View: 60460|Reply: 20
|
[Tempatan]
Sedap dan paling utama sekali murah untuk dibeli...Pemilik Restoran ‘Sedih’ Tiada Lagi Kek Donut Dari GISBH.Netizen terbelah dua
[Copy link]
|
|
Perkongsian seorang pemilik restoran yang terletak di Kelantan mendedahkan dia agak terkilan kerana tidak menerima lagi penghantaran kek donut dari Ikhwan Bakery yang dinaungi oleh syarikat GISBH yang kini terpalit dengan pelbagai isu dalaman.
Di dalam video yang dikongsi di Facebook, pemilik mendedahkan restorannya dahulu sedia menerima penghantaran kek donut dari vendor Ikhwan Bakery.
Dia langsung memuji kek donut yang dihasilkan sememangnya sedap dan paling utama sekali murah untuk dibeli. Tambahnya lagi, Ikhwan Bakery juga merupakan vendor terbaik dan paling senang berurusan selama ini. Ini termasuklah mereka sentiasa menepati permintaan keadaan pada setiap hari.
Sebarang lebihan kek donut yang tidak terjual pada hari itu pula akan disedekahkan sahaja kepada orang ramai.
Susulan ketiadaan lagi Ikhwan Bakery, dia membuka peluang kepada vendor lain yang mahu meletakkan barangan jualan di restorannya.
Dia turut mengingatkan agar vendor yang bersetuju untuk konsisten menghantar produk seperti yang dipinta dan bukan ikut suka hati. Video berkenaan turut digandingkan dengan lagu yang bermain dengan perasaan seolah-oleh mengambarkan sedang sedih dengan ketiadaan Ikhwan Bakery itu.
Perkongsian lelaki itu telah menjadi perhatian dan menerima pelbagai reaksi dari netizen tempatan.
Sebahagian berpendapat itu satu perkembangan baik kerana perniagaan Ikhwan Bakery mempunyai sisi gelap seperti yang tular baru-baru ini. Netizen turut merasakan penawaran harga yang murah boleh dicapai dek kerana ada laporan mengatakan yang mereka tidak membayar upah kepada pekerja.
Sementara sebahagian lain turut meluahkan kekecewaan kerana satu empayar bisnes yang besar telah jatuh dek dakwaan kerana hasad dengki pesaing lain.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Harga murah sebb free labour je ke?
Atau bahan mentah scourced from sumbangan orang ramai untuk rumah "anak yatim" dia mcm kes beras ni?
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Sebab tu murah kot. Apa pon tak keluar sesen.
Manakala dari aspek kelezatan tu.... semua sedia maklomlah. |
|
|
|
|
|
|
|
airfilterkotor replied at 5-10-2024 04:10 PM
Sebab tu murah kot. Apa pon tak keluar sesen.
Manakala dari aspek kelezatan tu.... semua sedia makl ...
Hg jangan. Dah la aku pernah mkn kat nasi ayam ikhwan ni dulu. Teringat sup ayam dia yg jernih x rasa sup tu. Jgn la dia ambil air tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Apoo replied at 5-10-2024 04:22 PM
Hg jangan. Dah la aku pernah mkn kat nasi ayam ikhwan ni dulu. Teringat sup ayam dia yg jernih x r ...
Kalau sup takde rasa sup tu, maknanya tiada apa² kandungan yg shubhah la tu.
Tapi kalau supnya shedap lagi lezat, itu memang boleh mendatangkan syak wasangka yang kuat. |
|
|
|
|
|
|
|
Mana makcik2 bakery dh peegi? |
|
|
|
|
|
|
|
Mkn kt kedai cina main lahap je
Kesalahan dorg ni dari segi akidah je
Habis tu yg liberal tak sesat ke
Xnk betul kn blk akidah puak liberal kah
Yg pergi tutup ekonomi melayu kenapa
Cina rasa terancam kah dgn kumpulan ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Ha sapa2 yg penah mkn donut kat kedai ni ternyata donut drpd ikhwang rupanyaa
Kedai ni pun tak abis2 duk wat video sedih jgn sampai polisi dtg tanya khabar plak yer
Pastu jgn nk bertaqiyyah kata takde kena ngena plak |
|
|
|
|
|
|
|
Donut air rendaman bulu buluan gisb. Eeuuww. Ada juga acik fb yang salahkan dap dalam forum ni.
