View: 37229|Reply: 19
|
Rindu itu berat – Ibu Allahyarham Zayn Rayyan
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA – “Rindu itu berat. Lebih-lebih lagi rindu pada orang tersayang yang telah pergi buat selamanya. Al-Fatihah.”
Itu perkongsian ringkas ibu kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin di Instagramnya, hari ini.
Menerusi hantarannya itu, Ismanira Abdul Manaf, 29, turut berkongsi gambarnya mendukung seorang kanak-kanak dipercayai Zayn Rayyan ketika kecil selain surah al-Fatihah sebagai kapsyen.
Baru-baru ini Kosmo! melaporkan, Ismanira dilihat kembali aktif di akaun Instagramnya dengan memuat naik empat hantaran mengenai fitnah.
Dalam hantaran pertamanya, Ismanira berkongsi tangkap layar artikel mengenai seksaan dan azab Allah terhadap golongan pemfitnah.
Dengan menggunakan tanda pagar #justice4zaynrayyan, Ismanira juga memuat naik beberapa potong doa yang ditujukan buat golongan pemfitnah terhadap dirinya.
Sebelum ini, akaun Ismanira ‘hilang’ apabila wanita itu dan suaminya, Zaim Ikhwan Zahari ditahan di Puncak Alam, Selangor pada 31 Mei lalu dan direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Pada 13 Jun lalu pula, ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autistik itu pada Disember tahun lalu.
Tertuduh, Zaim dan Ismanira bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Dr. Syahliza Warnoh.
Pada malam 6 Disember tahun lalu, Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia di sebatang anak sungai sehari selepas dia dilaporkan hilang di Apartmen Idaman, Damansara Damai.
Laporan bedah siasat yang dikeluarkan mengesahkan kanak-kanak itu mati dibunuh ekoran terdapat kesan kecederaan pada leher serta badannya.
Sumber – KOSMO! ONLINE. |
|
|
|
|
|
|
|
Den ni jd xtau nk tulis apa..ko beljr dr retis ke ngok..cuba kaburi keslhan sendiri dgn menunding jari kpd org lain...(Jika betul ko pelakunya dan hati den berat rs begitu..tahla Allah SWT yg Maha Mengetahui maka den mohon agar Allah SWT jualah tunjukkan sebenar2 kebenaran..amin)
Dan den menyampah tgk ko, laki ko dan keluarga mentua ko... harktuihh |
|
|
|
|
|
|
|
Terbayang2 muka pelik kau kejap nangis kejap senyum masa kat hospital.
Terbayang plak berpikep depan mahkamah.. pembunuh ada di luar sana katanya.
Kalau kau salah semoga adalah kifarah terjadi
Walau dunia lepas di sana tak... |
|
|
|
|
|
|
|
Klu hujung2 X jumpa jgk pembunuhnya
Kes Ni sesuai masuk dlm documentary Netflix's Unsolved Mystery
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau betul diorg ni buat.. hebat la smpai polis xdpt bukti.. pusing2 cite ni.. last2 kena cas psl lain.. tetap xthu pembunuhnya spe.. tp ade jln cerita pembunuhan.. hahahah xthu la sapa pusing sapa skrg ni... |
|
|
|
|
|
|
|
she siap ada thread kat ig ya..haishh susah nk ckp. mudah2an satu hari ada keadilan buat arwah |
|
|
|
|
|
|
|
tetap aku tak percaya sebutir zarah habuk pun kau tak terlibat.... puihhhh! |
|
|
|
|
|
|
|
Ntah la, susah nak percaya dah dorang sekeluarga. Nangis la air mata darah sekalipun, atau tulis la ayat sesedih mana sekalipun, tetap tak boleh nak percaya dah |
|
|
|
|
|
|
|
Well aku rasa dia x rasa dia pembunuh sebab anak dia mati bukan dgn dia walaupun dia yg siksa budak tu. Dia tinggalkan masa anak tu hidup lagi kan. Dia rasa ajal anak dia dah tiba. Rindu tu subjective. Mana x rindu. Hari² hadap anak tu. Cuma tu laaaa. Penyesalan tu tak nampak langsung dimukanya.
Masa kena tahan, kena naik mahkamah mesti dia menyumpah arwah macam². Dah mati pun menyusahkan dia.
Semoga keputusan berpihak pada arwah Zayn Rayyan |
|
|
|
|
|
|
|
My sincere advice to all of us is. Jgn terpedaya dgn helah pempuan ni.
Why?
Sbb skrg dia hire lawyer. Segala taktik2 dia yg dia game skrg ialah idea ajaran lawyer.
Bebaru ni sebutan kes, sejak tu dia acah2 claim xbesalah pulak. Even dlu dh ngaku dlm court.hrini tup2 xngku. Baruni dia claim " dia xbunuh pun, cuma terpaksa mengaku sbb ada yg suruh ".
Dia manipulate gitu gais. Mcm nk main politik.
