CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 15134|Reply: 29

[Jenayah] Bekas anggota pecah rahsia: GISBH cipta sendiri silibus persekolahan, pemimpin mereka dilantik oleh Rasulullah

[Copy link]
Post time 21-9-2024 09:31 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 21-9-2024 02:03 PM


Menurutnya silibus yang dicipta sendiri di sekolah terbabit lebih menekankan kepada kata-kata dan tulisan pemimpin manakala pelajaran lain seperti fardu ain hanya diajar pada tahap asas.

"Pengajaran dalam kelas hanya untuk jangka masa yang pendek dan kadangkala tiada cikgu pun yang mengajar manakala untuk pelajaran lain banyak yang diulang-ulang," katanya kepada Bernama.

Dilahirkan dalam keluarga yang mengamalkan ajaran al-Argam, Ahmad mendedahkan bahawa bapanya adalah antara pemimpin pergerakan itu yang difatwakan haram pada 1994

Anggota GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) termasuk kanak-kanak didakwa didoktrin untuk mempercayai bahawa pemimpin mereka dilantik oleh Rasulullah, Imam Mahdi serta guru mursyid dari alam ghaib.

Seorang bekas anggota GISBH mendedahkan bahawa pemimpin mereka juga mendakwa mampu berhubung dengan Rasulullah melalui yaqazah (dalam keadaan sedar) dan segala arahan daripada pemimpin, wajib ditaati sepenuhnya.

Beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 36, mendakwa pendidikan di sekolah-sekolah kendalian GISBH menjadi platform untuk menanam ketaasuban ahli terutama dalam kalangan kanak-kanak terhadap pemimpin mereka.

Katanya zaman kanak-kanakya dilalui di penempatan pergerakan itu di sekitar Perak sebelum dipindahkan ke Rawang, Selangor diikuti Putrajaya, Kedah, Sabah dan Sarawak sebelum ke luar negara iaitu Jordan dan Syria.

Beliau meninggalkan jemaah atau syarikat itu pada 2011 selepas mendapat kesedaran apabila belajar daripada beberapa guru agama yang bukan dalam kalangan ahli syarikat tersebut.

"Saya meninggalkan syarikat berkenaan selepas kematian bekas pemimpin al-Arqam.

Ashaari Muhammad dan ketika itu syarikat berkenaan dipimpin oleh Ummu Jah yang juga balu Ashaari," katanya.

Seorang lagi bekas anggota GISBH yang dikenali sebagai Latif mendedahkan ketika bersekolah di bawah kendalian syarikat itu, mereka diajar menggunakan buku yang mengagungkan Ashaari yang digelarkan sebagai Abuya.

"Mereka mengaku sebagai jemaah kebenaran yang akan bersama Imam Mahadi nanti. Jadi semua dah taasub. Proses ni bukan berlaku dalam masa sehari dua tapi sejak zaman al-Arqam," katanya.

Latif, yang kini berusia 30-an mendakwa pernah belajar di beberapa sekolah GISBH di Pahang, Selangor dan Perak selepas dihantar oleh ibu bapanya yang perkahwinan mereka diatur oleh jemaah tersebut.

"Sekolah-sekolah itu biasanya kosong dan pelajar sering bermain kerana pelajaran tidak dijalankan secara formal," katanya yang meninggalkan GISBH selepas mengikut rakannya ke pusat latihan kemahiran kendalian kerajaan ketika berusia 17 tahun dan menyedari kepentingan mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tidak dimilikinya ketika itu.

Abu Bakar, 36, pula mendedahkan beliau meninggalkan GISBH pada 2010 setelah menyedari dirinya tidak memiliki pendidikan formal seperti remaja lain.

"Saya tertanya-tanya mengapa saya tidak belajar seperti orang lain tetapi diminta berjuang untuk bertemu Imam Mahadi dan disebabkan rasa ingin tahu yang menebal saya ambil keputusan untuk keluar," katanya.

Beliau mengakui beberapa kali cuba melarikan diri tetapi ditangkap dan dibawa kembali ke dalam jemaah sehingga ibunya meninggalkan pergerakan itu setelah diceraikan oleh ayahnya atas arahan pemimpin, menyebabkan mereka tidak lagi dicari jemaah.

Dalam serbuan Op Global pada ll Sept lepas, polis menyelamatkan 402 kanak-kanak dan remaja dari 20 rumah amal yang dikaitkan dengan GISBH di Selangor dan Negeri Sembilan, yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi buruh dan seksual.

Serbuan itu juga mendedahkan kes pengabaian dan penganiayaan yang membawa kepada penahanan 171 individu termasuk 105 wanita.

