CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27501|Reply: 3

Taylor Swift tolak Donald Trump, buang undi untuk Kamala Harris

[Copy link]
Post time 11-9-2024 11:47 PM | Show all posts |Read mode





Penyanyi terkenal, Taylor Swift kesal apabila dirinya menjadi mangsa kepada teknologi kecerdasan buatan (AI) yang menggunakan wajahnya mempromosikan calon presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.


Disebabkan itu, dia tampil mendedahkan calon yang akan diundinya menjelang pilihan raya Amerika Syarikat kelak.


Menerusi hantaran dalam Instagram, Taylor mendedahkan dia akan mengundi Kamala Harris dan Tim Walz.


“Teknologi AI benar-benar menakutkan dan sangat berbahaya kerana boleh menyebarkan maklumat yang tidak benar.


“Hal ini membuatkan saya rasa perlu mengambil pendekatan dengan menyatakan secara terus siapa yang akan saya undi pada pilihan raya nanti.


“Saya akan mengundi Kamala Harris dan Tim Walz. Saya akan mengundi Kamala kerana dia berjuang untuk hak dan sebab-sebab yang saya percaya dia mampu untuk melakukannya.


“Dia seorang yang tenang, pemimpin yang berwibawa dan saya percaya kita akan mencapai banyak perkara untuk negara jika kita dipimpin oleh pemimpin yang tenang dan bukan huru hara,” tulisnya.


Tambah pelantun lagu Bad Blood ini lagi, dia turut kagum dengan Tim Walz yang memperjuangkan hak-hak komuniti atau golongan tertindas.


“Saya telah lakukan kajian dan saya telah pun membuat pilihan. Anda juga punya hak untuk buat kajian dan pilihan anda sendiri.


“Pesanan untuk bakal pengundi terutamanya mereka yang akan mengundi untuk kali pertama, jangan lupa untuk mendaftar,” pesannya.


Pilihan Raya Amerika Syarikat bakal berlangsung pada 5 November depan.


Dua calon daripada parti Demokrat yang diwakili oleh Kamala Harris sementelah Republikan yang diwakili oleh Donald Trump bakal bertanding bagi merebut jawatan Presiden Amerika Syarikat.  


Sumber – Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2024 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Kajian apa ko dah buat? tapi yelaa.. negara ko kan.klau melingkup apa aku kesah
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2024 02:22 AM From the mobile phone | Show all posts
buat la camne pon, kisah pulak
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2024 09:09 PM | Show all posts
Ni statement bela diri lepas gambar dia peluk-peluk dengan penyokong Republican. Teruk betul media kat sana. Nak berkawan dengan orang berlainan pandangan politik pun tak boleh ke?

Memang kalau tak sokong Democrat akan kena sesah bertubi-tubi oleh media. Konon free speech ke hulu ke hilir, democracy bagai, hujung-hujung...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 10:35 PM GMT+8 , Processed in 0.300790 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list