View: 18710|Reply: 48
|
‘Kebahagiaan yang lebih besar, Sentiasa yakin dengan perancangan Allah SWT.’ – Fazura ‘up’ status tawakal aturan Ilahi
[Copy link]
|
|
Ketika ramai menanti penuh debaran mengenai status rumah tangga dengan suaminya, Fattah Amin hari ini, pelakon Nur Fazura terus mengundang perhatian ramai apabila memuat naik petikan tentang keyakinan terhadap setiap perkara yang berlaku.
Menurut Fazura, dia percaya bahawa setiap perkara yang berlaku ketika ini sudah ditetapkan Tuhan dan yakin akan diberikan kebahagiaan lebih besar kelak.
“Sentiasa yakin dengan perancangan Allah SWT.
“Sentiasa meletakkan sepenuh kebergantungan, harapan dan tawakal pada aturan Allah. Anda mungkin tidak melihatnya sekarang, tetapi ketahuilah bahawa Dia sedang membawa anda ke satu kebahagiaan yang lebih besar, insya-Allah,” katanya.
Bukan sahaja tentang aturan Tuhan, bintang drama Hero Seorang Cinderella itu turut memuat naik petikan mengenai menerima segala perkara yang berlaku dalam hidup meskipun bukan seperti yang diinginkan.
“Anda perlu menerima apa sahaja yang bukan ditakdirkan untukmu, sama seperti kau menerima apa yang ada,” ujarnya.
Hari ini, status rumah tangga Fattah dan Fazura akan menjadi tumpuan utama apabila prosiding tuntutan perceraian aktres itu terhadap suaminya yang memasuki episod kedua dijangka berlangsung pukul 9 pagi di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor.
Sebelum ini, Fattah atau nama lengkapnya Abdul Fattah Mohd. Amin, 33, belum bersedia menceraikan isterinya itu ketika prosiding pertama pada 25 September lalu.
Ketika prosiding sama, Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 41, pula nekad mahu berpisah demi maruahnya sebagai wanita serta kesejahteraan hidup anak tunggalnya, Nur Fatima Aisya.
Terdahulu, pada 13 September lalu, Fazura mengejutkan ramai apabila memfailkan permohonan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dengan dikurniakan Nur Fatima yang kini berusia 4 tahun.
Sumber – Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Hari demi hari... ada je cerita baru diaorg ni... aku dah rimas sbnrnya... cepatla selesaikan mana yang patut.. tak larat nak baca itu dan ini |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dah x sebulu...tgk muka pun rasa menyampah..elokla berpisah, jika itu lebih buat diri tenang...elakkan diri dari berdosa setiap hari jika ada benda yg kita x puas hati dgn pasangan kita...jd caranya berpisahla...kalau nama je suami isteri tp hati x bahagia dan rasa x puas hati bnyk benda |
|
|
|
|
|
|
|
Awatni siap buat live ye
even buletin utama pun keluar update psl dorg
tgk komen2 pun ramai yg marah
|
|
|
|
|
|
|
|
semoga dipermudah segala urusan mereka...
|
|
|
|
|
|
|
|
Nak cakap lebih-lebih takut kena saman
Bahagia kan yg menanti tu betul ke boleh betul2 membahagiakan? Betul ke kalau bercerai boleh lebih bahagia dari kehidupan sekarang? Takut kang merana pulak.. Harini kan kes dorang? Apa2 please update! |
|
|
|
|
|
|
|
dah2 la guna nama agama kalau nk berquotes2.simpan utk diri sendiri je x perlu post.bukan terpaling alim kan |
|
|
|
|
|
|
|
Halah.. Halah.. Halahhhhhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
mgazet pun buat live awal |
|
|
|
|
|
|
|
kalau lopak yg up status ni, mesti acik porem memangsatkan lopak.. sesungguhnya acik porem tidak adil |
|
|
|
|
|
|
|
Dah selesai. patah kena dah bom nuclear hari ni.
kesiannya Faz. |
|
|
|
|
|
|
|
teruskan menunggang faz.... |
|
|
|
|
|
|
|
silance replied at 7-10-2024 10:56 AM
Dah selesai. patah kena dah bom nuclear hari ni.
kesiannya Faz.
knp nak kesian...? dia yg mintak, dia mendapat le..... |
|
|
|
|
|
|
|
Trust me.. hri becerai walopun cerai cara baik, even cuma talak 1. Even kaum kerabat dtg bg support tp sbrnya deep inside mmg seram sejuk sedih hiba sayu. Few days after that pulak dtg rasa kosong, breathless, frustrated, stressful days smpai yg xkuat smngt tpksa cari air ubat penawar tau. Yg kuat smngt mgkin bole walk away like normal but still take time nk heal and move on. Lain pulak yg kes cerai dlm vibe panas, mmg cpt je partner nk muvon hehe thats why tuhan melarang pnceraian ni. Benda yg dibolehkan tp dibenci agama.... pkhwinan mcm ada daulat sbnrya.. mybe couple islam je yg rasa mcm ni utk non muslim mybe xrasa apa2 idk.
Smpai hrini tetanya2 curang tu smpai tahap mana sgt smpai faz tawar hati betul2. Knowing faz klu salah sikit2 dia boleh maafkan pun |
|
|
|
|
|
|
|
Dah jatuh talak.
Sebab nafkah, x sefahaman, curang |
|
|
|
|
|
|
|
3 reason paz ceraikan patah: tak bagi nafkah, tak sefahaman/tak bahagia/patah tak bekap paz bila diserang dan patah curang.
Dlm ig mstar. Pasal curang paz tak boleh terima. So betul la telahan acik porem bab tak bekap isteri bila dicemuh dan curangz |
|
|
|
|
|
|
|
boikot je mamat ni... prasan bagus |
|
|
|
|
|
|
|
smoga diberikan ketabahan dn dpmdhkn urusan fattah..yg baek2 sj buat fattah dn kluarge Aamin
|
|
|
|
|
|
|
| |
|