View: 55747|Reply: 18
|
[Tempatan]
Tular Gambar Restoran Darsa Fried Chicken Sudah Tutup, Ini Respons Wakilnya
[Copy link]
|
|
Baru-baru ini, restoran ayam goreng muslim iaitu Darsa Fried Chicken menjadi perbualan hangat di media sosial apabila tular gambar restorannya telah tutup.
Gambar yang tular itu memperlihatkan keadaan restoran Darsa Fried Chicken yang berdiri dengan megah itu dalam keadaan kosong malah telah diletakkan beberapa kertas notis yang tidak diketahui kandungannya.
Jadi, ramai beranggapan restoran DFC telah tutup sepenuhnya selepas baru beroperasi pada bulan Mei lalu dan mendakwa penutupan ini sudah dijangka akan berlaku kerana perniagaan berteraskan sentiman perkauman dan agama tidak akan kekal lama.
Memandangkan hebahan tersebut telah mulai menimbulkan kesangsian ramai, pihak Darsa Fried Chicken langsung memberi respons dalam menjawab status semasa operasi restoran utamanya itu.
Wakilnya memaklumkan bahawa mereka masih beroperasi seperti biasa dan buka pada pukul 10 pagi. Perihal kertas notis yang dilekatkan pula berkenaan yang perniagaan mereka telah didaftar di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 2018 dan perlu dipaparkan sebagai rujukan pelanggan yang datang berkunjung.
“Pada bulan lepas, pihak kami telah mengeluarkan memo rasmi bahawa Darsa Fried Chicken kini telah didaftarkan di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 2018.
“Notis pendaftaran ini juga telah dipamerkan di pintu masuk restoran sebagai rujukan pelanggan yang berkunjung,” tegasnya.
Tambahnya, gambar tular tersebut telah diambil pada awal pagi sekaligus tampak kosong dan tidak beroperasi pada luaran. Realitinya, mereka sedang menyiapkan bahan-bahan mentah untuk dimasak di dapur sebelum membuka restoran pada waktu yang ditetapkan.
Dalam masa sama, pihak DFC mengalu-alukan kedatangan para pelanggan untuk merasai kelazatan ayam goreng istimewa yang dijualnya. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Nak lawan ayamgor Kentucky sangat.
ujung? |
|
|
|
|
|
|
|
ayam digoreng dgn minyak janggut tak? |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa ini salah 1 cara naikkan nama kedai supaya semua orang tau
|
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 13-9-2024 04:16 PM
Selayaknyalah
Chuols tak baca sampai habis kah ???? |
|
|
|
|
|
|
|
orang datang nak mencekik bukan nak baca notis |
|
|
|
|
|
|
|
Sudah notis bertanya pula |
|
|
|
|
|
|
|
Cukai pulak yang dipentingkan. Sijil halal belakang kira |
|
|
|
|
|
|
|
kedai uncle roger bukak tak sampai seminggu pon ramai dah gelupur tanya sijil halal..yang konon muslim own, support bmf apa bala ni dah berbulan batang sijil halal pon tak nampak |
|
|
|
|
|
|
|
Kedai makan melayu ni barang basah pun ambil dekat kedai borong cina. Ayam, daging, ikan frozen, fish cakes, tauhu, sayur semua tu semua beli bulk untuk murah. Kalau kedai tu dekat dengan jeti, ye la kot ikan segar. Aku pergi wet market takde pun jumpa tokei kedai makan beli ayam dan daging segar banyak2. Kalau macam pasaraya econsave, tf, etc tu peniaga kedai makan beli barang basah. Kedai2 tu juga yang orang persoalkan dah sembelih belom.
Darsa ni bila nak mohon sijil halal? Bila non muslim mohon, diperlekehkan pulak. Siap ada yang tak percaya sijil halal jakim tu. |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 13-9-2024 04:20 PM
ayam digoreng dgn minyak janggut tak?
Ngah makan kepuk.keping ni terbayang plak minyak janggut |
|
|
|
|
|
|
|
ramai je darsa ni.. penuhh. ayam dia pun besar |
|
|
|
|
|
|
|
Ayam dia besar pun belum tentu ada sijil halal |
|
|
|
|
|
|
|
darsa ni tak pernah try lg
tp yg chill fried chicken kat peramu tu besor jugak ayam dia cuma rasa bg iols biasa2 je |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 13-9-2024 04:16 PM
Selayaknyalah
makcik kaki tak try ke ayam darsa |
|
|
|
|
|
|
|
Jitu replied at 13-9-2024 10:18 PM
makcik kaki tak try ke ayam darsa
Akak memang takkan jejak restoran yang tak ada sijil halal |
|
|
|
|
|
|
| |
|