CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 27511|Reply: 20

[Tempatan] Budak 10 tahun pandu kereta terbabit kemalangan​

[Copy link]
Post time 5-9-2024 12:27 AM | Show all posts |Read mode



Budak 10 tahun pandu kereta terbabit kemalangan​Oleh Ahmad Hasbi - September 4, 2024 @ 3:39pm
[email protected]



Kereta dipandu seorang kanak-kanak berusia 10 tahun terbabit kemalangan dengan dua lagi kenderaan dalam kejadian di Jalan Arowana 2, Taman Arowana Impian, di sini, malam tadi. - Foto ihsan polis

SEREMBAN: Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun dikesan memandu kereta milik keluarganya bersama rakan hingga terbabit kemalangan dengan dua kenderaan lain dalam kejadian di Jalan Arowana 2, Taman Arowana Impian di sini, malam tadi.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 9.30 itu, kereta terbabit turut dinaiki seorang lagi kanak-kanak berusia sembilan tahun.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din, berkata bagaimanapun tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.

"Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku ketika kereta jenis Toyota Corolla dipandu seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun bersama rakannya berusia sembilan tahun.

Kereta itu dipercayai milik ibu bapa kanak-kanak berkenaan, manakala rakannya pula adalah anak kepada jiran.


"Mereka dari arah Apartment Arowana Impian ke Taman Arowana Impian. Apabila tiba di lokasi kejadian, kereta itu dikatakan terbabas ketika melalui selekoh," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kereta terbabit kemudiannya dikatakan melanggar sebuah van jenis Toyota yang diparkir di kiri bahu jalan.

"Akibat rempuhan itu, van berkenaan menggelongsor ke hadapan dan merempuh sebuah kereta jenis Perodua Kancil yang diparkir di hadapannya," katanya.

Beliau berkata, polis menasihatkan semua pihak untuk mematuhi peraturan jalan raya dan ibu bapa atau penjaga supaya memantau tindakan anak-anak bagi mengelak kejadian seperti itu.

"Tindakan tegas akan diambil kepada pemandu yang melakukan kesalahan dan jika pelaku adalah kanak-kanak, ibu bapa atau penjaga juga akan diambil tindakan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 39(1) dan Seksyen 111 Akta Pengangkutan Jalan 1987, Kaedah 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 serta Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2024 02:13 AM From the mobile phone | Show all posts
nasib baik ko tak mati dik, tapi mati la ko balik umah kang sbb mampus mak bapak nk bayar langgar kereta orang
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2024 06:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Mujur tadak sapa mati
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2024 06:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Polis tlg gertak sikit bebudak tu
Tau nak seronok je
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2024 07:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Mak pak cuai... Patut tangkap masuk penjara sebagai pengajaran mak pak lain.

Membahayakan org lain masalahnya.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2024 07:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Mak bapak kerja shift malam ke, anak2 terlepas boleh keluar malam2 ni? Patut le kadar kelahiran makin menurun dik, risau dpt perangai anak2 gini.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-9-2024 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik tak langgar motor @ pejalan kaki.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2024 08:26 AM | Show all posts
nampak gaya kete lama tu kalau manual mmg hebat budak ni. mak pak xperasan ke? jgnla ajar budak2 bwk kete n simpan kunci kt tempat selamat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2024 08:48 AM | Show all posts
ni mesti pernah drive memana ni cuma tak eksiden jer...

kali ni tereksiden plak...
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2024 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Mesti dah selalu bw ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2024 08:53 AM | Show all posts

Masukkan dalam lokap dua hari dua malam. Buat pengajaran. Menyusahkan orang.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2024 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Tolong sebat ibubapa budak tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2024 09:55 AM | Show all posts
mak bapak yg bagi anak drive takde lesen, bwk kete, bwk moto mcm setan ni semua elok kena sebat, termasuk la mak bapak budak kecik ni.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2024 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
anak pakis gomen bg PR lg ke???
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2024 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
bdk2 yg drive kereta ni mmg diajar makayah ke sejenis berani tgk cara makayah drive pastu nak try?
runsing anak2 terlalu berani mencuba ni. makayah pun anak 10thn takkan keluar rumah malam2 tak sedar?
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2024 10:43 AM | Show all posts
bitterchoc replied at 5-9-2024 08:53 AM
Masukkan dalam lokap dua hari dua malam. Buat pengajaran. Menyusahkan orang.

Good suggestion. Kalau boleh mak bapak sekali biar serik lepas ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2024 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
ini parah ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2024 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah biasa drive ke bdk ni berani semcm. Ank jiran pun ngikut sama. nsib baik xde smpai org lain mati. Kwn dia tu umur bru 9 taun biasanya rendah kecik lg ntah2 smbil bdiri dpn dashboard tlong mmber sbelah drive tunjukkn jln
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2024 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
mujur tak melibatkan kecederaan
yg kat belakang kete tu ke bebudaknya

klu aku jd bapak mmg kena penampo anak2 bt perangai mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2024 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm2 la skrg ni
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 10:39 AM GMT+8 , Processed in 0.057932 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list