View: 18027|Reply: 0
|
[Tempatan]
'Semoga dia syahid...'
[Copy link]
|
|
'Semoga dia syahid...'
https://www.bharian.com.my/berit ... 6/semoga-dia-syahid
Meor Riduwan Meor Ahmad - Oktober 3, 2024 @ 9:38am
[email protected]
Guru dan rakan sekelas Muhammad Rusyaidi Mohd Razali, 17, yang maut dalam kemalangan di Batu Berendam semalam berpelukan dengan Sabrinah Mansor di luar Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka. - NSTP/Meor Riduwan Meor Ahmad
MELAKA: "Semoga dia syahid sebab nak pergi sekolah tuntut ilmu".
Itu doa Sabrinah Mansor, 44, ibu kepada pelajar Tingkatan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Mutahir, Muhammad Rusyaidi Mohd Razali, 17, yang maut dalam kemalangan di Batu Berendam, semalam.
Dalam kejadian kira-kira 8 pagi itu, motosikal Yamaha 110 ditunggang mangsa bergesel dengan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dan terbabas sebelum diseret sebuah kereta lain dari arah bertentangan.
Menurut Sabrinah, dia terkejut apabila dihubungi guru sekolah memberitahu anak sulung daripada empat beradik itu kemalangan di Jalan Dato Mat Zin.
Katanya, dia yang baru pulang daripada menghantar dua anak ke Sekolah Kebangsaan Taman Merdeka dan belum sempat masuk ke rumah terus menjerit meminta bantuan jiran untuk menghantarnya ke lokasi.
"Saya terus hubungi suami dan bergegas ke lokasi. Sebaik sampai, saya dapati suami sudah ada di sana dan diberitahu Rusyaidi sudah meninggal dunia," katanya.
Dia yang tidak dapat menahan sebak ketika ditemui di luar Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka (HM), berkata, Muhammad Rusyaidi anak yang taat dan bercita-cita mendalami bidang agama mengikut jejak bapa.
Sabrinah berkata, suaminya, Mohd Razali A Rahman, 47, bertugas sebagai Pembantu Hal Ehwal Islam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah.
"Saya saksi dia anak yang berbakti. Memandangkan dia juga ada lesen kereta, dialah yang hantar saya ke mana-mana, ke kedai, pasar raya.
"Saya pastikan dia ambil lesen memandu kereta dan motosikal supaya selamat, tiba-tiba jadi macam ini, memang saya tak sangka.
"Sebelum kejadian dia tidak tunjuk apa-apa perubahan malah sempat gorengkan ayam untuk saya kerana dia memang pandai memasak," katanya lagi.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|