CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 19182|Reply: 64

[Tempatan] Izin anak orang kaya berpotensi masuk SBP, MRSM, Matrikulasi, tapi kena bayar penuh

[Copy link]
Post time 4-10-2024 10:31 AM | Show all posts |Read mode
Izin anak orang kaya berpotensi masuk SBP, MRSM, Matrikulasi, tapi bayar penuh
Oleh Prof Dr Barjoyai Bardai - Oktober 4, 2024 @ 9:10am
[email protected]


Gambar hiasan. Foto NSTP


SISTEM pendidikan dari sekolah rendah sehingga ke menengah tinggi adalah percuma bagi seluruh warga Malaysia. Sebanyak 10,220 sekolah menawarkan pendidikan percuma untuk lebih lima juta pelajar pada setiap tahun, membabitkan lebih 416,000 pendidik seluruh negara.

Malaysia mempunyai 72 sekolah berasrama penuh (SBP) dengan 11 sekolah premier, 46 sekolah menengah sains, 12 sekolah berasrama penuh integrasi (SBPI) dan tiga sekolah menengah agama persekutuan (SMAP) menawarkan hampir 5,000 tempat belajar dengan lebih 53 peratus adalah pelajar daripada kumpulan berpendapatan rendah (B40).

Jumlah tempat belajar ini meningkat lebih 15 peratus setiap tahun. Bahkan, lebih 10,000 permohonan diterima untuk memasuki SBP setiap tahun. Hari ini ada lebih sebuah SBP di setiap negeri.

Bagi program persediaan memasuki ke IPT, Malaysia menyediakan pusat matrikulasi dan pusat asasi menyediakan 30,000 tempat bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pada 2021, lebih 14,000 pelajar mengikuti program ini sebagai persediaan ke universiti.


Malaysia juga mempunyai institusi pendidikan premier sangat terkenal di seluruh dunia dipanggil Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), menawarkan program pendidikan unggul dan unik. Sebanyak 55 MRSM wujud hari ini menawarkan program pengajian dari Tingkatan Satu hingga ke Tingkatan Lima.

MRSM juga mula menawarkan program prauniversiti selepas 50 tahun penubuhannya. Setakat 2022, MRSM berjaya melahirkan lebih 194,000 graduan lepasan SPM dan kelayakan berkaitan serta berjaya masuk ke IPT. Pengambilan masuk pelajar ke MRSM sangat ketat, menekankan tahap kecerdasan tinggi dan potensi pelajar dalam sains, teknologi, keusahawanan dan pemikiran kreatif.

100,000 pelajar mohon MRSM setiap tahun

Pada setiap tahun, lebih 100,000 pelajar memohon memasuki MRSM dan kira-kira 10 peratus sahaja diterima masuk. Pada 2021, seramai 10,209 pelajar diterima masuk, manakala pada 2022, seramai 9,879 orang diterima memasuki MRSM seluruh negara.

Sebagai panduan khusus, 60 peratus kuota pengambilan ke MRSM diperuntukkan kepada anak kumpulan B40, 20 peratus kepada anak kumpulan berpendapatan sederhana (M40) dan 15 peratus kepada kumpulan berpendapatan tinggi (T20) manakala 5.0 peratus khusus untuk pelajar bukan Bumiputera.

Setiap tahun, 10 peratus pengambilan dikhususkan kepada pelajar bukan Bumiputera sehingga kuota 5.0 peratus pelajar bukan Bumiputera dipenuhi daripada jumlah 10,000 pelajar diterima masuk.

Atas faktor ini, kerajaan dan penggubal dasar perlu berhati-hati dalam membuat dasar mengenai pengambilan pelajar masuk ke SBP, MRSM dan Pusat Matrikulasi kerana ia membabitkan kesan jangka pertengahan dan panjang.

Jika kos purata pembelajaran dan sara hidup ialah RM1,000 sebulan untuk 30,000 pelajar, jumlah kos tahunannya hanyalah RM360 juta, hanya kurang 0.01 peratus daripada jumlah belanjawan untuk pendidikan sebanyak RM55 bilion pada 2023.

Usah samakan kumpulan pendapatan tinggi, sederhana

Penggubal dasar perlu lebih teliti melihat kemungkinan kesan jangka panjang. Pertama, kumpulan berpendapatan tinggi adalah mereka berpendapatan melebihi RM10,000 sebulan. Mereka ini sebenarnya lebih sesuai dikategorikan sebagai kumpulan berpendapatan sederhana berbanding kumpulan 'maha kaya'.

Mereka menyumbang bukan sahaja jumlah cukai agak besar tetapi kemahiran dan kepakaran, tenaga serta sumber daya. Mereka tidak sepatutnya dianaktiri.

Kedua, golongan ini mempunyai kecerdasan dan keupayaan tinggi. Anak mereka juga didedahkan dengan potensi tinggi dalam pendidikan. Mengetepikan mereka daripada peluang memasuki ke institusi pendidikan premier seperti MRSM, Kolej Matrikulasi dan SBP akan menghilang potensi besar keupayaan negara pada masa hadapan.

Apa yang boleh dilakukan ialah membuka program asrama penuh ini termasuk SBP, Kolej Matrikulasi dan MRSM kepada kumpulan berpendapatan tinggi mempunyai anak berpotensi, tetapi membayar yuran penuh bagi membolehkan mereka menjadi sumber modal insan penting negara pada masa depan.

Penulis adalah Provost di Malaysia University of Science and Technology (MUST)

Single Polls, Total 27 Users voted

Count down: 212 Days9 Hours48 min.

