View: 42122|Reply: 48
|
[Jenayah]
Alif Teega, Aisyah Hijanah didakwa salah guna wang derma RM1.52 juta
[Copy link]
|
|
Edited by ultra78 at 23-9-2024 01:05 PM
Alif Teega, Aisyah Hijanah didakwa salah guna wang derma RM1.52 juta
Oleh
NOOR AZLIDA ALIMIN
23 September 2024 12:02pm
Alif Teega dan isterinya, Aisyah Hijanah tiba di Mahkamah Sesyen di sini untuk menghadapi pertuduhan kes jenayah, dipercayai membabitkan isu salah guna dana awam, baru-baru ini. Foto Sinar Harian/ROSLI TALIB
SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Pempengaruh, Alif Teega dan isterinya, Aisyah Hijanah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin, masing-masing atas 10 pertuduhan kes salah guna wang derma berjumlah RM1,526,372.16 sejak tiga tahun lalu.
Alif atau Mohd Hazalif Mohd Hazani, 30, dan Aisyah Hijanah Azhari, 26, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Awang Kerisnada Awang Mahmud.
“Faham, mohon dibicarakan,” kata pasangan suami isteri itu.
Mengikut semua pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama, secara tidak jujur menyalahgunakan wang sedekah bagi jumlah berkenaan, dengan nilai terendah ialah RM438.38 sementara tertinggi RM425,890.64.
Ia membabitkan 10 program sedekah iaitu pek makanan, kurma, korban, al-Quran dan set pakaian untuk orang miskin di Makkah serta Madinah, termasuk anak yatim, mangsa banjir di Pantai Timur.
Kesalahan didakwa dilakukan di Maybank dan CIMB Bank, Bandar Baru Bangi, di sini antara 11 Mei 2021 hingga 2 Julai lalu.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman penjara antara enam bulan hingga lima tahun, sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.
Awang Kerisnada membenarkan dua tertuduh diikat jamin masing-masing RM50,000 dan syarat tambahan melapor diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekali setiap bulan.
“Memandangkan tertuduh pertama telah menyerahkan pasport kepada Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat lalu, maka tertuduh kedua iaitu Aisyah Hijanah perlu menyerahkan dokumen perjalanan sama kepada mahkamah di sini, hari ini.
“Kedua-dua tertuduh juga tidak boleh berhubung dengan mana-mana saksi," kata hakim itu yang kemudiannya menetapkan 27 November depan untuk sebutan semula kes.
Dalam kes ini, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Yasmin Salleh manakala kedua-dua diwakili peguam, Mohd Shahrullah Khan.
Pada Jumaat lalu, Alif mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, atas dua pertuduhan salah guna harta bagi program infaq iftar di Mekah, Syria dan Palestin serta korban, berjumlah RM63,605.48 pada April dan Jun lalu.
Pada 11 Julai lalu, seorang pempengaruh dan isterinya ditahan reman tujuh hari, bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa untuk mendapatkan rasuah, bermula 2022 lalu.
Ia susulan, tular di media sosial mengenai seorang pempengaruh yang dikatakan mengambil komisen daripada kutipan derma, dengan peratusan yang tinggi.
Selain itu, pasangan itu juga dikatakan hidup dalam kemewahan sehingga menimbulkan pelbagai tanda tanya daripada warga siber.
Bagaimanapun, pasangan itu tampil dan menafikan semua dakwaan penyelewengan dan pecah amanah.
Selain itu, pasangan itu juga dikatakan hidup dalam kemewahan sehingga menimbulkan pelbagai tanda tanya daripada warga siber.
Bagaimanapun, pasangan itu tampil dan menafikan semua dakwaan penyelewengan dan pecah amanah.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ni dana derma apa plk? Aritu dia bukak tabung mintak derma netizen utk byr ikat jamin jg ke? |
|
|
|
|
|
|
|
PETALING JAYA: Pempengaruh Mohd. Hazalif Mohd. Hazani atau dikenali sebagai Alif Teega akan didakwa di mahkamah, esok.
Perkara itu disahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melalui aplikasi TikTok agensi itu.
“SPRM mendapat izin mendakwa pempengaruh terkenal dikenali Alif Teega di Mahkamah Kuala Lumpur, esok,” katanya di sini, hari ini.
