|
Dua maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 61.5 Jalan Johor Bahru- Mersing pagi tadi. - Foto PDRM
KOTA TINGGI: Dua maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 61.5 Jalan Johor Bahru-Mersing, di sini, pagi tadi.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Deputi Superintendan Mohd Syamsuri Mohamad berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 11.40 pagi.
Katanya, kemalangan membabitkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Mitsubishi Xpender, Perodua Viva, lori Isuzu dan motosikal Yamaha 135LC.
"Penumpang MPV Mitsubishi Xpender, wanita tempatan berusia 51 tahun dan penunggang Yamaha 135LC meninggal dunia di lokasi kejadian.
"Mayat mangsa dihantar ke Unit forensik Hospital Kota Tinggi bagi prosedur siasatan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Katanya, pemandu MPV Mitsubishi Xpender, Perodua Viva dan lori yang cedera ringan mendapatkan rawatan di hospital sama.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
sumber
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|