View: 41220|Reply: 25
|
Setiap minggu bincang untuk selamatkan MAS – Anwar
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan antara intipati yang dibincangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri adalah melibatkan usaha penambahbaikan Malaysia Airlines (MAS).
Katanya, setiap minggu ia menjadi topik perbincangan, namun usaha untuk memulihkan reputasi MAS sudah dimulakan.
“Usaha memulihkan telah dimulakan, saya ucapkan tahniah, tetapi ia mengambil masa, kerajaan hampir setiap minggu dalam Mesyuarat Jemaah Menteri, tiap-tiap minggu kita bicarakan untuk selamatkan (MAS),” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Ulangtahun ke-30 Khazanah Nasional di Mitec, di sini hari ini.
Anwar yang juga Menteri Kewangan dan Pengerusi Khazanah berkata, kemerosotan prestasi MAS disebabkan kesilapan terdahulu akibat keputusan-keputusan politik tidak telus sekali gus membuka ruang kepada kroni untuk merosakkan syarikat yang pernah dibanggakan selama ini.
Justeru itu, katanya, kerajaan sentiasa komited untuk memastikan MAS kembali unggul sebagai peneraju syarikat penerbangan negara.
“Khazah (Khazanah Nasional Berhad) bersama Lembaga Pengarah MAS dan kerajaan komited untuk mengangkat semula (prestasi MAS) dengan apa cara yang munasabah,” jelasnya.
Terdahulu, beberapa insiden melibatkan pesawat MAS yang terpaksa berpatah balik telah menyaksikan imej syarikat penerbangan negara itu semakin tercalar sehingga menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan pengguna.
Insiden terbaharu melibatkan pesawat MH66 penerbangan dari Kuala Lumpur ke Incheon, Korea Selatan menggunakan armada Airbus 330-300 dilaporkan berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) awal pagi semalam berikutan isu teknikal berkaitan sistem hidraulik.
Ini merupakan insiden kelima melibatkan penerbangan MAS terpaksa berpatah balik atau dilencongkan dalam tempoh kira-kira sebulan.
Sumber -KOSMO! ONLINE. |
|
|
|
|
|
|
|
Bkn baru untung 800juta ker??? Dulu rugi kpl terbang tak der lak uturn sekarang untung berkoyan ramai staff lari parts tak der flight asyik uturn???? Kena scam lagi ker ni... |
|
|
|
|
|
|
|
mungkinkah oic dan nato.. oh, i see.. no action, talk only |
|
|
|
|
|
|
|
Zaman Covid dulu top management asyik buang staff je except diaorang.
Hoi top management bahalol.......service industry needs people. Yg experience, yg ada skill from A-Z. Sekarang hulu hala nak cari staff. Kuburkan saja MAS
|
|
|
|
|
|
|
|
Kompani kroni ni tak habis2 kejap naik, kejap turun |
|
|
|
|
|
|
|
Kuala Lumpur: Malaysia Aviation Group (MAG) mencatat untung bersih buat kali pertama sejak 2010 sebanyak RM766 juta pada tahun kewangan penuh 2023 berbanding kerugian bersih RM344 juta pada tahun sebelumnya.
Kumpulan itu turut merekodkan keuntungan operasi sebanyak RM889 juta pada tahun dikaji, meningkat 64 peratus berbanding RM540 juta pada tahun 2022.
MAG turut mempunyai simpanan tunai kukuh berjumlah RM4.3 bilion setakat 31 Disember 2023 tanpa menerima suntikan modal daripada pemegang saham utamanya, Khazanah Nasional Bhd sejak Oktober 2021.
Pengarah Urusan Kumpulan MAG, Datuk Kapten Izham Ismail berkata, prestasi kukuh itu disumbangkan oleh jumlah trafik penumpang yang utuh daripada segmen premium, aliran rangkaian antarabangsa yang dipergiatkan, pengurusan kapasiti yang aktif, kerjasama perkongsian yang mendalam dan hasil yang lebih kukuh untuk segmen penumpang.
Ni news mar24 untung tahun 23... |
|
|
|
|
|
|
|
arnauld replied at 4-9-2024 07:19 AM
Kuala Lumpur: Malaysia Aviation Group (MAG) mencatat untung bersih buat kali pertama sejak 2010 seba ...
Awat untung tp tahap service makin teruk...niaga mcmana depa ni eh.. |
|
|
|
|
|
|
|
minta idris jala check in balik... seseorang kena firm & bijak dalam menangani pelbagai isu dlm orgnsasi yg besar mcm ni.
btw, i lop MAS... please stay |
|
|
|
|
|
|
|
shi_jewel replied at 4-9-2024 08:02 AM
minta idris jala check in balik... seseorang kena firm & bijak dalam menangani pelbagai isu dlm orgn ...
Dua tiga menjak mcm2 kes uturn i takut dah nak book mas walaupun airline kegemaran.. |
|
|
|
|
|
|
|
x perlu takut...pilot can handle the worst situation melainkan benda nak jadi...
|
|
|
|
|
|
|
|
yang tukang kerja tak ada, lantik ramai2 management buat apa? kita perlukan people on the ground |
|
|
|
|
|
|
|
TRY MINUM AIR KENCING TONY...KOT2 DAPAT ILHAM |
|
|
|
|
|
|
|
kemerosotan prestasi MAS disebabkan kesilapan terdahulu akibat keputusan-keputusan politik tidak telus sekali gus membuka ruang kepada kroni untuk merosakkan syarikat yang pernah dibanggakan selama ini.
Please laa...kenapa tak back track aje sejak zaman Parameswara dulu. Semua salah. Ko aje yg betul. What's important is what's in your plate NOW..!!! |
|
|
|
|
|
|
|
blek lock letewwww. celaka arrr |
|
|
|
|
|
|
|
aku syak ada campur tangan monarki atau kaum kerabat mereka dlm MAS |
|
|
|
|
|
|
|
bkn dia ka yg melingkopkan mas dulu juai abeh aset2 mas lps tuh declared untung gila baboon??
|
|
|
|
|
|
|
|
Mueller boleh senyum sinis... Heshe cabot dari mas sebelum habis contract |
|
|
|
|
|
|
|
ya, anak jala tak pandai sebenarnya...pandai jual asset je
|
|
|
|
|
|
|
| |
|