Difahamkan, Alif Teega akan didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan.
Bagaimanapun, hanya Alif Teega yang akan didakwa esok mengikut seksyen berkenaan.
Pada 11 Julai lalu, Alif Teega, 30, dan isterinya, Aisyah Hijanah Azhari, 26 direman empat hari.
Pasangan suami isteri itu ditahan SPRM susulan dakwaan isu penyelewengan kutipan derma.
Pasangan itu tular di media sosial selepas terpalit dengan isu dakwaan menyeleweng kutipan wang derma. – UTUSAN
|
|
|
|
|
|
|
|
kesian nya, dah la baru berbini 2, sian dekat kedua-dua bini dia kalo dia kena sumbat dalam penjara |
|
|
|
|
|
|
|
Aisyah Hijanah fail cerai terhadap Alif Teega
September 1, 2024 @ 8:32pm
Aisyah enggan mengulas keputusan berpisah dengan Ali Teega, malah menegaskan tindakannya adalah atas pilihan sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.
KUALA LUMPUR: Pempengaruh media sosial, Aisyah Hijanah dilaporkan sudah memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya, Alif Teega pada Ogos lalu.
Aisyah atau nama sebenarnya, Aisyah Hijanah Azhari, 26, mengemukakan permohonan berkenaan di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, Ampang, Selangor.
Aisyah dilaporkan berkata, ia adalah ujian berat buat dirinya selain meminta supaya orang ramai mendoakan yang terbaik buat mereka.
"Dari bulan lepas sebenarnya (fail cerai). Doakan saya sebab ujian saya sangat berat," katanya.
Aisyah bagaimanapun enggan mengulas lanjut keputusan, malah menegaskan tindakan berkenaan adalah atas pilihannya sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.
"Saya tak nak berkongsi lebih lanjut sebab ia sangat peribadi dan libatkan orang ramai.
"Tidak mengapa sebab saya sendiri memang pilih jalan untuk berpisah, bukan disebabkan sesiapa," katanya.
Aisyah dan Alif Teega atau nama sebenarnya, Mohd Hazalif Mohd Hazani berkahwin pada 25 November 2017.
Mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Khadeejah Hijanah, Muhammad Hassan Syarif, dan Safiyyah Hijanah.
Difahamkan, rumah tangga pasangan mula menjadi perhatian apabila Aliff berkahwin buat kali kedua dengan wanita dikenali sebagai Fatin Umaidah di Thailand.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bini nya tak kena ke? Terselamat? |
|
|
|
|
|
|
|
Peguam tegur Alif Teega, Aisyah Hijanah ‘bergembira’ kongsi pengalaman ditahan SPRM
Oleh KOSMO!
22 Julai 2024, 3:44 pm
Peguam Kak Ratu (gambar kecil) menegur tindakan Alif Teega dan Aisyah Hijanah berkongsi pengalaman sewaktu di bawah tahanan SPRM baru-baru ini.
PETALING JAYA – Seorang peguam tampil memberikan pandangannya dan teguran kepada pasangan pempengaruh selepas mereka berkongsi pengalaman ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan wajah ceria baru-baru ini.
Peguam yang dikenali sebagai Kak Ratu berpandangan Alif Teega atau nama sebenarnya, Mohd. Hazalif Mohd. Hazani, 30 dan isterinya, Aisyah Hijanah Azhari, 26, tidak sepatutnya membuat siaran langsung dan berbincang mengenai perkara itu.
“Ini pandangan peribadi saya sebagai peguam. Alif dan Aisyah sepatutnya ‘zip’ (tutup) mulut mereka berkenaan layanan SPRM semasa direman.
“Tidak perlu buat ‘live’ (siaran langsung) dan berdiskusi tentangnya. Mungkin niat mereka untuk menunjukkan bahawa layanan SPRM adalah professional, tetapi tidak ya,” katanya menerusi video yang dimuat naik di TikTok semalam.
Peguam itu berkata, tindakan pasangan tersebut boleh menimbulkan salah faham orang ramai selain menganggap status orang yang disyaki (OYDS) adalah suatu yang tidak membebankan.
