CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22686|Reply: 80

Kontroversi sindir PMX, Johan pilih jalan selamat

[Copy link]
Post time 11-9-2024 09:25 AM | Show all posts |Read mode
Kontroversi sindir PM, Johan pilih jalan selamat

https://www.malaysiakini.com/hiburan/718765

Nadia Azam
Diterbitkan:  Sep 10, 2024 8:44 PM
Dikemaskini: 8:44 PM



Pelawak dan penyampai radio Hot FM, Johan enggan mengeruhkan keadaan serta menyerahkan kepada pihak pengurusan untuk mengulas kontroversi sindiran oleh rakan penyampai, Khairy Jamaluddin ke atas Perdana Menteri Anwar Ibrahim sewaktu bersiaran pagi semalam.

Menurut Johan, tugasnya di stesen radio berkenaan adalah untuk menghiburkan pendengar dan kawan-kawan yang ada.

“Saya serahkan kepada pihak pengurusan, biar mereka jawab,” katanya.

Bagaimanapun dari sudut karier, pemilik nama penuh Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz itu menyifatkan insiden yang berlaku seperti satu teguran dari Yang Maha Kuasa.

“Ini baru cuitan Allah beri agar saya tidak berasa terlalu selesa dengan pekerjaan saya lakukan,” katanya lagi.

Johan berkata demikian ketika ditemui pada sidang media dan tayangan filem terbaru lakonanya, Baik Punya Ah-Long di sebuah kompleks beli-belah di ibu negara hari ini.

Baik Punya Ah-Long berkisahkan dua beradik Melayu yang dibesarkan oleh bapa angkat berketurunan Cina.

Mereka menjalankan perniagaan pinjaman wang dengan konsep perniagaan yang luar dari kebiasaan.

Baik Punya Ah-Long yang diterbitkan Astro Shaw dengan kerjasama Petra Vision Works dan Golden Screen Cinemas itu bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 12 September ini.

Selain Johan, 40, turut menjayakan filem tersebut ialah Zizan Razak, Mia Sara, Liyana Jasmay dan Chew Kin Wah.

Terdahulu, Khairy menjadikan Anwar sebagai bahan sindiran ketika mengulas berhubung dirinya yang dicalonkan dalam sebuah pertandingan anugerah popular sebuah akhbar.

Bekas menteri kesihatan itu menggunakan ungkapan yang sering dikaitkan dengan Anwar sekiranya dia memenangi undian tersebut.

“Saudara-saudara, kalau menang hari ni, esok…kita makan ramai-ramai” kata Khairy disambut deraian ketawa penyampai Fara Fauzana (Fafau) dan Johan Raja Lawak.

“Saya ulang!” sambungnya dengan sekali lagi disusuli ketawa Fafau dan Johan.

Ia mencetus rasa tidak puas hati dalam kalangan warganet dengan segelintir mengancam untuk memboikot stesen radio terbabit.

Malaysiakini sudah menghubungi pihak Hot FM untuk maklum balas.

Ditanya sekiranya insiden itu boleh menjatuhkan kariernya, Johan berkata, dia sudah lali berdepan perkara sedemikian.

“Saya dan isteri (Ozlynn Waty) sudah biasa hadap perkara begini sejak mula masuk industri, kami dah puas menangis,” katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2024 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcmtu je walanon koyak…. Bkn diorg ke yg start menganjing gomen masa jd pembngkang lg teruk kan…
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2024 09:34 AM | Show all posts
itu pon nak koyak. mende lerrr
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2024 10:44 AM | Show all posts
koyak mende.yang disindir tue Anwar Ibrahim.bukannya pmx
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2024 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
September14 replied at 11-9-2024 09:31 AM
Mcmtu je walanon koyak…. Bkn diorg ke yg start menganjing gomen masa jd pembngkang lg teruk kan…

Its not about koyak la yunk oiii…si kj itam tu kan dlm hot tuh…heol ni kan opportunist..dia guna konti + podcast utk kekal relevant..be natural la as DJ…xyah nk provoke..then why deleted vid tu kalo xtakot? Dulu couple ank non..nmpk ank paklah dia sauk..skrg ketap bibir si itam ni..mamat ni xkn jd future PM pon..bagus gak wak jahed benam dia siap2…si itam kne buat big uturn to comeback as puppet..forever marhaen n stop politic je la KeJongggggg
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2024 10:54 AM | Show all posts
Takda koyak penyokong PH ni kalau perkara valid nak kritik, dia kritik dulu. Macam tak biasa zaman PM tepi Strong, Formidable and convincing sapa yg byk perli kalau bukan orang PH sendiri. Tp radio mainstream ni jgnla over sgt, pendengar dia bukannya macam follower TV PAS. Elokle DJ2 yang banyak gelak ni sedar diri sikit.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-9-2024 11:02 AM | Show all posts
beriya sgt  gelak dia ni dgn fafau ..padahal tak kelakar  pun.yg daniel impersonate anwar lagi kelakar kot.rilek je siap jumpa empunya badan  bagai.tapi aku suka media prima menggelabah tetek..padan muka ko
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2024 11:04 AM | Show all posts
cmf_Strawberry replied at 11-9-2024 10:54 AM
Takda koyak penyokong PH ni kalau perkara valid nak kritik, dia kritik dulu. Macam tak biasa zaman P ...