Menda ni lawyer lahh yg ajarr.. xkn sia2 dia upah lawyer gaisss.... lawyer pun spnjg study dgree..mmg bljor cara2 nk lpskan penjenayah drpd hukuman. So jgn kena lawyer sbb jobskop menegakkan batil, menyembunyikan haaq.
So tudia gais.
Jgn trust lgsg segala lakonan mereka. Please static with ES |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by brainbiru at 1-10-2024 12:41 PM
Tgk tak the west memphis 3... kes pembunuhan 3 budak.. 3 teenager dituduh membunuh.. kena hukuman lifetime prison klu x silap.. tp ada yg yakin dorang x bersalah.. ada ngo help release kan mereka.. berdasarkan luka dan kecederaan nmpk mcm budak2 tu kena molest.. ada kecederaan yg teruk pada kemaluan .. teenager yg kena tangkap tu.. dna dorang x de pun kat mangsa2.. tp ditangkap hanya kerana soal siasat kepada salah seorang tertuduh.. yg mengaku dia n 2 lagi yg buat. Yg mengaku tu adalah si lembam. Yg senang dimanipulasi polis. Polis bg situasi, lps tu dia bgtau dia buat gini gitu.. contoh polis kata, kat tgn belah kanan mangsa ada luka bergaris, mcm mana kau buat luka jadi mcm tu.. so dia pun jwb berdasarkan keadaan yg polis bg tanpa fikir kesan akibatnya. Dorang baru berumur 16 klu x silap. Mangsa2 umur 8thun. Tp dihukum sebagai dewasa sbb jenayah berat. Pihak defendant buat pelbagai test. Cth letakkan babi yg dah mati, ke dalam kolam air tempat mangsa2 ditemui tu, dan biarkan kura2 jenis besar.yg gigi n kuku tajam tu.yg mcm zaman dinasor..gigit n cakar..memang benar, ia menghasilkan corak gigitan n cakaran yg sama. Ada sorang dari ngo ni.. smpai umpan tangan sendiri utk digigit makhluk tu. Kolam air tu mmg byk kura2 jenis mcm tu. N byk lagi petunjuk2 lain, yg menunjukkan teenagers ni x terlibat.. cth 2 org dari mereka sedang berada di sekolah pada timeframe kejadian. Ramai yg involve dlm usaha pembebasan remaja2 ni... termasuk johnny dep. Dorang buat crowd funding.. 18tahun kemudian akhirnya mereka dilepaskan dgn deal mengaku bersalah. Tetap jugak kena mengaku bersalah. Tak paham aku tang ni. Siapa sebenar pembunuh masih tiada jawapan, yg disyaki adalah step father salah sorang mangsa tu... dna dia di temui pada mangsa.. tp dia kata, dah yg tu anak tiri aku..dok serumah dgn aku, nak pelik apa klu dna aku ada pada dia..
Sorry pjg..saja share. Kes ZR ni.. sebolehnya tak nak fikir mak dia tergamak buat. Tp klu leads menunjukkan dia yg buat, semoga dihukum setimpal. |
|
|
|
|
|
|
|
Betul ke rindu? Harap dia tak beranak dah lah. Jaga lah anak sorang lagi tu elok². Karang ada ramai anak, stress sikit dibunuhnye anak tu. |
|
|
|
|
|
|
|
ataupun dia rs ms seksa smpai mati tu bukan diri dia, ad benda lain masuk dlm badan dia gituhhhhh sekali iols speku dia punya psycho
|
|
|
|
|
|
|
|
sungguh la haiii.. klau la ko pelaku nya.. cmana la ko bole tdo mlm .. sesambil merindu tu.. omgggggggg |
|
|
|
|
|
|
|
Orix replied at 1-10-2024 01:46 PM
ataupun dia rs ms seksa smpai mati tu bukan diri dia, ad benda lain masuk dlm badan dia gituhhhhh ...
Mungkin juga kan. Masa tgh marah dia split personaliti. Lepas tu memori tu benam terus dalam kepala. ----ini hanya andaian |
|
|
|
|
|
|
|
Rindu ke atau dihantui perasaan bersalah?
Iols lepas baca kt edisi siasat tu terus tk percaya
|
|
|
|
|
|
|
|
Manusiabesa replied at 1-10-2024 12:21 PM
My sincere advice to all of us is. Jgn terpedaya dgn helah pempuan ni.
Why?
Sbb skrg dia hire lawyer ...
Betul la tu. Teringat pulak cerita How to get away with murder. Lawyer² semua licik.
Dia pun dah bebas sekarang kan. X payah susah² jaga anak. Semua orang uruskan. Duit pun agaknya byk lagi baki org derma aritu.
Ni kalau selongkar history google dia, mesti byk search nak raih simpati netizen kot |
|
|
|
|
|
|
|
Tunggu Edisi Siasat petik lagi pasal ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|