View: 52775|Reply: 2
|
[Johor]
Lelaki ada 34 rekod lampau dalang curi kabel TM
[Copy link]
|
|
Antara kabel TM yang dirampas selepas polis menahan tujuh suspek di sekitar Muar. -Foto ihsan PDRM
MUAR: Lelaki dengan 34 rekod jenayah lampau antara tujuh ditahan selepas disyaki mendalangi sindiket curi kabel bawah tanah milik Telekom Malaysia (TM) di beberapa kawasan sekitar daerah ini Khamis lalu.
Suspek, 35, ditahan bersama yang lain termasuk dua wanita hasil maklumat serta intipan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar kira-kira jam 4.30 pagi.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata siasatan mendapati suspek utama memiliki 26 kes jenayah, lima berkaitan dadah serta tiga rekod kecurian kabel.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati semua ditahan berusia 23 hingga 47 tahun memotong kabel dari lubang utama sebelum menariknya menggunakan pacuan empat roda.
"Polis turut merampas beberapa peralatan digunakan antaranya pemotong kabel, papan tanda, kon, tali yang disyaki digunakan dalam kegiatan ini.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 379 dan 431A Kanun Keseksaan," katanya.
sumber
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
"Polis turut merampas beberapa peralatan digunakan antaranya pemotong kabel, papan tanda, kon, tali yang disyaki digunakan dalam kegiatan ini."
orang awam ingat kontrektor tengah kerja, rupanya penyamun.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|