Dah terang2 gisb ni sesat, liwat, jual beras sedekah pun masih nak sokong. Bodoh. Macam la dap letak pisau dekat tengkuk lobai untuk paksa meliwat budak2. Cina sana, cina sini. Kenapa takut sangat dengan cina? |
|
|
|
|
|
|
|
Sejenis low self esteem kot..selalu rasa inferior
Melekat dlm fikiran lepas tu salahkan saka dan hantu raya
|
|
|
|
|
|
|
|
https://youtu.be/Cl7jwSMpZUY?si=M-DllIsqnsgZB8ft |
|
|
|
|
|
|
|
MarryPottet replied at 5-10-2024 03:52 PM
Harga murah sebb free labour je ke?
Atau bahan mentah scourced from sumbangan orang ramai untuk ruma ...
Aku dengar pas nk beli aset gisbh ni
Kemain laa kira nk teruskan legasi dorang ni la ekk
Ghisau aku dah la lebih kurang je dorang tu
Pasti pun aritu ada isu tak bayar gaji bagai sbb keje sukarelawan.
Bg aku toksah la nk amik alih ke apa, better bekukan je dan bubarkan semuanya.
Haramkan semua pertubuhan2 yg je jenis nk bina komuniti sendiri je nihhh
Kita semua tau tu semua kultus, hidup je la mcm manusia normal lain.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by MarryPottet at 6-10-2024 12:43 AM
Shayang replied at 5-10-2024 09:29 PM
Aku dengar pas nk beli aset gisbh ni
Kemain laa kira nk teruskan legasi dorang ni la ekk
Ghisau a ...
Banyaklah sangat duit lobai nak beli aset gisbh
Atau bukak derma tin milo?
Aset² gisbh pun dibeli dari duit derma yg diseleweng & dari penganiayaan ahli², lobai tak takuk kena tempias bala ke?
Masa kes ni tengah kemuncak aritu, nama besan kris dayanti, family halilintar pun kena petik
Katanya mereka pun part gisbh juga, betul ke ek?
Pelik tengok depa tu hidup mewah semacam |
|
|
|
|
|
|
|
Murah la.. cukai tak bayor..guna child labour...
EPF ade ke tak staf nye? |
|
|
|
|
|
|
|
MissVixen replied at 5-10-2024 06:36 PM
Donut air rendaman bulu buluan gisb. Eeuuww. Ada juga acik fb yang salahkan dap dalam forum ni. :lol ...
Perkara ni agak pelik sebab saya rasa cina2 kat Malaysia ni kebanyakannya tak pernah tau kewujudan gisb dan kedai ikhwan ni sebelum kes ni meletup. Arqam jauh sekali la. Melayu pun ramai yang taktau, jangankan cina. Kedai cina kalau ada sijil halal boleh je makan. Kalau pekerja kedai cina ni beramai2 komplen majikan tak bayar gaji pekerja, liwat anak diaorang, takde epf socso, paksa kahwin, paksa cerai, ambik anak diaorang sejak kecik, campur air rendaman janggut dan gigi dalam makanan yang dijual, wajiblah tangkap pemilik kedai cina tu dan siasat sehingga ke akar umbi. |
|
|
|
|
|
|
|
PAS nak beli...?
Utang dengan penerbit Harakah dah bayar blom? |
|
|
|
|
|
|
|
Kt mana2 page pun bkn main sedap type kerbau pendek dgn kicap pekat dok troll isu ni. |
|
|
|
|
|
|
|
miss_white replied at 5-10-2024 06:13 PM
Mkn kt kedai cina main lahap je
Kesalahan dorg ni dari segi akidah je
Habis tu yg liberal tak sesa ...
Lagi musykil...semalam baru majlis muzakarah mesyuarat tentang kesesatan gisbh,selepas berminggu serangan dibuat. |
|
|
|
|
|
|
|
MissVixen replied at 5-10-2024 06:36 PM
Donut air rendaman bulu buluan gisb. Eeuuww. Ada juga acik fb yang salahkan dap dalam forum ni. :lol ...
Terkejut iols ada yg sokong jaringan kedia gisb ni...pdhal ekonomi dorg la yg support aktiviti lgbtq gisb terhadap kanak2. |
|
|
|
|
|
|
| |
|