View: 34531|Reply: 2
|
[Tempatan]
'Pemandu Singapura yang perlu U-turn, bukan kerajaan' – Langkah tunda sistem VEP dikritik
[Copy link]
|
|
'Pemandu Singapura yang perlu U-turn, bukan kerajaan' – Langkah tunda sistem VEP dikritik
https://www.malaysianow.com/my/n ... sistem-vep-dikritik
MalaysiaNow
Oktober 7, 2024 5:21 petang
Kerajaan sekali lagi menangguhkan pelaksanaan VEP yang mewajibkan kenderaan Singapura berdaftar di bawah sistem baharu itu untuk pemantauan status saman trafik. Gambar: JPJ Johor.
Keputusan kerajaan menangguhkan pelaksanaan VEP terhadap kenderaan Singapura mengundang kecaman rakyat Malaysia dan pakar keselamatan jalan raya.
Rakyat Malaysia di media sosial mempertikaikan keputusan kerajaan menghentikan penguatkuasaan Permit Masuk Kenderaan (VEP) bagi kenderaan dari Singapura yang sepatutnya bermula 1 Oktober lalu, dengan ramai menyifatkannya tindakan "U-turn" yang menunjukkan kerajaan tidak serius.
Ia selepas Menteri Pengangkutan Anthony Loke tampil memberikan jaminan kepada pemandu Singapura bahawa mereka tidak akan disaman buat masa ini sekiranya masih belum berdaftar di bawah sistem VEP itu, yang menggunakan kaedah RFID untuk mengesan kenderaan yang memasuki Malaysia.
Sistem itu bertujuan memastikan rakyat Singapura yang memandu masuk ke Malaysia menyelesaikan semua saman trafik tertunggak.
Ia susulan lebih 35,000 saman trafik melibatkan kenderaan Singapura, dengan nilai RM3.5 juta, masih tertunggak sejak 1990.
Sistem VEP yang ditangguhkan beberapa kali sebelum ini akan membolehkan pihak berkuasa memantau dan merekod setiap pelanggaran lalu lintas kenderaan asing.
Mereka yang gagal mematuhi VEP boleh dikenakan denda sehingga RM2,000 atau penjara sehingga enam bulan.
Sebelum ini, kerajaan berkata sistem itu akan dilaksanakan secara berperingkat mulai 1 Oktober.
Bagaimanapun, selepas rungutan pengusaha hotel dan pelancongan mengenai kedatangan warga Singapura yang berkurangan, kerajaan sekali lagi menangguhkan pelaksanaannya.
Susulan pengumuman itu, kenderaan Singapura kembali berpusu-pusu masuk ke Malaysia minggu lepas.
Seorang pengguna Facebook, Aziza Aisha Zachary berkata keuntungan peniaga tidak boleh dijadikan alasan pengkuatkuasaan VEP ditangguh.
"Peniaga JB merungut perniagaan merosot. Maka VEP pun dibatalkan. Tadbir urus yang lemah," tulis Aziza dalam komen yang rata-rata mencerminkan kritikan terhadap kerajaan.
Ada antara mereka menyifatkan kerajaan Malaysia "dibuli", sementara ramai membuat perbandingan dengan ketegasan kerajaan Singapura yang melaksanakan peraturan terhadap rakyat Malaysia.
"Kenapa U-turn? Fikir ekonomi sahaja? Ini polisi telur 1/2 (separuh) masak," tulis Danny Leong.
Beberapa pengguna media sosial berkata Loke terlalu "memberi muka" kepada warganegara Singapura sedangkan rakyat Malaysia perlu mematuhi pelbagai peraturan dan undang-undang apabila memandu masuk ke Singapura.
"Jangan bagi peluang. Negara kita juga ada maruah. Jika mereka tidak daftar, suruh U-turn balik Singapura sebagaimana yang mereka buat kepada kenderaan negara kita yang ingin masuk ke negara mereka," tulis Azrizal Nunis.
