View: 92216|Reply: 4
|
[Tempatan]
Lubang di Jalan Klang Lama, pengguna dinasihat berhati-hati - DBKL
[Copy link]
|
|
NASIONAL
Lubang di Jalan Klang Lama, pengguna dinasihat berhati-hati - DBKL
September 7, 2024 @ 9:29pm
Oleh Wartawan BH
[email protected]
Lubang yang terbentuk di Jalan Klang Lama dekat Wisma Ambawang. - Foto ihsan DBKL
KUALA LUMPUR: Orang ramai yang melalui Jalan Klang Lama dinasihat berhati-hati dengan lubang yang terbentuk di kawasan pinggir laluan berhadapan Wisma Ambawang, di sini dipercayai akibat mendapan.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui kenyataan mengesahkan kewujudan lubang yang agak besar dan dalam itu yang kini dalam proses baik pulih.
"Kepada semua pengguna jalan raya di laluan Jalan Klang Lama berhadapan Wisma Ambawang di minta berhati-hati ketika melalui laluan tersebut kerana terdapat lubang yang agak besar dan dalam dilaporkan.
Petugas DBKL mengukur lubang yang terbentuk di Jalan Klang Lama dekat Wisma Ambawang. - Foto ihsan DBKL
Petugas DBKL mengukur lubang yang terbentuk di Jalan Klang Lama dekat Wisma Ambawang. - Foto ihsan DBKL
"Tindakan baik pulih akan dilaksanakan segera," katanya.
Sementara itu, DBKL memaklumkan petugas pihak berkuasa tempatan itu kini berada di lokasi bagi mengawal keadaan dengan kon dan tali perintang keselamatan turut diletakkan sebagai langkah berjaga-jaga.
https://www.bharian.com.my/berit ... t-berhati-hati-dbkl |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Teringat iols lalu kat shah alam terlanggar lobang
Habis berbunyi kete iols
Absorber pecah..
Huk3...
Kalau kena.lubang ni..mmg kempis tayar..haha |
|
|
|
|
|
|
|
Seram memikirkan kalo hari hujan dan mendap atau jerlus jd mcm kat Masjid Jamek... |
|
|
|
|
|
|
|
Musim tengkujuh is coming. Bersedialah warga lembah klang. Kurang2kan lah mengutuk negara orang, kifarah is real.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sory ot. Tered tebing runtuh tu dah ada porumer bukak atau belum? Iols cari tak jumpa |
|
|
|
|
|
|
| |
|