“Tanpa disedari kenyataan itu akan membuatkan orang lain berprasangka bahawa SPRM melayan OYDS terlalu baik dan tidak tegas dalam membuat siasatan terutama kepada orang yang disyaki melakukan jenayah.
“Kalau dah dilayan seperti sahabat baik siap bahagia di dalam bilik berhawa dingin, makan makanan yang pegawai SPRM makan adakah bermaksud mereka dilayan seperti VVIP? Apa gunanya reman?,” soal peguam tersebut.
Terdahulu, Alif Tega dan Aisyah Hijanah mendedahkan telah menerima layanan dengan begitu baik oleh pihak SPRM selain menyifatkan organisasi itu sangat profesional sepanjang mengendalikan kes mereka.
Tambah pasangan itu, mereka juga ditempatkan dalam tempat berhawa dingin dan diberikan makanan yang sedap oleh pegawai SPRM yang bertugas.
Sebelum ini, Kosmo! melaporkan SPRM menahan empat suspek termasuk pasangan tersebut kerana disyaki terbabit dalam penyelewengan dana derma awam.
Bagaimanapun, kesemua suspek yang ditahan dibebaskan 16 Julai lalu selepas tempoh reman berakhir.
Empat suspek itu diperintah membayar wang jaminan RM100,000 setiap seorang yang mana RM20,000 perlu dibayar secara tunai manakala bakinya tanpa cagaran, masing-masing dengan seorang penjamin. – KOSMO! ONLINE
|
|
|
|
|
|
|
|
Ingat lagi mcm mana dia twist berita penangkapan sprm dulu mcm tak ada apa. mcm cerita pergi melancong jer... hahah kuat betul drama orang ni... level lakonan tahap bollywood.
pas ni entah mcm mana dia nak twist lagi berita kena dakwa besok supaya orang ramai tak pandan serong dan tak cemarkan imej bisnes dan kepercayaan orang ramai.. |
|
|
|
|
|
|
|
Eh.. takkan si ecah terlepas. Wei, ecah ni obvious sgt kot yg dominant. |
|
|
|
|
|
|
|
honam replied at 19-9-2024 05:13 PM
kesian nya, dah la baru berbini 2, sian dekat kedua-dua bini dia kalo dia kena sumbat dalam penjara
Sumbat ecah je la kalau mcm tu |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by kemaruk at 19-9-2024 07:47 PM
Muka macam peranakan rohingya jer @B40tastePosh |
|
|
|
|
|
|
|
Patutlah ecah acah2 mintak cerai |
|
|
|
|
|
|
|
kemaruk replied at 19-9-2024 07:45 PM
Muka macam peranakan rohingya jer @B40tastePosh
Tulisan Lembu = Tulisan Jawi = Tulisan Peranakan Arab
Jawi itu juga Jawa
|
|
|
|
|
|
|
|
asal tak dakwa bini sekali |
|
|
|
|
|
|
|
Syrkt kan under nama ecah. Takkan la ecah terlepas? Adakah sebab itu dorg sedaya upaya tukar nama syrkt? Sebab ini ka? Wadahek.. penyamun dua ekor ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
umur baru 26 tahun tp licik betul..
nk rujuk balik lps dihukum ke..
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau idup songlap duit derma, sapa2 pon leh nampak berjaya. Pergi haji tiap2 bulan pon boleh. |
|
|
|
|
|
|
|
Zezo replied at 19-9-2024 07:01 PM
Eh.. takkan si ecah terlepas. Wei, ecah ni obvious sgt kot yg dominant.
Ecah hari lain plak kot.
Kan ada 4 orang kena reman aritu
Semua kena ikat jamin kira blm terlepas la semuanya kan
Maybe pertuduhan dorang hari lain plak kot
Page Scam No One sejak smlm tkde update apa2 ni
PW pun senyap, tp dorang ada satu lg page bekap No Scam ke apa tah.
Rasanya dorang kena sekat ke takleh post apa2
Pelik plak takde sbrg update ke admin cuti. |
|
|
|
|
|
|
|
tulisan jawi = tulisan dari jawa
lembu = jawi = haiwan dari jawa
sama seperti tulisan rumi = tulisan dari rome
bukhari = dari bukhara
|
|
|
|
|
|
|
| |
|