View: 63072|Reply: 162
|
[Tempatan]
Bukan tunjuk aset, tapi ramai tayang hutang ‘pay later’
[Copy link]
|
|
Bukan tunjuk aset, tapi ramai tayang hutang ‘pay later’
Oleh KOSMO!
12 September 2024
Beberapa tangkap layar hutang skim beli dahulu bayar kemudian yang dikongsi pengguna Facebook.
PETALING JAYA – Kaedah pembelian barangan melalui perkhidmatan Beli Dahulu Bayar Kemudian (BNPL) yang pada mulanya dianggap memudahkan, kini ‘menjerat’ para penghutang.
Mana tidaknya, ada beberapa penghutang perlu melunaskan bayaran lebih RM2,000 sebulan kerana terperdaya dengan tawaran menarik oleh platform e-dagang yang sering menaikkan had hutang.
Menerusi satu hantaran di Facebook mengenai perbincangan tentang skim tersebut, kelihatan ramai yang ‘garu kepala’ apabila mempamerkan tangkap layar hutang masing-masing di ruangan komen.
Kebanyakan mereka berkongsi, kemudahan BNPL itu digunakan untuk membeli barangan pekakas rumah serta membayar insurans kenderaan.
Bagaimanapun, rata-rata penghutang dilihat mengeluh kerana ‘dihantui’ komitmen hutang yang seakan tidak pernah habis.
“Hasil tangan gatal juga ni hutang beli peti ais sampai bulan enam tahun depan baru habis bayar. Lepas ni kena beringat nak buat apa-apa, kena ingat macam mana nak bayar. Sesak nafas rasanya,” komen seorang wanita.
“Sayalah tu salah seorangnya. Bulan-bulan kena bayar lebih RM2,000. Jerat hutang yang susah nak keluar. Parah nak asingkan gaji untuk bayar hutang ni,” komen pengguna lain.
“Samalah saya, jahatnya skim ni dia naikkan had hutang sampai RM7,000. Sekarang saya sebulan kena bayar RM400, dekat platform lain pun saya ada hutang RM500. Seram RM1,000 sebulan, tapi insaf dah. Lagi dua bulan selesai,” komen seorang lelaki pula.
Dalam pada itu, ramai juga bersetuju hutang BNPL memudahkan buat mereka yang tidak mampu membayar ‘sedebuk’, namun perlu digunakan dengan berwaspada agar tidak memakan diri sendiri semula.
“Hutang macam ni kalau guna secara bijak ok je. Guna ikut kemampuan bulanan kita nak bayar. Bayar cantik tak pernah lewat, rekod cantik je. Jangan sampai tak mampu nak bayar tapi gatal nak buat juga,” komen Dira Aziz.
“Memang skim ni berguna kalau tak nak terasa sangat beli ‘cash’ sedebuk. Macam saya dulu, bulan-bulan bayar RM100. Tak adalah terasa sangat. Tapi nak guna biar ikut kemampuan nak bayar bulanan tu,” komen Amalina.
“Kalau benda memang sangat perlu tak mengapalah. Tapi seboleh-bolehnya usahalah untuk elak daripada berhutang. Kalau tiba-tiba meninggal macam mana, waris kena bayar ke? Kalau waris pun terlepas pandang kan naya,” komen Ummu pula. – KOSMO! ONLINE
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ianya mesti diraikan ...
|
|
|
|
|
|
|
|
Iols tak pernah guna
Harap2 iols takkan guna paylater sampai bebila
Kalau takde duit..jangan gatai order
Tu je lah...hahahaha... |
|
|
|
|
|
|
|
aah..setuju...
boleh kawal dari diri sendiri kena kuat jugak tu.. hihi istighfar byk2... mohon tidakkelabu mata terus klik paylater tu,,
sekali dah terguna.. Allahu... jenuuhhh...kaan
"Moga dipermudahkan segala urusan mereka yg telah menggunakannya.. aamiin Yaa Mujib..."
