CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20513|Reply: 3

[Tempatan] Kelantan terima kasih pada PMX, ikrar amal politik matang

[Copy link]
Post time 2-10-2024 01:08 PM | Show all posts |Read mode
Kelantan terima kasih pada PM, ikrar amal politik matang

https://www.malaysiakini.com/news/721245

Diterbitkan:  Oct 2, 2024 12:15 PM
Dikemaskini: 12:15 PM



Kerajaan Kelantan menyambut baik beberapa pengumuman yang dibuat Perdana Menteri Anwar Ibrahim sempena lawatan kerjanya ke negeri itu, semalam.

Menteri besarnya Mohd Nassuruddin Daud berkata, pihaknya mengucapkan penghargaan dan terima kasih di atas pengumuman projek dan peruntukan disalurkan kepada Kelantan.

Justeru jelasnya kerajaan negeri juga komited mengamalkan budaya politik matang dan sejahtera serta kerjasama yang membawa manfaat kepada negeri.

"Semangat federalisme hendaklah sentiasa dijunjung tinggi dalam memastikan kebajikan rakyat terus diberi keutamaan dan ia merupakan kunci kepada pembangunan berterusan dan kesejahteraan rakyat.

"Kerajaan Kelantan komited akan terus mengamalkan budaya politik matang dan sejahtera serta sentiasa terbuka kepada kerjasama yang membawa manfaat kepada negeri ini tanpa mengira perbezaan politik, selagi ia selaras dengan prinsip 'membangun bersama Islam' yang menjadi dasar pentadbiran negeri," katanya dalam kenyataan media.

Semalam Anwar berkunjung ke negeri Kelantan bagi menghadiri istiadat pengurniaan darjah kebesaran daripada Sultan Kelantan Sultan Muhammad V sempena Hari Keputeraan baginda yang ke-55.

Dia turut mengadakan lawatan kerja dan mengumumkan peruntukan membabitkan kos projek Pusat Dialisis Yayasan Sultan Kelantan Darul Naim sebanyak RM8 juta dan menambah baik Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu sebanyak RM5.5 juta.

Anwar turut menyatakan komitmen meneruskan pelaksanaan projek tebatan banjir, bekalan air bersih dan masalah bekalan air kepada pesawah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2024 01:31 AM | Show all posts
setelah rakyat beri salam 20k majoriti
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2024 06:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku nampak Najib dan Anwar memang baik dengan Kelantan. Tak seperti Mahathir yang berpuluh tahun ada kuasa tapi bermusuh dengan Kelantan. Tapi sejak Mahathir tak ada kuasa dan sokongan barulah dia nak bersimpati dengan Kelantan. Tak ada gunanya. Dialah dahulunya yang memecahbelahkan orang melayu. Kalau betul dia nak tolong melayu,sudah tentu dia angkat negeri-negeri pantai timur dan kedah waktu dia jadi PM kali pertama dahulu kerana itu negeri majoriti melayu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2024 08:27 AM | Show all posts
nk harap ko...

mmm lamberrttttttttt lagi

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 09:34 AM GMT+8 , Processed in 0.061839 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list