CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 39500|Reply: 0

[Sarawak] Bazar MARA beri peluang Bumiputera berniaga

[Copy link]
Post time 3-9-2024 04:33 PM | Show all posts |Read mode
Dibeli pada 2016 dengan kos RM3.675 juta, beroperasi sepenuhnya mulai 20 Mei 2022



Ketibaan Rubiah dan rombongan pada Majlis Perasmian Bazar MARA di Jalan Nanas, Sarikei disambut penuh meriah.

"Daripada jumlah itu, 12 lot yang berada di tingkat bawah merupakan premis perniagaan menyediakan makanan dan minuman manakala tujuh lot perniagaan pelbagai kluster di Tingkat 1, pada kadar mampu sewa.”

Datuk Rubiah Wang
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah

Oleh Kepu Sidi

SARIKEI: Bazar Majlis Amanah Rakyat (MARA) Sarikei dibeli pada 2016 dengan kos RM3.675 juta dan beroperasi sepenuhnya mulai 20 Mei 2022.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang berkata, secara keseluruhannya Bazar MARA Sarikei menyediakan sebanyak 19 lot perniagaan.

"Daripada jumlah itu, 12 lot yang berada di tingkat bawah merupakan premis perniagaan menyediakan makanan dan minuman manakala tujuh lot perniagaan pelbagai kluster di Tingkat 1, pada kadar mampu sewa.

"Dengan adanya lot perniagaan ini, usahawan Bumiputera sekitar Sarikei berpeluang berniaga dan secara tidak langsung memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat di sini.

"Pada tahun ini, sejumlah RM32 juta peruntukan MARA membantu usahawan Sarawak dengan menyasarkan seramai 60 orang usahawan menerima manfaat," katanya pada Majlis Perasmian Bazar MARA di sini hari ini.

Rubiah berkata, setakat 30 Julai 2024, MARA Sarawak berjaya membantu dan memberi bantuan pembiayaan dan kemudahan (geran) kepada 661 usahawan melibatkan jumlah bernilai RM30 juta.

Menurutnya, bagi usahawan Sarikei sehingga 30 Julai 2024, seramai 18 orang usahawan menerima bantuan pembiayaan  melibatkan jumlah RM1.067 juta untuk pelbagai jenis program dan tujuan perniagaan.

"Melalui bantuan berupa geran pensijilan daripada MARA, seramai 17 usahawan iaitu 91 peratus daripada penyewa Bazar MARA Sarikei mendapat pensijilan Halal daripada JAKIM.

"Ini adalah hasil kerjasama berterusan MARA dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) ke arah pengiktirafan Bazar MARA Sarikei sebagai zon Halal di bahagian Sarikei.

"Kita juga difahamkan oleh MARA sebanyak 12 gerai makanan di Bazar MARA Sarikei mendapat pengiktirafan Premier Sarawak Environmental Award (PSEA) daripada Majlis Daerah Sarikei (MDS) pada tahun ini," jelasnya.

Pada majlis itu turut berlangsung penyampaian bantuan persekolahan Yayasan Pelajaran MARA, bantuan Asnaf, penyampaian Sijil Penyertaan Program 3L, penyampaian surat tawaran dan replika cek pembiayaan perniagaan MARA.

Hadir sama Pengarah Bahagian Infrastruktur Komersil (BIK) Ibu Pejabat MARA Kuala Lumpur Zahari Aziz, Pengarah MARA Negeri Sarawak A Razu Abdul Razak dan Residen Bahagian Sarikei Michael Ronnie Langgong.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:14 AM GMT+8 , Processed in 0.191309 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list