View: 38349|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
SPRM tahan dalang utama seludup warga asing, reman 5 hari
[Copy link]
|
|
DUA pegawai penguat kuasa termasuk dalang utama yang disyaki bersekongkol dengan sindiket membawa masuk warga asing menggunakan modus operandi ‘Counter Setting’ ditahan reman lima hari. FOTO Ihsan SPRM
Seremban: Dua pegawai penguat kuasa termasuk dalang utama yang disyaki bersekongkol dengan sindiket membawa masuk warga asing menggunakan modus operandi 'Counter Setting' ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semalam.
Kedua-dua suspek suspek lelaki berusia lingkungan 30 hingga 40-an itu ditahan di Pejabat SPRM Negeri Sembilan kira-kira jam 3 pagi dan 5.40 petang semalam ketika hadir bagi dirakamkan keterangan.
Menurut sumber, kedua-dua suspek dipercayai bersekongkol dengan ejen sindiket membawa masuk warga asing yang tiba menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 1 (KLIA1) dan KLIA2.
"SPRM) Negeri Sembilan menahan dua pegawai penguat kuasa termasuk suspek utama yang dipercayai bersekongkol dengan sindiket membawa masuk warga asing menerusi pintu masuk udara negara menggunakan modus operandi 'Counter Setting'.
"Mereka dipercayai menerima wang rasuah daripada ejen sindiket selain bertindak mengatur urusan laluan kaunter khas bagi melepaskan warga asing tanpa mengikut pemeriksaan sepatutnya di pintu masuk udara negara," katanya, hari ini.
Tambahnya, Majistret Fairuz Syuhada Amran membenarkan suspek utama direman selama lima hari sehingga 23 September manakala suspek kedua direman selama tujuh hari sehingga 25 September.
Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Disiarkan pada: September 19, 2024
sumber
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|