View: 17034|Reply: 13
|
[Jenayah]
Pasukan khas ditubuh kesan banduan larikan diri. Sila lapor kepada polis jika terlihat lelaki ini
[Copy link]
|
|
Pasukan khas ditubuh kesan banduan larikan diri
Oleh TUAN NURHIDAYAH TUAN AB.GHANI
19 September 2024, 9:59 pm
Kalai Kumar.
PETALING JAYA – Jabatan Penjara menubuhkan pasukan pencarian dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengesan banduan lelaki yang melarikan diri ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh, Selangor, semalam.
Menerusi satu kenyataan, Jabatan Penjara berkata, banduan reman tersebut melarikan diri ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan hospital berkenaan pada pukul 3.30 petang.
“Sehingga kini, usaha pencarian sedang dipergiat dan diluaskan ke kawasan lain. Lembaga Siasatan telah ditubuhkan bagi mengenal pasti punca kejadian itu.
“Sekiranya didapati terdapat unsur kecuaian atau kelemahan prosedur semasa melaksanakan tugas, jabatan ini tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak bertanggungjawab,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, Jabatan Penjara Malaysia memohon kerjasama daripada orang awam sekiranya terdapat sebarang maklumat mengenai individu mencurigakan.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung perkara itu boleh menghubungi Penjara Sungai Buloh di talian 03-61843333 atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh di talian 03-61561222 untuk tindakan lanjut.
“Jabatan Penjara Malaysia memohon maaf atas segala kesulitan,” ujarnya.
Semalam, Kosmo! melaporkan seorang banduan Penjara Sungai Buloh dilaporkan telah melarikan diri ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, suspek yang juga penama Kalai Kumar Anandan, 27, didapati tiada di katilnya dan disyaki telah melarikan diri dari hospital.
Suspek mempunyai lapan rekod jenayah membabitkan kesalahan jenayah (empat) dan narkotik (empat). -KOSMO! ONLINE
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Macam mana buleh lari ye bukan tangan banduan ni sentiasa digari di kepala katil sekali ke dan ada polis dok jaga sekali
Lagi satu, kenapa mata beliau tengok ke atas |
|
|
|
|
|
|
|
kotakbaju replied at 20-9-2024 09:08 AM
Macam mana buleh lari ye bukan tangan banduan ni sentiasa digari di kepala katil sekali ke dan ada p ...
Terfikir benda yg sama. Macam mana boleh lari dan kenapa mata dia tgk atas? Seram |
|
|
|
|
|
|
|
Gari rosak ni pastu nyorok sempat tukar baju keluar hospital. tah aku terbayang filem tamil. |
|
|
|
|
|
|
|
Woi jgn buat main banduan terlepas. Nant org yg x berdosa jd mangsa. Bnyk plk Kes banduan terlepas kat msia ni |
|
|
|
|
|
|
|
ezacbee replied at 20-9-2024 09:31 AM
Gari rosak ni pastu nyorok sempat tukar baju keluar hospital. tah aku terbayang filem tamil.
prison break tamil eelam |
|
|
|
|
|
|
|
Anne...yenna porrengge.?? |
|
|
|
|
|
|
|
ni kes pertama banduan dapat rawatan melarikan diri ke? |
|
|
|
|
|
|
|
otai_g replied at 20-9-2024 09:48 AM
Woi jgn buat main banduan terlepas. Nant org yg x berdosa jd mangsa. Bnyk plk Kes banduan terlepas k ...
Memang banyak ' KES TERLEPAS' kt negara kita la ni... |
|
|
|
|
|
|
|
amenda yg polis pengawal buat sampai mamat ni boleh terlepas?? petugas2 kt hospital tu pown xkan x perasan |
|
|
|
|
|
|
|
Banyak kali dah dengar citer banduan lari dari penjara. Ntah apa staff penjara buat agaknye.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|