CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 24985|Reply: 63

[Jenayah] 'Abang bas’ didakwa, menangis di kandang tertuduh

[Copy link]
Post time 11-9-2024 06:03 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 11-9-2024 06:04 AM

MUAR - Pemandu bas yang sebelum ini ditahan selepas memuat naik rakaman video penumpang murid sekolah rendah sebagai orang kesayangan atau 'crush' didakwa dengan dua pertuduhan di Mahkamah Sesyen Muar pada Selasa.

Bagaimanapun, tertuduh yang berusia 24 tahun itu dilihat menangis di kandang tertuduh mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Sayani Mohd Nor.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal dengan mencium pipi kanak-kanak perempuan yang juga anak saudaranya berusia empat tahun bagi maksud seksual antara antara jam 5 hingga 6 petang di dalam sebuah bas sekolah di Simpang Renggam dalam daerah Kluang pada April sehingga September 2024.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 14 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan boleh dihukum dengan sebat.

Bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa telah memerhati kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun secara berulang bagi maksud seksual antara jam 5 petang hingga 6 petang bertempat di dalam bas sekolah di alamat sama, pada bulan ini.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa telah melakukan kesalahan amang seksual bukan fizikal di bawah Seksyen 15(a)(iii) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 15 akta sama.

Hujahnya, ini kerana kes berkenaan adalah serius dan mendapat perhatian umum serta pelbagai komen diterima yang mahukan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas.

Tambahnya, memandangkan salah seorang mangsa juga adalah anak saudaranya, pihaknya memohon syarat tambahan iaitu tertuduh tidak mengganggu mangsa serta kakak dan ibunya yang juga saksi pendakwaan.

Tertuduh yang diwakili peguam Umar Zulkarnain bagaimanapun merayu agar jaminan rendah dikenakan dengan alasan tertuduh tidak mempunyai gaji tetap kerana hanya bekerja sebagai pemandu bas sekolah.

Sejurus mendengar rayuan kedua pihak, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM30,000 bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 10 Oktober ini untuk sebutan semula kes serta serahan dokumen.

Sebelum itu, tular di aplikasi TikTok memaparkan seorang lelaki dipercayai pemandu bas sekolah menggelar seorang penumpangnya yang dipercayai pelajar sekolah rendah sebagai orang disukainya atau 'crush' dan 'kesayangan'.

Hantaran itu mendapat kecaman orang ramai yang berpendapat ia tidak sesuai dan boleh dianggap sebagai gangguan seksual terhadap kanak-kanak.

Susulan itu, tertuduh yang masih bujang ditahan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Kluang, kira-kira jam 2.57 pagi Jumaat lalu.

Sinar Harian

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2024 06:09 AM From the mobile phone | Show all posts
selayaknya!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2024 07:35 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2024 07:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Jgn lah nangis. Bgtaw la kat hakim mak bdk tu sporting.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2024 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Padan mukayg menyokong pun sama
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2024 08:34 AM From the mobile phone | Show all posts
maklukpenggoda replied at 11-9-2024 07:35 AM

sbb tu elok cantas awal, mmg nmpk dia dh syok glemer.  dia dh biasa, sbb tu dia tak rasa bnde tu salah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-9-2024 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebelum jd perkara2 yg tidak di ingini, lebih baik ditangkap dan dibicarakan. Serah pada yg pakar.
Kalo da jd org besar2, da susah da nk tangkap dan dibuktikan bersalah ape sume bagai. Pengajaran jgak kpd masyarakat.
Besar tanggungjwb jd hakim ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2024 08:53 AM | Show all posts
nasib lah, undang-undang tetap undang-undang, tiada yang lebih dari undang-undang...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2024 09:04 AM | Show all posts
Boleh lah kutip derma mintak kat org yg sokong dia, buat bayar duit jaminan polis
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2024 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
30k ikat jamin is an overkill
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2024 09:26 AM | Show all posts
Maksudnya anak pompuan 4 tahun tu dah kena pakai tudung? Untuk tujuan apa umur 4 tahun bertudung?
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2024 09:32 AM | Show all posts
Dalam video kemain ekkk ko ye ckp mak bapak diorg semua tu sporting..
Skrg rasakan..
Jadikan pengajaran ye dikkkk
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2024 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Mohon asiah memberi sepatah dua kata or jadi probono
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2024 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts


Buka tabung lerr
30k tu acik2 tiktok leh kumpulkan kejap je tu
Sblm ni 100k ya ikat jamin dia

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2024 09:50 AM | Show all posts
geng2 husnuzon tolol ni memang tak boleh buat apa
bodoh tak kena tempat
species dah minum air kaki abang bas tu gamaknya
sampai tak nampak baik buruk
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2024 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah Malaysia dah makin open go against benda2 melibat sexual grooming camni.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2024 09:52 AM | Show all posts
suruh baby shima bagi sedekah gak kata kesian sgt kan
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2024 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga jadi pedoman
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2024 10:33 AM | Show all posts
ramai gak org support dia ye.. mintaklah pemenat2 sponsor ikat jamin tu
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2024 10:39 AM | Show all posts
boleh la ckp xkisah..bkn anak kau yg kena..
cuba nak pompuan kau yg umur gitu digomol2...
kesian tau bebudak,..dhla xtau apa..pastu dinodai gitu..dia ingat xpe...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 08:46 PM GMT+8 , Processed in 0.573837 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list