CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7987|Reply: 8

[Jenayah] Larian ‘pelangi songsang’ di Kota Tinggi, polis tahan 3 peserta

[Copy link]
Post time 6-10-2024 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
M Kumar berkata tiga lelaki itu berusia 39 hingga 70 tahun itu ditahan di sebuah hotel di Kota Tinggi, malam tadi. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Polis menahan tiga lelaki kerana disyaki berkelakuan tidak senonoh dan lucah ketika menyertai satu program larian di Kota Tinggi, Johor pada Khamis lalu.

Ketua Polis Johor M Kumar berkata, individu yang ditahan itu terdiri daripada dua warga asing dan seorang warga tempatan berusia antara 39 hingga 70 tahun.

“Semua suspek ditahan di sebuah hotel di Kota Tinggi untuk siasatan berhubung insiden berkelakuan tidak senonoh dan lucah semasa program Larian Antarabangsa Pan Asia 2024.

Polis turut merampas aksesori yang dipercayai dipakai ketika larian iaitu sari berwarna merah, skirt warna merah, tiga keping kadbod berwarna perak dan batang tombak tiruan berwarna perak, katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, siasatan awal mendapati tindakan yang dilakukan oleh ketiga-tiga suspek adalah atas kapasiti individu, dan bukan mewakili pihak penganjur atau program larian yang dianjurkan.

“Hasil ujian air kencing juga mendapati kesemua suspek negatif dadah dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana kelakuan yang menghina dan Seksyen 294 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan lucah di tempat awam, katanya.

Semalam, kerajaan Johor mahu polis menyiasat penganjuran acara larian itu selepas beberapa gambar peserta dipercayai pelancong asing berpakaian songsang tular di media sosial.

Menteri Besar Onn Hafiz Ghazi, berkata acara itu bukan anjuran kerajaan negeri dan beliau meminta siasatan lanjut dijalankan oleh pihak polis.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2024 10:01 AM | Show all posts
Apa dia orang buat
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2024 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Lain kali jgn buat red dress run ni kat negeri yg tak boleh terima mcm ni org salah sangka.  Ni annual fun run organised by hash house.  Pakai dress atau baju merah for fun and usually for charity.  
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2024 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
macam leluhur parashit je walaupun dah letak pixel. iols yg berlari pun pakai baju jantan. tak teringin nak pakai baju pompuan. waima tak suka bermekap
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2024 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Macam celaka..
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2024 11:06 AM | Show all posts
lain kali nak buat perangai, kat KV aja.. sah selamat ramai backup walau apa jua alasan dan sebab...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-10-2024 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak memondan pergi thailand
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2024 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Zaman Madani LGBT nak recognition juga.

Soon your kids akan di brainwash accepting LGBT and normalizing.

DEI.  Diversity, Equity, Inclusivity.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2024 12:38 PM | Show all posts
Merah merah nak gi mane nii
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-10-2024 01:17 PM GMT+8 , Processed in 1.302575 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list