CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30404|Reply: 0

[Jenayah] Petronas Pertimbang Bawa Kerajaan Sarawak ke Mahkamah.

[Copy link]
Post time 11-9-2024 01:23 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Rundingan agihan gas asli Sarawak masih berjalan - PETRONAS
BERNAMA
September 10, 2024 @ 10:06pm

Rundingan agihan gas asli Sarawak masih berjalan - PETRONAS
PETRONAS masih berunding dengan kerajaan persekutuan, Sarawak dan Petros.
KUALA LUMPUR: PETRONAS mengulangi bahawa ia masih berunding dengan kerajaan persekutuan dan Sarawak serta Petroleum Sarawak Bhd (Petros), ke arah mencapai resolusi bersama berhubung pengagihan gas asli.

Firma minyak negara itu melihat perkongsian menang-menang perlu diwujudkan berdasarkan pemahaman kekuatan dan kekangan masing-masing bagi mencapai resolusi yang holistik.


"Pendirian kami ialah sebarang resolusi yang dibangunkan oleh semua pihak mesti mempunyai kepentingan terbaik negara dan tidak boleh menjejaskan kestabilan ekonomi negara," kata PETRONAS dalam satu kenyataan hari ini.

Dilaporkan bahawa PETRONAS sedang mempertimbangkan untuk memfailkan injunksi mahkamah terhadap kerajaan negeri Sarawak berhubung hak pengagihan gas asli di Sarawak.


"Setakat ini, kami kekal komited sepenuhnya untuk bekerjasama dengan semua pihak bagi memelihara iklim pelaburan yang kondusif serta berkembang baik di Malaysia," kata PETRONAS.

-BERNAMA

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 07:27 PM GMT+8 , Processed in 0.060443 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list