"Alahai lemahnya (kerajaan) Malaysia. Di Singapura selagi tak bayar saman, jangan harap nak keluar," tulis Khairul Azri dalam komen di Facebook Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Penganalisis automotif Hazeri Samsuri turut mengkritik tindakan kerajaan menangguhkan pelaksaan VEP, menyifatkannya satu bentuk pengurusan polisi kucar kacir oleh Kemeterian Pengangkutan.
Menurutnya, Malaysia tidak memerlukan aplikasi yang canggih untuk menguatkuasakan VEP kerana terdapat beberapa pilihan sistem yang boleh melaksanakan peraturan tersebut.
Beliau memberikan contoh sistem parkir kereta di pusat membeli-belah juga sudah mampu mengenalpasti kenderaan menerusi penggunaan kamera dan nombor plat untuk menentukan jumlah bayaran parkir.
"Saya tak nampak kenapa sistem yang sama tak boleh digunakan di sempadan?
"Kamera akan 'highlight' dan tandakan kereta yang ada saman. Ini lebih mudah, tak perlu nak guna sistem canggih tapi kita tak mampu nak selenggara," katanya sambil menambah sistem "plate detection" sudah mencukupi selagi pangkalan data sentiasa dikemaskini.
Setakat 30 September, JPJ mengeluarkan 112,658 tag VEP RFID kepada kenderaan persendirian dan komersial yang berdaftar di Singapura.
Sementara itu, seorang pakar keselamatan jalan raya berkata
penangguhan pelaksanaan VEP melambangkan keadaan yang tidak "manis" selain menunjukkan negara tidak serius dalam melaksanakan peraturannya sendiri.
'Cara didik warga Singapura'
Rozmi Ismail, profesor yang membuat kajian psikologi trafik dan keselamatan jalan raya di Universiti Kebangsaan Malaysia, berkata sikap kerajaan yang sering mengalah dengan pihak luar dalam banyak perkara mendatangkan implikasi yang perlu ditanggung oleh rakyat sendiri.
Jelasnya lagi, kesan hubungan dua hala dan faktor ekonomi bukan lagi isu utama tetapi pendirian kerajaan terhadap pelaksanaan polisi.
"Banyak alternatif sebenarnya, kalau di Johor Baharu terlalu sesak boleh dilakukan banyak cara lain.
"Contohnya bayar saman hanya masa nak balik (Singapura) tetapi ketika masuk ke Malaysia percuma, tiada bayaran.
"Saya rasa kerajaan boleh buat beberapa tempat (bayaran) di Johor untuk elak kesesakan mungkin di stesen minyak terpilih. Tak ada isu, yang penting, kekal dengan polisi," katanya kepada MalaysiaNow.
Rozmi berkata ada tanggapan umum yang rakyat Singapura yang memandu di Malaysia bersikap biadap, dan oleh itu VEP boleh mendidik mereka menghormati peraturan dan undang-undang negara ini.
Jelasnya, segelintit rakyat Singapura amat bimbang untuk melanggar undang-undang jalam raya di negara mereka tetapi bersikap sebaliknya apabila memandu di Malaysia.
"Itu melambangkan undang-undang kita tak begitu kuat.
"Berapa banyak kesalahan mereka di atas jalan raya? Pandu lebihi had laju, potong garisan berkembar dan macam-macam undang-undang mereka dah langgar."
Rozmi mempersoalkan cara penyimpanan rekod pelanggaran undang-undang jalan raya oleh rakyat Singapura.
"Adakah kerajaan takut untuk mengeluarkan saman dan meminta mereka melunaskan saman-saman tersebut?
"Sistem ini boleh dibuat di mana-mana dan secara atas talian. Hanya perlu bagi ID dan nombor passport," tambahnya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
biar betul kereta singapore berpusu pusu masuk.. dari kamis hingga harini tambak lengang.
padahal jumaat lepas cuti sekolah.. children's day. |
|
|
|
|
|
|
|
redz85 replied at 7-10-2024 06:26 PM
biar betul kereta singapore berpusu pusu masuk.. dari kamis hingga harini tambak lengang.
padahal j ...
Ummah spore ramai masuk msia hujung mggu..sabtu ahad...hari2 biasa yg berpusu2 kt ciq tu rasanya ummah msia yg keje kt spore |
|
|
|
|
|
|
| |
|