CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6429|Reply: 13

[Tempatan] 'Ya, saya memang bekas banduan, tapi banduan terhormat dengan tuduhan zalim dan keji' - PMX

[Copy link]
Post time 21-9-2024 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode




Oleh Farah Marshita Abdul Patah dan Essa Abu Yamin
September 21, 2024 @ 12:37am
[email protected]


KUALA LUMPUR: "Ya, saya memang bekas banduan, tapi banduan terhormat dengan tuduhan zalim dan keji," tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata demikian ketika menyelar tindakan pembangkang yang sering mengulangi statusnya sebagai bekas banduan ketika mengkritik pentadbiran beliau.


"Dulu kamu, bapak-bapak kamu, pemimpin-pemimpin PAS antara benteng pertama pertahankan kami dan menolak fitnah itu.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Himpunan Keadilan Suara Rakyat Suara Keramat dari Refomasi ke Malaysia MADANI di Stadium Axiata, Bukit Jalil, malam tadi. - Foto NSTP/Saifullizan Tamadi

"Sekarang anak-anak mereka yang jahil tentang sejarah, yang jadi perkakas kepada perasuah, yang menjadi alat kepada pencuri harta, sekarang mau jadi jaguh," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Himpunan Keadilan 'Suara Rakyat Suara Keramat, Dari Reformasi ke Malaysia Madani' di Stadium Axiata, Bukit Jalil, di sini, malam tadi.

Anwar berkata pejuang besar seperti bekas Presiden PAS, Allahyarham Datuk Fadzil Noor; bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat dan mantan Imam Besar Masjid Negara, Kuala Lumpur, Ustaz Datuk Taib Azamudden Mohd Taib yang mempertahankan dirinya.

"Kerana apa, kerana mereka tahu hukum, mereka tahu Islam, mereka tahu apa fitnah dan mereka tahu bagaimana sang saka tua zalim serta menindas rakyat.


"Itu pendirian pemimpin-pemimpin lalu termasuk pemimpin-pemimpin PAS," katanya.

Anwar berkata selama hampir dua tahun memegang tampuk pemerintahan, beliau tidak membenarkan mana-mana tender diambil oleh pemimpin negara

Katanya, perkara itu berbeza dengan pemerintahan pembangkang selama hampir dua tahun.

"Sebut apa yang tidak ambil, Bestari Net, Jana Wibawa, kontrak tebatan banjir, sakau…Guna Islam, sakau, guna Melayu sakau," katanya.

Sementara itu, laungan 'reformasi' yang lahir di jalanan 26 tahun lalu, bergema sekali lagi dalam suasana penuh kebanggaan dan tenang, seiring laluan perjuangan.

Sosok yang menggenggam tangan ke udara 25 tahun lalu, kini berdiri bangga sebagai seorang Perdana Menteri dengan ditemani keluarga dan rakan perjuangan sejati.

Aura beliau di pentas utama malam ini kekal tebal dengan semangat perjuangan, cuma kali ini beliau tidak bercakap sebagai Perdana Menteri, sebaliknya sebagai Anwar Ibrahim, pejuang reformasi.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Himpunan Keadilan Suara Rakyat Suara Keramat dari Refomasi ke Malaysia MADANI di Stadium Axiata, Bukit Jalil, malam tadi. - Foto NSTP/Saifullizan Tamadi

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2024 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
"Dulu kamu, bapak-bapak kamu, pemimpin-pemimpin PAS antara benteng pertama pertahankan kami dan menolak fitnah itu."

sbb bodoh
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2024 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Reforbasi!!!!


Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2024 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Raja Petra sebelum dia kiok pun ngaku kes liwat Anwar tu fitnah..


Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2024 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2024 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni tak follow tele ES ke?? Membongak takde rasuah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-9-2024 01:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Contoh terbaik, berjuang sampai hujung nyawa....bukan macam cicit Sultan Hasanuddin...
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 01:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Lawakk siak bapok tua gelarkan diri sbgai banduan terhormat..kemain bangga dia buat salah laku n kaki toron pungkuk org
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2024 10:03 AM | Show all posts
dahtu ayaq mani sapa dalam dubur saiful?
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
layankan jelah...
tanda2 dementia
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
halah halahhhhhhh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2024 09:40 AM | Show all posts
Faiz ingatkan Pemuda PAS: Fadzil Noor pernah bela Anwar
Diterbitkan:  Sep 23, 2024 10:29 PM



Anak bekas presiden PAS, Fadzil Noor mengingatkan sayap pemuda parti itu bahawa Allahyarham bapanya berdiri teguh dalam mempertahankan Anwar Ibrahim ketika perdana menteri itu menghadapi pertuduhan liwat suatu ketika dahulu.

