CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18062|Reply: 0

[Sarawak] Lebih 80% kursus IPT Sarawak berkaitan STEM

[Copy link]
Post time 2-9-2024 01:09 PM | Show all posts |Read mode
Pelajar STEM diberi pendidikan tinggi percuma, mereka yang ikuti kursus sains sosial, kemanusiaan tidak diabai


DR ANNUAR

“Kurang daripada 20 peratus pelajar mengikuti kursus sains sosial dan kemanusiaan di institusi pengajian tinggi milik negeri, di mana mereka boleh memohon bantuan kewangan daripada Yayasan Sarawak atau Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).”

Datuk Dr Annuar Rapaee
Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat

SIBU: Lebih 80 peratus kursus ditawarkan di semua institusi pengajian tinggi (IPT) milik Sarawak adalah kursus Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) atau berkaitan STEM.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Dr Annuar Rapaee berkata dalam hal ini lebih 80 peratus pelajar ini akan mendapat pendidikan tinggi percuma daripada Kerajaan Sarawak.

Beliau menjelaskan tidak ada pengabaian terhadap mereka yang mengikuti kursus sains sosial dan kemanusiaan kerana mereka berhak mendapat bentuk bantuan lain daripada kerajaan.

“Kurang daripada 20 peratus pelajar mengikuti kursus sains sosial dan kemanusiaan di institusi pengajian tinggi milik negeri, di mana mereka boleh memohon bantuan kewangan daripada Yayasan Sarawak atau Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

“Dengan kata lain, kumpulan ini tidak diabaikan atau dipinggirkan.

“Tambahan pula, kajian menunjukkan graduan STEM atau kursus berkaitan STEM serta mereka yang mengikuti kursus profesional seperti akauntan dan undang-undang, mempunyai kadar kebolehpasaran lebih tinggi dan ditawarkan pekerjaan sebelum atau dalam tempoh enam bulan selepas tamat kursus berbanding dengan mereka yang mengikuti kursus sains sosial dan kemanusiaan.

“Oleh itu, kami tidak mahu pelajar sains sosial dan kemanusiaan menaruh harapan mereka mendapatkan pekerjaan pada masa depan, jika mereka menerima pendidikan percuma,” katanya di sini hari ini.

Dr Annuar memaklumkan pendidikan tinggi percuma Kerajaan Sarawak bagi menggalakkan lebih ramai belia Sarawak mengambil kursus STEM atau berkaitan STEM dalam membantu Sarawak dalam bidang teknologi hijau.

“Oleh itu, dasar pendidikan tinggi percuma menekankan kepada subjek STEM, berkaitan STEM dan kursus profesional adalah pelaburan modal insan betul yang diperlukan oleh Sarawak menjadi negeri berpendapatan tinggi - ini adalah objektif utama Premier kita Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg,” jelasnya.

Beliau menambah, Kerajaan Sarawak mula memberi pendidikan percuma sejak 2018 kepada pelajar yang mengambil bidang perubatan di Universiti Malaysia
Sarawak (UNIMAS).

“Setiap tahun, Kerajaan Sarawak terpaksa menanggung RM80,000 untuk setiap pelajar yang belajar perubatan di UNIMAS. Terdapat 40 pelajar dalam setiap kumpulan setiap tahun.

“Pada masa ini, terdapat 200 pelajar mengambil bidang perubatan di UNIMAS di mana Kerajaan Sarawak membelanjakan RM16 juta setiap tahun.” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Stampin Chong Chieng Jen mempersoal Kerajaan Sarawak telah menarik balik janji menyediakan pendidikan tinggi percuma.

Mengenai perkara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka berkata Chong sepatutnya mempersoal dan memperjuang nasib rakyat Sarawak belajar di universiti awam milik kerajaan persekutuan.

Dr Annuar berpendapat Chong harus mengarahkan soalan-soalan itu kepada pemimpin dalam PH kerana menyediakan pendidikan percuma telah disorot dengan jelas dalam ucapan dan propaganda pilihan raya mereka yang lalu.

“Malah, Chong mempunyai kewajipan untuk memperjuang pelajar Sarawak yang belajar di universiti awam di Semenanjung Malaysia kerana pemimpin mereka telah membuat janji tersebut,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:41 AM GMT+8 , Processed in 0.051790 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list