View: 31073|Reply: 4
|
Lelaki selamba kencing depan kedai Mixue undang kemarahan ramai
[Copy link]
|
|
JAKARTA – Perbuatan seorang lelaki di Kupang, wilayah Nusa Tenggara Timur yang selamba membuang air kecil di hadapan sebuah kedai mengundang kecaman orang ramai, lapor saluran berita Tribunnews semalam.
Menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @ntt.update, lelaki itu dilihat menghampiri kedai tersebut lalu membuka seluarnya.
Dia kemudian membuang air kecil sebelum beredar.
“Lelaki mabuk kencing di hadapan kedai orang! Sopankah begini?” demikian menurut keterangan video itu.
Kejadian berlaku di hadapan kedai Mixue yang terkenal dengan minuman teh dan ais krim di Jalan W.J Lalamentik.
Rakaman itu menjadi tular di media sosial dan rata-rata, netizen berang dengan perbuatan tidak bermoral tersebut.
“Inilah punca nilai mata wang rupiah semakin kecil,” sindir seorang netizen. – AGENSI
Sumber – KOSMO! ONLINE. |
|
|
|
|
|
|
|
Eh berita indon kencing kt indon pun boleh masuk sini ke??? |
|
|
|
|
|
|
| |
|