CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7205|Reply: 7

[Tempatan] Honda Day dikutuk, hadiah utama Accord lama cat lusuh berharga RM3,500

[Copy link]
Post time 7-10-2024 06:00 PM | Show all posts |Read mode
Honda Day dikutuk, hadiah utama Accord lama cat lusuh berharga RM3,500
Oleh KOSMO!
7 Oktober 2024, 5:51 pm


Tangkap layar video memaparkan Honda Accord SM4 yang dikeluarkan pada tahun 1991 yang berharga RM3,500 merupakan hadiah utama penganjuran Honda Day.

PETALING JAYA – Budak-budak Honda nampaknya sedikit kemurungan hari ini apabila acara tahunan gah mereka yang dikenali ‘Honda Day’ yang dilangsungkan Sabtu lalu mendapat kecaman menyeluruh hari ini.

Apa yang menjadi perhatian apabila hadiah utama penganjuran tersebut adalah kereta Honda Accord SM4 yang dikeluarkan pada tahun 1991 yang berharga RM3,500.

Kegigihan netizen mencari di mana asal Honda Accord tersebut membuahkan hasil apabila hantaran asal penjual kereta tersebut ditemui hari ini.

Melalui iklan di laman sosial Facebook, Accord hitam lusuh yang belum dicat itu dibuka untuk jualan pada 14 Ogos lalu dengan harga hanya RM3,500.



Bukan itu sahaja, menjadi pendebatan umum apabila peserta yang ingin menyertai acara cabutan bertuah perlu membeli baju acara terbabit dengan harga RM80 sehelai dan beg RM10.

Sebelum hari penganjuran Honda Day 2024 pada Sabtu lalu di Litar Antarabangsa Sepang berlangsung, isu hadiah utama itu telah kedengaran apabila ramai peserta yang tertanya-tanya berkenaan hadiah cabutan pertama.

Ramai yang beranggapan, acara besar yang menghimpunkan semua pemilik kenderaan jenis Honda yang menjadi kebanggaan anak muda Malaysia ini mampu menyediakan hadiah seperti Honda Civic FN terbaharu.

Ternyata anggapan tersebut meleset apabila acara yang dikatakan berjaya menjual lebih 8,000 helai baju itu hanya menyediakan Honda Accord bercat lusuh berharga RM3,500 sahaja. -KOSMO! ONLINE.




Janji Honda....

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2024 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
next event bagi honda ex5
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 07:23 PM | Show all posts
ini pun Honda juga



Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 08:01 PM | Show all posts
mgkin dtg free petrol untuk 10 tahun
free servis 10 tahun
wakaka...
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 08:11 PM | Show all posts
K'cian.. k'ciwa... k'
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 08:21 PM | Show all posts
sale baju sahaja dah rm640k... cost baju tu berapa la sangat...
serius yang menang tu pun malu nak ngaku dia menang wei.... nak happy sangat pun tak boleh..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-10-2024 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Dalam hidup, kita sering berharap untuk yang terbaik – seperti Range Rover yang mewah, lambang impian dan kejayaan. Tetapi ada kalanya, apa yang kita dapat hanyalah sebuah Honda SM4 yang lama, dan kita rasa kecewa.

Walaupun Honda SM4 mungkin bukan impian kita, ia masih membawa kita ke destinasi. Yang penting adalah bagaimana kita menguruskan diri dan terus bergerak ke hadapan.

Apa jua yang kita hadapi, jangan lupa bahawa matlamat kita – sama ada dengan Range Rover atau Honda SM4 – adalah untuk terus bergerak maju, menghargai usaha kita, dan memberi ruang untuk diri kita pulih, walaupun dengan perlahan
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Dengar kata akan dapat hadiah lain
Untung la pemenang....
Byk2 laki, laki ape yg bertuah harini?

Laki dro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-10-2024 09:40 PM GMT+8 , Processed in 0.125604 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list