CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28608|Reply: 2

[Tempatan] TERKINI: Penggunaan MyDigital ID untuk aplikasi MyJPJ dibatalkan - Loke

[Copy link]
Post time 2-10-2024 07:57 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 2-10-2024 04:08 AM

TERKINI: Penggunaan MyDigital ID untuk aplikasi MyJPJ dibatalkan - Loke

Oleh Bernama - Oktober 2, 2024 @ 11:50am




Menteri Pengangkutan, Anthony Loke. - Foto fail NSTP/Mohd Amin Jalil.



PUTRAJAYA: Orang ramai tidak perlu menggunakan MyDigital ID untuk mendaftar masuk aplikasi MyJPJ bermula 10 Oktober ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Dalam sidang media di sini hari ini, beliau berkata pengguna aplikasi MyJPJ boleh mendaftar masuk aplikasi berkenaan seperti biasa.

"Orang ramai tidak perlu ada kebimbangan bahawa selepas 10 Oktober ini tidak boleh pakai MyJPJ. Itu tidak wujud. MyJPJ boleh terus diakses dengan mudah dengan cepat," katanya.

Media sebelum ini melaporkan, pengguna MyJPJ perlu mendaftar masuk aplikasi itu menggunakan MyDigital ID bermula 10 Oktober ini.

MyDigital ID adalah satu bentuk pengenalan dan pengesahan diri individu secara digital, yang bakal dimanfaatkan sektor awam dan swasta untuk mengesahkan identiti pengguna semasa melakukan transaksi secara dalam talian.

Loke berkata, arahan berhubung keperluan penggunaan MyDigital ID dalam MyJPJ dikeluarkan menerusi pengumuman tetingkap timbul ('pop-up announcement') dalam aplikasi itu.

Katanya, arahan yang dikeluarkan itu bukan pengumuman rasmi daripada Kementerian Pengangkutan atau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan telah diturunkan serta-merta.

"Maklumat yang disalurkan melalui 'pop-up' MyJPJ telah memberikan maklumat yang mungkin mengelirukan orang ramai.

"Saya lihat dalam banyak komen media (sosial) yang bimbang dan memberikan maklum balas berkenaan (maklumat tersebut)," katanya sambil menambah MyJPJ ketika ini mempunyai 10.5 juta pengguna.

Beliau berkata, kementerian menyokong penggunaan MyDigital ID namun proses pengintegrasian dengan aplikasi MyJPJ perlu dibuat secara 'back-end'.

"Kita telah mengadakan perbincangan dan mencapai persetujuan supaya penggunaan MyDigital ID sebagai 'log in' kepada aplikasi MyJPJ perlu dilaksanakan dengan mudah.

"Ia supaya tidak memberikan apa-apa masalah kepada pihak pengguna MyJPJ dan kita akan mengambil sedikit masa untuk pengintegrasian secara 'back-end'," katanya. - BERNAMA






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2024 08:00 PM | Show all posts
Kalau nak tukar cara authentication, sila buat app lain. Jangan tukar app sedia ada. Buat mcm Maybank pernah buat dulu, ada Maybank2U app dan MAE. Slowly transition kepada app baru.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Menyampah aku apps gomen ni. Tiap bulan kena update password. Orang tak ingatlah nak hafal password banyak2 hanat!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 09:46 AM GMT+8 , Processed in 0.202455 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list