CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 39058|Reply: 0

[Sabah] UMNO Sabah perjuangkan autonomi hak rakyat Sabah

[Copy link]
Post time 4-9-2024 05:55 PM | Show all posts |Read mode


MOHAMADDIN

LAHAD DATU: Setiap rakyat di negeri ini perlu mengukuhkan tekad untuk meneruskan legasi perjuangan tokoh-tokoh terdahulu terutamanya bagi menuntut hak dan autonomi Sabah.  

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Segama, Datuk Mohamaddin Ketapi berkata, adalah penting untuk memahami dan menghargai nilai autonomi yang telah diberikan kepada UMNO Sabah.

Katanya, ia bukan sekadar anugerah politik, tetapi satu amanah besar yang membawa harapan dan impian rakyat Sabah.

“Autonomi ini adalah hasil perjuangan semua ahli UMNO Sabah terutamanya hasil usaha gigih dan berani pucuk pimpinan kita Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin selaku Ketua UMNO Sabah.

“Ia bagi memastikan bahawa Sabah mempunyai suara yang jelas dan tegas dalam pentadbiran dan arah tuju politik negeri ini,” katanya dalam kenyataan, di sini baru-baru ini.

Menurutnya, perjuangan ini tidak mudah dan kita harus insafi bahawa autonomi bukanlah untuk kepentingan politik semata-mata.

“Perjuangan ini adalah untuk masa depan Sabah, untuk memastikan bahawa kita boleh mengukir jalan sendiri sesuai dengan aspirasi dan impian rakyat di negeri ini,” katanya

Mohamaddin berkata, UMNO Sabah kini mempunyai tanggungjawab besar untuk menerajui negeri ini ke arah yang lebih baik.

Dengan autonomi ini, katanya, kita mempunyai peluang untuk menentukan hala tuju politik sendiri, merangka dasar-dasar yang memenuhi kehendak dan keperluan rakyat Sabah.

“Kita bukan lagi cuma mengikut rentak pusat, tetapi kini boleh menari mengikut irama sendiri dengan langkah yang lebih mantap dan diyakini.

“Autonomi UMNO Sabah yang hari ini dimiliki, bukan sekadar satu pencapaian, namun ia adalah satu kekuatan, satu keperluan untuk memastikan bahawa hak Sabah dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) ditunaikan sepenuhnya.

“Ini adalah hak kita, ia adalah janji yang perlu ditepati dan UMNO adalah parti yang komited pada janji,” katanya.

Beliau berkata, jadikan Hari Kebangsaan ini sebagai titik permulaan untuk memperbaharui semangat perjuangan kita.

“Marilah kita bersama-sama berganding bahu, menjayakan aspirasi rakyat Sabah untuk melihat negeri ini berdiri megah di atas landasan autonomi yang kukuh dibawah panji perjuangan parti UMNO,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamaddin turut menegaskan bahawa, autonomi UMNO Sabah bukanlah untuk memecahbelahkan, tetapi untuk menyatupadukan.

“Ia adalah untuk memastikan bahawa setiap suara, harapan, dan impian rakyat Sabah didengar dan dipenuhi.

“Inilah masa untuk kita membuktikan bahawa dengan kuasa autonomi, kita mampu membina sebuah negeri yang lebih cemerlang, sejahtera, dan bermaruah,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:05 PM GMT+8 , Processed in 0.305897 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list