Your User group have no permission to vote

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2024 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
And where is the concept of fairness to all in this? Yang kau orang laung2kan sangat nak tengok sangat dalam dunia pendidikan tu?
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2024 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 4-10-2024 02:43 AM

Amende Provost MUST ini?

Btw gamba hiasan tu, mesti bahagia mengajo kelas tu. Nampak kelas budak2 pandai berbudi pekerti pehtu pompuan lagik ramai dari lelaki. Yang budak2 lelaki pun hampir semua hada jawatan di sekolah. Sorang ja tadak. Sah2 kelas heaven.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2024 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Agama ada soh kau beza2akan manusia ikut pendapatan ka? Ha kan aku dah tonggang agama dah.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2024 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Buat la byk lagi sekolah boarding private mcm KYS tu..yg boarding school kerajaan let the set2 b40 je masuk..itu purpose dulu kala kan...
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2024 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
wirazam replied at 4-10-2024 11:17 AM
Buat la byk lagi sekolah boarding private mcm KYS tu..yg boarding school kerajaan let the set2 b40 j ...

kalau camtu tlg revise balik level t20 tu.
kalau stakat makan gaji 20k ada anak 3. even sorg nak masuk boarding school mcm kys, ktj pelbagai tu pun jenuh makayah kerja x jmp jalan blk rumah.

byk beza t20 dari fmly marhaen dgn t20 dari fmly 10 keturunan lampau dah mmg kaya raya.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-10-2024 11:58 AM | Show all posts
otak barjoyai ni memang bodobodo.prof u mesia memang selalu bodobodo ke?
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2024 12:23 PM | Show all posts
I really appreciate your sharing in this article. The information you provided is not only useful but also very easy to understand. Thank you for helping me expand my knowledge and have a deeper insight into this issue. Play game smashy road free.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2024 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi kalau kat mrsm mmg depa caj berbeza ikut B40, M40 & T20
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2024 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 4-10-2024 10:44 AM
Agama ada soh kau beza2akan manusia ikut pendapatan ka? Ha kan aku dah tonggang agama dah.

Ade la, golongan pembayar zakat dan penerima zakat. Siap ada hadis lagi tangan yang memberi lebih baik dari yg menerima
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2024 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Define org kaya?
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2024 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 4-10-2024 10:39 AM
And where is the concept of fairness to all in this? Yang kau orang laung2kan sangat nak tengok sang ...

Khennn.. masalahnya diorg yg laungkan level berguling2 dulu

Tp skrg?

Rasa nk cilikan je walanon yg tetibah redho..jijik!!
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2024 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
SalenaGomez replied at 4-10-2024 01:18 PM
Tapi kalau kat mrsm mmg depa caj berbeza ikut B40, M40 & T20

MRSM sbp ok lg

Kalau uni mmg melampau la
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2024 02:12 PM | Show all posts
jaman dulukala smer salah DAP

jaman mandani madanon.. smua salah titwenti

aaagichewww

rasa tak lama dulu mmg ada ura2 nak buat MRSM yg mmg kena bayar yuran penuh.. tp set2 bifoti pulak tak bagi ke cemaner..

sbb kata depa mrsm tu hak hakiki bifoti... aa camtu la behkwang

bukan meols kata ni,, bifoti yg kata
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2024 02:37 PM | Show all posts
syamzana replied at 4-10-2024 11:56 AM
kalau camtu tlg revise balik level t20 tu.
kalau stakat makan gaji 20k ada anak 3. even sorg nak m ...

kan... sebenornya working professional ni bukan la kaya pun selagi mengharap gaji bulanan tu. kaya kalau org bisnes, social media influencer (ke yg ni acah kaya je) & ahli politik yg byk mkn rasuah
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2024 02:38 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 4-10-2024 10:42 AM
Amende Provost MUST ini?

Btw gamba hiasan tu, mesti bahagia mengajo kelas tu. Nampak kelas budak2 p ...

uni kat mesia jarang ada provost.. sbb atas dia panggil president .. sini panggil chancellor

mcm uni anak meols mmg atas president then provost then CFO + mgmt team

fefeling uni obeseas la tuuuu

provost ni in between the president and the mgm team la ie dean apa semer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2024 02:39 PM | Show all posts
juruterra replied at 4-10-2024 02:37 PM
kan... sebenornya working professional ni bukan la kaya pun selagi mengharap gaji bulanan tu. kaya ...

hey youuuu lama tak nampak your nick

salu bab2 education mesti nampak kelibat, tunggu jugak baru muncul

bz ke kaka?
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2024 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Firenzza at 4-10-2024 02:44 PM

Pebenda la baru skrg nk bising anak t20 x layak, bkn ke masa masuk gaji mak bapak dh declare? Bayar yuran pun beza ikut kasta....Mangkuk  hayun tul la......klau ko & pmx nk ckp org kaya tipu pendapatan masa apply korang juga la yg bengap kno x siasat mcm juga kes seludup minyak penguatkuasa tido mkn gaji buta hujung tahun gaji naik, bonus dpt.... . . rkyt plk kena hukum
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2024 02:46 PM | Show all posts
Kitty_catz replied at 4-10-2024 02:39 PM
hey youuuu lama tak nampak your nick

salu bab2 education mesti nampak kelibat, tunggu jugak baru  ...

tak la busy sgt tp masuk company baru yg environment lain bebenor,....iols masih adjusting to life here struggle sikit so kurang la berforum
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2024 02:53 PM | Show all posts
apabenda la kecoh... dulu kemahennn nak hapus ptptn la pendidikan percuma lahhh tibahhhhhh dh jd PM jd kerajaan nk naikkan harga pendidikan... kena kencinggggggggggg
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 12:43 AM GMT+8 , Processed in 0.191608 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list