View: 40303|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
Sisa kumbahan disyaki punca air Sungai Sekah berwarna hitam, berbau
[Copy link]
|
|
KEADAAN air Sungai Sekah Nilai berwarna hitam disyaki tercemar. Foto ihsan JAS Negeri Sembilan
Seremban: Sebuah loji kumbahan di kawasan penempatan berhampiran Sungai Sekah, Nilai, dekat sini, disyaki mengeluarkan sisa kumbahan sehingga menyebabkan air sungai itu berwarna hitam dan berbau.
Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan negeri S Veerapan berkata, pihaknya menerima aduan mengenai pencemaran itu daripada seorang penduduk, 8 September lalu.
Katanya, pasukan penyiasat Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan hadir ke lokasi pada hari yang sama dan menemui penduduk terbabit untuk mendapatkan maklumat lengkap.
"Siasatan awal mendapati keadaan sungai telah lama berwarna hitam dan berbau.
Sebanyak dua sampel air diambil dari sungai itu untuk tujuan pemantauan.
"Pasukan Badan Kawalan Selia Air negeri juga mendapat maklumat mengenai sebuah loji yang disyaki mengeluarkan sisa kumbahan yang menjadi punca pencemaran terbabit.
"Susulan itu, pegawai JAS bersama wakil Indah Water Konsortium (IWK) memasuki loji rawatan kumbahan berkenaan pada jam 12.30 tengah hari untuk menjalankan siasatan," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Veerapan berkata, sampel air diambil dari loji kumbahan dan Sungai Sekah dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia pada 10 September lalu untuk tindakan lanjut.
Menurutnya, hasil siasatan lanjut, JAS Negeri Sembilan mengarahkan IWK mengambil tindakan penambahbaikan segera bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.
Beliau berkata, kerajaan negeri menekankan keperluan dan kebertanggungjawaban semua pihak dalam menjaga kelestarian alam sekitar termasuk kualiti sungai yang merupakan punca bekalan air untuk penduduk.
"Kerajaan negeri tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak dalam isu alam sekitar dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka jika didapati bersalah atau melanggar pematuhan ditetapkan pihak berkuasa," katanya.
Disiarkan pada: September 17, 2024
sumber
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|