CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20933|Reply: 0

[Sarawak] Kanak-kanak berhak untuk dilindungi dan hidup dengan aman

[Copy link]
Post time 5-9-2024 01:40 PM | Show all posts |Read mode


Sharifah Hasidah ceria semasa disambut meriah pada majlis perasmian Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak: Kasih Kanak-Kanak Peringkat Bahagian Kuching 2024 di SMK Semerah Padi, Kuching hari ini. - Gambar Roystein Emmor
KUCHING: Setiap kanak-kanak berhak untuk dilindungi dan hidup dengan aman kerana negara ini mempunyai undang-undang khusus untuk menjaga hak mereka, kata Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Perhubungan Negeri Persekutuan) itu berkata, empat hak utama kanak-kanak yang penting dan diamalkan di negara ini ialah hak untuk hidup, perlindungan, perkembangan dan penyertaan.

Sekiranya mana-mana hak tersebut tidak diberikan atau dijaga katanya, kanak-kanak berhak menyuarakan dan meminta bantuan daripada orang dewasa seperti cikgu atau ibu bapa mereka.

"Kalau (kanak-kanak) ada yang perlu bantuan, jangan malu dan jangan takut nak minta tolong.

"Ingat, kita semua ada hak untuk dilindungi. Jaga diri dan kawan-kawan kita dan jika ada kawan yang susah atau tidak selamat, cepat-cepat beritahu orang dewasa yang boleh membantu. Kita semua harus tolong jaga diri sendiri termasuk kawan-kawan kita," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak: Kasih Kanak-Kanak Peringkat Bahagian Kuching 2024 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Semerah Padi di sini, hari ini.

Selain memaklumkan kepada orang dewasa, Sharifah Hasidah berkata, kanak-kanak terbabit juga boleh menghubungi Talian Kasih 15999.

"Malah masyarakat juga diminta melakukan perkara yang sama dengan menghubungi talian Talian Kasih di 15999 atau laporkan segera kepada pihak polis jika tahu ada kanak-kanak yang mengalami penderaan atau pengabaian.


Sharifah Hasidah merakamkan kenangan pada majlis perasmian Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak: Kasih Kanak-Kanak Peringkat Bahagian Kuching 2024 di SMK Semerah Padi, Kuching hari ini. - Gambar Roystein Emmor

"Jangan hanya rakam video untuk media sosial, tetapi bertindak dengan melaporkan segera perkara ini," tegasnya.

Beliau berharap melalui langkah sedemikian dapat membantu meningkatkan keselamatan kanak-kanak dari aspek mental dan fizikal mereka.

"Besar harapan saya agar kita bersama-sama mencari solusi yang tepat dalam mengatasi permasalahan sosial, menjaga keselamatan dan melindungi kanak-kanak agar dapat mengekang peningkatan kes penderaan dan pengabaian golongan ini pada masa hadapan," katanya.

Mengenai program itu, Sharifah Hasidah memuji usaha pihak pengurusan termasuk guru-guru di SMK Semerah Padi dalam meningkatkan kefahaman kanak-kanak mengenai situasi yang memerlukan pemeliharaan dan  pelindungan.

"Program ini sangat bagus kerana ia juga memberi pendedahan tentang tindakan yang boleh diambil oleh ibu bapa, penjaga, kanak-kanak sendiri atau komuniti apabila terlibat dengan kes tersebut," katanya.

Beliau dalam pada itu mengumumkan pemberian geran sebanyak RM5,000 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Semerah Padi untuk membiayai aktiviti mereka.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:35 AM GMT+8 , Processed in 0.322865 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list