-- BERNAMA

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2024 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Banyaknya kesalahan ejaan berita dari bernama nih
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2024 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 21-9-2024 09:54 AM

Patutla set2 lahanat ni siap doa Nuar kalah pru so dia tak naik jadi pm..kalo x smpai skrg msih aman2 dok jaja ajaran sesat.padan muka doa ko x makbul Setann!!
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2024 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Byknya skolah deme.. takde pemantauan ka mcm mana ni?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2024 10:40 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2024 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Punya banyak sekolah diorang. Business macam2. Bertahun tahun ni kenapa langsung takde tindakan dari pihak berwajib???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-9-2024 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2024 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 21-9-2024 09:51 AM
Byknya skolah deme.. takde pemantauan ka mcm mana ni?

Diaorg kata sekolah diorg daftar bawah pejabat agama negeri masing2  sbb sekolah agama.pak lobai,walaun punya keje la nak pantau
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2024 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
MissVixen replied at 21-9-2024 10:41 AM
Punya banyak sekolah diorang. Business macam2. Bertahun tahun ni kenapa langsung takde tindakan dari ...

Buat report dari 2011 ..tapi buat dekk je ko ghase.tapi aku appreciate gak la  pukas ni..tempoh tu agak lama ..org senang berputus asa.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2024 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua dalam gisb tu bodoh2 belaka ka?
Memang seekoq pon xdak pelajaran?
Bengap yg terlampau bengap ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2024 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Rosulullah Saiyidi Abuya tu yang tak menahan tu

Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2024 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Mustahil selama berpuluh tahun pihak kerajaan dan jabatan agama islam tidak tahu nasib anak-anak gisb ni.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2024 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Shayang at 21-9-2024 06:58 PM
ultra78 replied at 21-9-2024 06:33 PM
Mustahil selama berpuluh tahun pihak kerajaan dan jabatan agama islam tidak tahu nasib anak-anak gis ...


Pi baca kat pukas tu knp selama bertahun takde yg peduli
Ada kaitan dgn sampul berkat, kali ni taktau napa KPN mmg langgar je terus kluster sampul berkat ni(ini yg aku baca td kat pukas la)
Satu lagi boleh juga baca kat page Mariana Martin, dia ni ex gisb gak tp dia sampai rufaqa je kot
Dia ada byk bukti juga dan skrg dlm perlindungan polis sbb geng2 tu duk ugut la mcm2.
Tak silap aku yg ummu attiyah ke apa nama salah sorang anak abuya yg penah kena dera tu minta tolong dia.
Ummu tu pi report polis mcm2 negeri tp pihak berkuasa kata masalah keluarga camtu la lebih kurang takde yg melayan.
Tahun 2018 kan ada yg buat page menentang gisbh ni tapi tak viral takde yg peduli maybe akhirnya dorang ada minta tolong ngn pihak pengkaji majlis agama sebuah negeri tu gak tu yg smp ke maza tu

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2024 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by MissYouSayang at 21-9-2024 07:09 PM

Pukas tu pun bukannya betul sgt pon...lepas isu jakim dan halal diserang, kini turn gisb plak kena serang dgn geng2 bapok tua phundekk..kesian btul tgk netizen yg percaya bulat2 dgn media upahan kaki propa
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2024 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Hayun sepak nafsu, hayun sepak yahudi



Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2024 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
sapeka replied at 21-9-2024 06:28 PM
Semua dalam gisb tu bodoh2 belaka ka?
Memang seekoq pon xdak pelajaran?
Bengap yg terlampau bengap n ...

Malas beribadat,tapi nak syurga mudah..maka mudahla kena kincin berjemaah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2024 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Shayang replied at 21-9-2024 06:55 PM
Pi baca kat pukas tu knp selama bertahun takde yg peduli
Ada kaitan dgn sampul berkat, kali ni tak ...

Sampul berkat tu ada apa uols?
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2024 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Perlis Dan Trengganu dah haramkan GISBH. Negeri2 lain bila lagi. Selangor? Jakim buat apa? Tak nasihatkan Sultan ke?
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2024 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Rogue98 replied at 21-9-2024 09:15 PM
Perlis Dan Trengganu dah haramkan GISBH. Negeri2 lain bila lagi. Selangor? Jakim buat apa? Tak nasih ...

Ada yg kata perlis paling lambat fatwa arqam sesat. Pada aku laaa, Perlis fatwa GISB yg sesat tu betul laaa. Arqam tu dah berubah wajah. Kalau x, sampai sudah laaa org cakap Arqam dan insaf dan GISB hanya company
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2024 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Rogue98 at 21-9-2024 09:45 PM
Lolalala replied at 21-9-2024 09:36 PM
Ada yg kata perlis paling lambat fatwa arqam sesat. Pada aku laaa, Perlis fatwa GISB yg sesat tu b ...


Haah aku perasan gak diaorang mcm nak asingkan..insist yg gisb company so takleh ambik tindakan...pihak berkuasa kena korek habis2an...ramai tu saksi dah tampil dan pecahkan rahsia.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 10:57 AM GMT+8 , Processed in 0.125645 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list