View: 30975|Reply: 26
|
[Tempatan]
Jangan cuba ternak ikan baung ekor merah
[Copy link]
|
|
Jangan cuba ternak ikan baung ekor merah
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... an-baung-ekor-merah
Mohd Rafi Mamat
[email protected]
Disiarkan pada: Oktober 6, 2024 @ 1:40pm
PERATURAN-PERATURAN Perikanan (Pindaan) 2024 melarang sepenuhnya menternak ikan baung ekor merah. FOTO Mohd Rafi Mamat
Kuantan: Jabatan Perikanan Pahang melarang dan akan mengambil tindakan tegas ke atas pihak yang menternak spesis ikan asing termasuk baung ekor merah yang boleh mengancam ikan tempatan di sungai utama di negeri.
Tindakan tegas mengikut Peraturan-Peraturan Perikanan (Pindaan) 2024 membabitkan ikan baung ekor merah atau nama saintifiknya (Hemibagrus wyckioides) yang berkuat kuasa pada 1 Julai lalu.
Pindaan berkenaan mewartakan larangan mana-mana pihak mengimport, menjual, memelihara, menyimpan atau mempamer famili, genus atau spesies ikan hidup air terbabit.
Pengarah Jabatan Perikanan Pahang, Abdullah Jaafar berkata, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memandang serius kemunculan ikan asing di negara ini yang kini semakin bertambah, pindaan peraturan perikanan sememangnya wajar dilaksanakan dalam memastikan ikan tempatan tidak pupus serta menjaga kelestarian ikan asli dalam sungai tempatan.
"Jabatan Perikanan Pahang akan melakukan pemeriksaan secara berkala projek ternakan ikan sangkar dalam memastikan kegiatan menternak ikan baung ekor merah tidak terus berlaku walaupun difahamkan spesies berkenaan mendapat permintaan menggalakkan daripada pengguna.
"Ikan baung ekor merah kini semakin banyak membiak dalam sungai utama di negeri ini, ia dapat dilihat menerusi pertandingan memancing yang diadakan di Sungai Pahang bermula di Pekan, Temerloh, Jerantut dan Lipis," katanya dihubungi.
Beliau berkata, difahamkan sebelum ini ada pihak yang menternak ikan baung ekor merah di Pekan, permintaan menggalakkan selain harga memuaskan menyebabkan terdapat pihak yang menternak dalam sangkar secara komersial.
Abdullah menambah, setiap tahun pihaknya mengadakan program kesedaran spesies ikan asing bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang impak negatif spesies ikan asing terhadap ekosistem sungai di negeri ini.
Katanya, kerajaan negeri turut sama menyokong usaha membanteras spesies ikan asing yang terdapat di sungai utama di negeri ini, belanjawan 2024 lalu peruntukan sebanyak RM110,000 disediakan untuk melaksanakan program kesedaran dan pertandingan memburu ikan asing bagi memberi kesedaran masyarakat terhadap usaha menjaga ekosistem sungai khususnya memulihara spesies ikan asli tempatan.
"Ikan baung ekor merah adalah spesies ikan asing dan pemangsa yang agresif kerana menjadikan semua jenis ikan dan hidupan lain sebagai makanannya.
"Sokongan masyarakat setempat termasuk nelayan darat mampu membantu mengawal penularan ikan asing, kita tidak mahu melihat ikan baung ekor merah terus membiak dalam sungai utama seterusnya mengundang berlakunya kepupusan ikan tempatan," katanya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
berapa harga sekilo? kalau jual sekilo RM10....pupus baung ekor merah ni |
|
|
|
|
|
|
|
ikan baung ni masak gulai sedap
telur dia bulat2 sederhana besor tu kan
warna oren jernih
|
|
|
|
|
|
|
|
mahal wei, dekat pekan sari temerloh tu lagi mahal dari baung sangkar
|
|
|
|
|
|
|
|
dekmieDandy replied at 7-10-2024 10:26 AM
mahal wei, dekat pekan sari temerloh tu lagi mahal dari baung sangkar
Betul. Harga pasaran skang rm40 sekilo tapi untuk yg saiz besar la. Lagi sedap dari baung tempatan org kata |
|
|
|
|
|
|
|
aah, for me dia berlemak sikit, macam patin > baung ekor merah > baung malaysia
tapi sekarang tak selera dah nak makan baung ni, tak tau kenapa
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau harga lagi mahal dan rasa lagi sedap dari baung tempatan , naturalisasikan je lah
|
|
|
|
|
|
|
|
salah satu cara utk menurunkan harga barang adalah dengan mencampakkan ikan baung ke sungai berdekatan....
|
|
|
|
|
|
|
|
I suka baung tempatan.. wat masak lomak guna santan perah.. sedapnyaa..
I penah sekali mkn kt restoran agak viral dgn ikan kayangan, sekali wat baung masak lemak guna santan kotak. Spoill betul laa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Btw haritu nmpk satu isu pasal perikanan ni promote ternakan crayfish
Padahal crayfish tu spesis pendatang mcm baung ekor merah ni la. Klu terlepas kt sg habis ekosistem tempatan. |
|
|
|
|
|
|
|
Memandangkan ke ropenyer mmg idak le aiol masak makan sbb tak ensem. Tp telur ikan baung iskkkk sedap le sangat |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau kacukan dgn baung tempatan mungkin kurang ganas kot |
|
|
|
|
|
|
|
besornya tak selera pulak koi tengok
|
|
|
|
|
|
|
|
mil iols suka sgt masak baung tempoyak.
beso giler baung dlm pic tu seramm nak mkn |
|
|
|
|
|
|
|
x pernah makan ikan baung ini, ingat nak cuba suatu hari nanti |
|
|
|
|
|
|
|
aku x pernh mkn ikn baung |
|
|
|
|
|
|
|
Baung dgn mayong ni sama ke? Mmg suka asam pedas telur ikan mayong best nya. |
|
|
|
|
|
|
|
pearl.silver replied at 7-10-2024 03:54 PM
Btw haritu nmpk satu isu pasal perikanan ni promote ternakan crayfish
Padahal crayfish tu spesis pen ...
crayfish ni ikea selalu promot. tapi frozen lah |
|
|
|
|
|
|
| |
|