Edited by maklukpenggoda at 12-9-2024 08:58 AM
KUALA LUMPUR: Penerbangan Malaysia Airlines menuju Denpasar, Bali berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) awal petang (semalam).
Menurut laman web FlightRadar24, penerbangan MH853 itu berlepas dari KLIA jam 3.30 petang sebelum berlegar di ruang udara Selat Melaka pada ketinggian 8,000 kaki.
Pesawat Boeing 737-800 itu kemudian berpatah balik ke KLIA sejam setengah kemudian kira-kira jam 5 petang.
Punca di sebalik pesawat itu berpatah balik bagaimanapun belum dapat disahkan.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
|