aku rasa macai sakit hati sbb kj.kalau org lain mungkin situasi berbeza.sblm ni ramai je troll anwar ...rilek je.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2024 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Walanon habis koyakkkk...
Saya ulanggggg...
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2024 11:28 AM | Show all posts
dia ngajuk pmx ek? makcik igt sedaghe2 tu ngajuk najib.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2024 11:51 AM | Show all posts
cuba lenkali ajuk kepala bapak kau....( ikut suara DSN) mgkn tiada apa2 yg berlaku)

diorang ni juruhebah radio kena ada etika, bukan tiktokers, utubers, standup komedian yg tak bertapis...

mmg ada bberapa standup komedian buat lawak politician, tp diroang dlm majlis tertutup..

Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2024 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan masalah koyak..walaun walauntit ni memang sejenis otak iq rendah tak faham konteks.. radio mainstream ni patutnya takde influenced politics ke kecenderungan mana2 politician..bila bangang disupport oleh bangang mcm tu lah jadinya
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2024 12:31 PM | Show all posts
jadi kontroversi sebab KJ tu je, kalau tak biasa je ajuk style menteri ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2024 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
insecure rupanya...hik hik hik..
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2024 12:49 PM | Show all posts
yg KJ usik tu pmx je kot... bukannya agong... and bukannya fitnah...
tapi bukan ke dj takleh sentuh lawak2 pasal politik...
dolu najib ali buat lawak pasal najib kemain astro ban heshe...
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2024 12:53 PM | Show all posts
walanon isle koyak psl sya ulang... pasal sijil halal bleh dok menikus padahal isu 3R.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2024 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by kakasotong2 at 11-9-2024 01:32 PM

Ambik lagi politician kalah PRU jadi deejay kan dah mendapat. Member tu haruslah sentap bitter dengan kerajaan semasa lalu menghembus saja ketidakpuashatian tu ikut suka dia xkira dah ikut saluran mana asal dia puas. Yg terpalit haruslah retis2 yg memang kerja cari makan kt radio tu. Dah terpaksa si Johan pegi konar kata ni semua dugaan Yg Maha Kuasa lol taw takut

Si KJ ular tu time troll orang kemain seronok. Time orang troll dia persoalkan kerja dia terus hantar polis ketuk rumah orang.

KJ memang ada dendam kesumat dengan Anwar. Pernah kalah saman fitnah dengan Anwar kena bayar berpuluh/beratus ribu(?). Padan muka tu balasan jantan mulut lembek cam perempuan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2024 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
alesandra replied at 11-9-2024 11:02 AM
beriya sgt  gelak dia ni dgn fafau ..padahal tak kelakar  pun.yg daniel impersonate anwar lagi kelak ...

Fafau tu katanya kawan sekolah Izzah. Fafau tu perangai macam anak Zahid juga sejenis xmalu muka tembok. Masa mengata xingat dunia lepastu dan2 berbaik dengan si Izzah tu. Mujur family Anwar ni memang jenis baik2 xsimpan dendam. Satu family jenis berjiwa besar lapang dadanya
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2024 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada unsur politik ke?
Dr awal kj masuk dia dah 'kutuk' diri dia sendri
Menang selfi kalah undi and mcm2 lagi....
So, "saya ulang..kalau saya menanggg..." tu ade unsur politik?

Bell n lepas pun masa kempen ade guna gitu...ramai je guna term tu.

Takkan lepas ni tak boleb guna ayat tu??!!

Btw, nak boikot pilem ni pun xpe kot....geng2 PH nye pilem gak...
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2024 01:36 PM | Show all posts
kakasotong2 replied at 11-9-2024 01:28 PM
Fafau tu katanya kawan sekolah Izzah. Fafau tu perangai macam anak Zahid juga sejenis xmalu muka t ...

fafau dgn izzah satu sekolah dolu2. me ols pernah tgk ada satu interview sebelum ni, masa tu tahun 2018 kot yg time Pi Hesh jadi gomen,  tibah baru fafau nak mengaku dia kwan izzah siap buat interview togeder2 share masa zaman dorang sekolah dolu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 11:54 PM GMT+8 , Processed in 0.084161 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list