View: 38495|Reply: 0
|
[Johor]
Jeti runtuh, 5 pemancing selamat
[Copy link]
|
|
Pemancing yang berjaya diselamatkan selepas hanyut akibat ombak besar. FOTO Ihsan APMM
Muar: Lima pemancing berdepan detik cemas apabila jeti menghubungkan daratan dengan kelong bagi aktiviti memancing musnah dan dihanyutkan air di Pantai Seri Menanti, di sini, malam tadi.
Kejadian berlaku sekitar 9.40 malam akibat cuaca buruk dan laut bergelora.
Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Mohd Haniff Mohd Yunus, berkata pihaknya menyedari insiden itu selepas dihubungi salah seorang mangsa terbabit.
Beliau berkata, Muhamad Razif Abu Bakar, 33, menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Batu Pahat bagi meminta bantuan selepas dia bersama empat rakan lain terputus hubungan dari daratan.
"Sebaik menerima panggilan itu, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) bergegas ke lokasi bagi menghulurkan bantuan kepada semua mangsa.
"Kelima-lima pemancing berjaya diselamatkan sebelum dibawa ke jeti nelayan Seri Menanti untuk diserahkan kepada polis bagi tindakan lanjut
"Kesemua mangsa berusia antara 15 hingga 43 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan.
Sementara itu, Mohd Haniff memaklumkan pihaknya turut menerima dua aduan awam berkenaan dua bot 'barter trade' yang tenggelam di perairan Batu pahat pagi tadi.
Katanya, bot pertama KLM Bahtera Jaya tenggelam kira-kira 0.9 batu nautika Barat Daya Segenting ketika dalam perjalanan dari Batu Pahat menuju ke Indonesia.
"Siasatan awal mendapati bot terbaik disyaki tenggelam akibat kebocoran pada bahagian enjin.
Dalam kejadian berasingan sebuah lagi bot 'barter trade', KLM Bersama Jayayang membawa enam orang kru dari Indonesia menuju ke Batu Pahat turut tenggelam di kedudukan lebih kurang 11.2 batu nautika Barat Daya Benut.
Jelas beliau, kesemua mangsa kedua-dua bot terbabit berusia dalam lingkungan 20 hingga 62 tahun diselamatkan oleh bot barter trade yang berhampiran ketika kejadian.
"Semua mangsa kemudiannya dipindahkan ke bot Maritim Malaysia seterusnya dibawa oleh aset agensi ke jeti Zon Maritim Batu Pahat untuktindakan lanjut," katanya.
sumber
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|