Setiausaha Agung Amanah, Faiz Fadzil berkata, arwah bapanya juga selalu berkongsi cerita mengenai kezaliman terhadap Anwar di rumah dan hampir setiap malam ketika berceramah.

"Almarhum Fadzil Noor juga tidak pernah jemu mengunjungi Anwar Ibrahim ketika prosiding mahkamah berlangsung serta almarhum Fadzil Noor juga adalah pemimpin pertama pembangkang ketika itu hadir mempertahankan Anwar Ibrahim,” kata bekas Adun Permatang Pasir itu dalam kenyataan media.

Faiz mengulas gesaan Timbalan Ketua Pemuda PAS, Mohd Hafez Sabri agar Anwar memohon semakan terhadap kes liwat berkenaan.

Ia susulan ucapan Anwar pada Sabtu lalu sempena ulang tahun ke-25 gerakan Reformasi, di mana presiden PKR itu menyatakan dirinya sebagai “banduan terhormat” yang berdepan dengan “tuduhan yang zalim dan keji”.



Anwar dipenjarakan sebanyak dua kali atas tuduhan salah guna kuasa dan liwat, yang menurutnya direka oleh musuh politiknya.

Kes pertama adalah pada 1999 ketika pentadbiran Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri. Dia dibebaskan pada 2004 apabila Abdullah Ahmad Badawi menggantikan Mahathir.

Penubuhan Barisan Alternatif

Faiz mengingatkan Pemuda PAS bahawa bapanya pada 1999 telah membentuk gerakan bernama Gerak untuk menggerakkan sokongan rakyat bagi membela Anwar.

"Menubuhkan Gerak adalah langkah pertama almarhum Fadzil Noor menggerakkan gerakan rakyat membela Anwar Ibrahim yang kemudiannya menjadikan PAS mula diterima rakyat pelbagai lapisan sehingga menjadi parti politik yang kuat dan menang 27 kerusi parlimen dalam PRU 1999," katanya merujuk Barisan Alternatif yang disertai PKR, DAP, PAS dan Parti Rakyat Malaysia (PRM).

"Adakah pemuda PAS bersedia menyangkal fakta sejarah ini?" soal Faiz hari ini.

Pada 2015, Anwar disabitkan sekali lagi atas tuduhan liwat ketika pentadbiran Najib Razak.

Faiz yang juga seorang peguam, mengingatkan Pemuda PAS bahawa Anwar telah dibebaskan dalam kes liwat pertama tanpa sebarang sabitan oleh Mahkamah Persekutuan.

Manakala bagi kes kedua, katanya, pengampunan penuh diraja telah diberikan yang menjadikan semua rekod sabitan kes kedua dibersihkan.

"Oleh itu, saranan Timbalan Ketua Pemuda PAS saudara Mohd Hafez Sobri bahawa Anwar Ibrahim perlu memohon semakan semula kes adalah tidak berasas dan menunjukkan pemuda PAS buta undang-undang.

"Ini adalah kerana tiada sabitan kes yang ada untuk disemak semula, sebaliknya yang perlu disemak adalah pemikiran pemimpin PAS yang tidak habis-habis mengungkit kisah lama yang tiada lagi rekod jenayah seolah-olah PAS ketandusan idea sebagai pembangkang,” tegasnya.

Guna fatwa demi politik

Faiz berkata ketika pemimpin lama PAS, termasuk presidennya Abdul Hadi Awang mempertahankan Anwar, pelbagai nas dan dalil dikemukakan bagi mengukuhkan hujah kezaliman tersebut.



"Namun, kini PAS seperti biasa mencari fatwa baru pula dengan mengubah fatwa lama. Itulah sikap PAS, yang mahir menggunakan fatwa demi keuntungan politik.

“PAS kini tidak lagi mempunyai prinsip sepertimana sikap pemimpin PAS terdahulu,” dakwa Faiz.

Dalam ucapannya semasa perhimpunan kira-kira 20,000 penyokong di Arena Axiata, Anwar menamakan Fadzil, bekas Musyidul Am PAS, Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat, serta bekas imam besar Masjid Negara, Taib Azamudden Mohd Taib, sebagai antara mereka yang membelanya.

Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2024 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Para hakim dan mereka2 yg terlibat dlm penghakiman ini tidak mahu membeladiri ke atas tuduhan yg dikatakan zalim & keji ini.  
Jika betul...tidak terlintas ke untuk nak bertaubat dan meminta maaf dgn yg dianinya diatas tuduhan zalim dan keji ini....
Dan jika betul apa yg dikatakan....amatlah sedih dan kecewa dgn sistem keadilan kita....
Dan jika betul, kenapa tiada diambil tindakkan keatas mereka2 yg telah membuat tuduhan zalim dan keji yg fitnah dll.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2024 10:14 AM | Show all posts
ada ke tak meliwat sebenarnya?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 03:18 PM GMT+8 , Processed in 0.156281 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list