, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli menyangkal dakwaan Hawa tersebut, menyifatkannya sebagai melampau dan kurang cerdik.

Dia juga menggesa Hawa agar menghantar senarai rakyat yang memerlukan bantuan kepadanya.

Mengulas lanjut, Hawa berkata nama laman parodi itu, iaitu Harakatdaily sendiri menggunakan populariti PAS, dengan merujuk namanya yang merupakan parodi kepada lidah rasmi parti itu, Harakahdaily.

Dia juga mengecam mereka yang menyerangnya tanpa mengetahui siapa yang membelikan beg itu.

“Apa yang paling penting adalah orang yang belinya tak guna duit pembayar cukai,” katanya lagi.

Malaysiakini

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-8-2024 06:48 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Noh berlagaknya.. betul la geng2 pas skg xsama mcm zaman arwah tok guru nik Aziz dgn arwah harun din ada dlo. Kalau zaman tu nmpk la fisabilillah lagi. Masuk generasi ni hancur abis.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 09:14 PM | Show all posts
Apa salahnya dia pakai beg LV. Duit dia, suka hati dialah.
Entah2 LV ciplak.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
rasa mcm ok je beg LV tu wpun huduh sebeso alam logo bkn hrga setaraf hermes pun. dah dia penat2 bekerja lantak la nak perabes kot mana.
lagipun dia tak pernah ckp tak ambil gaji, buat kerja amal semata. semua parti tak kira apa pun bernafsu bkn maksum
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Ori ke fufu?

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-8-2024 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Delifrance at 30-8-2024 09:46 PM
uda replied at 30-8-2024 09:14 PM
Apa salahnya dia pakai beg LV. Duit dia, suka hati dialah.
Entah2 LV ciplak.


Dont think ciplak la.. dia mmg loaded gila. Big house with pool and travels everywhere
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Ei.

Penjilat seroel.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2024 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Delifrance replied at 30-8-2024 09:40 PM
Dont think ciplak la.. dia mmg loaded gila. Big house with pool and travels everywhere

Yup. Loaded minah ni. Anak dia mengaji kat oversea dengarnya.

Tapi tu la, dok laung rakyat susah nak mkn bagai, tp diri sendiri tunjuk hidup mewah.

Lepas tu dok kutuk batu hitam & israel, tp diri sendiri dok beli brand yg support israel. Cakap hipokrit, marah.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagi dia LV tu takat harga marhaen je, kalau birkin kulit boya agaknya baru beg ongkaye
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
maklukpenggoda replied at 30-8-2024 09:13 PM

Malu la muslimat PAS pakai beg mengkuang buatan orang miskin Kelantan

Jatuh air muka muslimin juga
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang undi diorang berkurun kurun tu pembuat beg² Mengkuang juga
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 10:23 PM | Show all posts
..... LV jer pun
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 10:24 PM | Show all posts
baru semalam tengok igs Mok Kay beli LV macam ni copy ori kat China ... rm300+ kata dia

LV tak mahal mana pun
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Mbr aku beli LV bundle RM200 jer..lawa pulak tu...husnuzon...
Tapi bernafsu jugak lah kan nak pakai brand LV...
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2024 12:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Atok yg korg claim kayo rayo billionzzzz tu pun pernah nmpak dia pakai brand high end?? Tun siti pun hader pernah dia kelek LV ka hermes ka ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2024 12:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Bersepah le skrang ni rakyat biasa pun pkai lv.. buy now pay later, credit card suma adalah. Kecoh apanya lah.. nothing exclusive sgtlah sekrg ni..lgpun duit dia..ikut dialah..kalut mentaliti apa pun xtau ...
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2024 01:07 AM From the mobile phone | Show all posts
iols memang tak minat beg yg ada logo besar2. sebolehnya iols cari beg yg takde logo
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2024 04:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Hahahahaha. Ummah kelate dan pas bukan bangga ke kfc, mc d, pizza hut tutup. Ini pakai lv yang lagi mahal dan banyak menyumbang pada israel tak pe pulak... Hahahaha. Aku yakin mok cik dan anak2 dia pakai ipong, ipad, smart watch apple.
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2024 07:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Samerosie at 31-8-2024 07:52 AM

Kesian dia ni.  Bodoh terlampau.  Tahun lepas istana sultan perak buat polis report kan dia ni sbb fitnah pastu dia menyorok tahun ni kuar balik ckp khazanah under pmx potong biasiswa sampai 50%.  Ni citer rakyat mati kebuluran sbb beras tempatan tak de dia kaitkan dgn family oku yg kat johor tu. Kalau betul lah ada org mati kebuluran, ada 2-3 acik porum pun patut dah mati kebuluran sbb hari2 ratib beras x de tapi hidup elok je.
Bila org bahankan dia balik dia meroyan segala masalah sekarang sbb LV ke katanya haha abistu kau pun sama semua masalah sbb pmx ke?  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
‘Tiada lagi suami Melayu terakhir’, Fattah Amin dan Fazura Sah Cerai Talak Satu
CARI-HBZ‘Tiada lagi suami Melayu terakhir’, Fa
Views : 101568 Replies : 4461
[ENA 2024] DEAR HYERI/TO MY HARRY - Shin Hye Sun, Lee Jin Wook, Kang Hoon
Rahah[ENA 2024] DEAR HYERI/TO MY HARRY - Shin
Views : 47812 Replies : 21
Setelah menghabiskan berpuluh2.. ribu  cantikkkan
YgBenarSetelah menghabiskan berpuluh2.. ribu c
Views : 14208 Replies : 71
Bila bbnu bercinta #4
BoomibulatBila bbnu bercinta #4
Views : 9255 Replies : 66
Muslim marry 4...
BoomibulatMuslim marry 4...
Views : 9671 Replies : 77
Tips nak jadi jutawan dalam masa satu tahun. Semoga bermanfaat
YgBenarTips nak jadi jutawan dalam masa satu ta
Views : 33219 Replies : 15
Sila Pilih Jawapan.....
telracsSila Pilih Jawapan.....
Views : 6952 Replies : 10
PEKERJA AUNTIE ANNE’S CIUM DOH DIBERHENTIKAN, PREMIS DI MID VALLEY DITUTUP SEMENTARA
YgBenarPEKERJA AUNTIE ANNE’S CIUM DOH DIBERHEN
Views : 41581 Replies : 77
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 67315 Replies : 573
Kebanjiran warga China beli rumah di Malaysia memberi kesan negatif yang dirasai rakyat tempatan - Dr Muhammad Najib Razali dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
YgBenarKebanjiran warga China beli rumah di Mal
Views : 16874 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 07:17 AM GMT+8 , Processed in 0.199094 second(s), 41 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list