|
|
|
|
|
|
|
|
tak pernah aktifkan pon paylater kt sopi tu. rasa cam rugi pulak, baik la me ols guna kedit kad, ada gak dapat rebate ,point kalau online soping. boleh buat epp zero interest kalau beli barang2 yang rege mahal. tp tu la kan, tak semua mampu nak ado kedit kad lagi2 yg gaji kecik. |
|
|
|
|
|
|
|
Ummah wajib mendidik diri sendiri supaya jgn suka berhutang kerana hutang itu menjerat. Melainkan jika ingin beli sesuatu dgn harga yg cukup besar spt rumah, kereta yg memang tak boleh pun dibeli tunai, maka itu wajar. Pun sebelumnya harus berkira2 adakah mampu untuk membayar ansuran bulanannya. Begitu juga dgn personal loan yg lain.
Hutang itu adalah perangkap, sekali terjebak, pening dn tak aman hidup dibuatnya. Hutang dg Along, Nauzubillah! |
|
|
|
|
|
|
|
Pakai la banyak mana pun, asalkan hujung bulan bayar. |
|
|
|
|
|
|
|
knp manusia ni suka beli sampah? |
|
|
|
|
|
|
|
ya...jerangkap samar nak tangkap babi...jerangkap hutang nak tangkap manusia babi
|
|
|
|
|
|
|
|
i guna untuk bayar tayar kereta i.
sebabnya, guna paylater dapat guna voucher diskaun paylater. 2 bijik tayar, harga dari 1500, i bayar 1000 je. Tapi kena amik 3 bulan la. kalau lebih 3 bulan, ada interest. |
|
|
|
|
|
|
|
kannn...
aku pon bukanla debt free.. memacam jenis debt ada..
idakla perlu menambah lagi..
apa2 yg urgent.. kena beli dulu..
aku takkan korek saving.. swipe card je la.. bayar bulan2.. 0% interest.
yg penting ada kemampuan nak bayar.. saving tak surut..
gitu konsepku
|
|
|
|
|
|
|
|
Nak tarik pelanggan guna paylater, banyak vouchers dia bagi. Tak tenang kalau hidup berhutang. Takde aku aktifkan lagi paylater ni. |
|
|
|
|
|
|
|
tak pernah try....tiada keperluan |
|
|
|
|
|
|
|
Kalo displin gune ler.
Kalo bangsa liat nk mbayor bila bhutang jgn gatal.
Paling mahal aku guna Spay ni beli fridge rega lebih kurang 2.5k xsalah aku.
Hutang pn dh abeh bayor.
Pokok pangkal kna displin. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau baca kat thread ig lagi menggilaaaaa org share hutang memasing guna pay later ni.
Rata2 ckp guna pay later tu beli perkakas rumah.
Bayo bulan2 mcm sama mcm instalment kereta mewah |
|
|
|
|
|
|
|
So awful the mentality of social media users nowadays.
They're mad at the right things; they're proud of the wrong things.
Debt is a commitment that I'm never proud of. Tipulah kalau kata tak ada hutang. Of course ada. But never once have I thought of sharing my debts with people n what's more with strangers on social media.
Bodoh bangang bebudak zaman skarang. |
|
|
|
|
|
|
|
lipans replied at 13-9-2024 11:48 AM
i guna untuk bayar tayar kereta i.
sebabnya, guna paylater dapat guna voucher diskaun paylater. 2 ...
Boleh bagi link tayar tak |
|
|
|
|
|
|
|
Dlm hidup ini banyak jerangkapnya, ada di mana2. Maka manusia harus lebih berhati2 dn waspada selalu. Tau ada jerangkap, maka jgn didekati.
Andai terjebak, mungkin kerana khilaf atau salah perkiraan, mungkin juga ujian. Allah sentiasa ada untuk lindungi kita, maka mintalah pertolonngan dn petunjukNya sebelum melangkah mula. Mulakan dgn Bismillah dn jika perlu sandarkan kpd solat istikharah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Setakat ni, aku dpt je control. Tak membebankn. Kdg² pay early lg. |
|
|
|
|
|
|
|
Kena pandai budget segala menda |
|
|
|
|
|
|
| |
|