View: 34970|Reply: 11
|
[Tempatan]
Pengasuh mengaku salah campur ubat dalam susu bayi 18 hari
[Copy link]
|
|
Pengasuh mengaku salah campur ubat dalam susu bayi 18 hari
https://www.freemalaysiatoday.co ... -susu-bayi-18-hari/
Bernama
07 Oct 2024, 06:03 PM
Hew Foong Chun, 66, mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan tuduhan menganiaya dengan mencampurkan ubat selesema ke dalam botol susu seorang bayi lelaki berusia 18 hari.
Hew Foong Chun, 66, didenda RM8,000 selepas mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azrol Abdullah.
KUALA LUMPUR: Seorang pengasuh didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah menganiaya seorang bayi lelaki berusia 18 hari dengan mencampurkan ubat selesema ke dalam botol susu kanak-kanak itu, bulan lepas.
Hakim Azrol Abdullah menjatuhkan hukuman berkenaan ke atas Hew Foong Chun, 66, dan memerintahkan tertuduh dipenjara sembilan bulan jika gagal membayar denda.
Mahkamah turut memerintahkan wanita itu dikenakan bon berkelakuan baik selama dua tahun berserta cagaran RM1,000 dengan seorang penjamin selain diperintah melaksanakan khidmat masyarakat selama 90 jam dalam tempoh enam bulan bermula hari ini.
Mengikut pertuduhan, Hew didakwa melakukan penganiayaan terhadap bayi lelaki berusia 18 hari ketika kejadian dengan mencampurkan ubat selesema ke dalam botol susu mangsa sehingga boleh menyebabkan kesihatan mangsa terjejas.
Perbuatan itu dilakukan di sebuah residensi di Bukit Jalil, Cheras, di sini pada 2.21 pagi, 15 Sept lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya.
Mengikut fakta kes, bapa bayi berkenaan selaku pengadu telah mengupah wanita itu sebagai pengasuh untuk menjaga bayi yang baru lahir itu selama 20 hari dengan gaji RM4,500 di kediaman pengadu.
Bagaimanapun, pengadu menyedari anaknya itu hanya tidur setiap hari dan kesihatannya tidak seperti bayi lain.
Pengadu kemudian memeriksa rakaman kamera litar tertutup dan melihat tertuduh memasukkan ubat selesema ke dalam botol susu dan memberi bayi itu minum walaupun bayi itu sihat dan tidak mempunyai masalah kesihatan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Ikhwan Mohd Nasir memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran atas faktor kepentingan awam supaya kesalahan demikian tidak dilakukan oleh sesiapa terutamanya pengasuh.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan atas alasan dia seorang ibu tunggal dan mempunyai penyakit asma, diabetes, darah tinggi serta masalah pendengaran dan penglihatan.
Saya meminta maaf atas kesalahan saya. Saya tidak sengaja buat demikian. Ingat dia (bayi) ada selesema sebab itu saya bagi, katanya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
weyy suka hatii je bagi baby orang ubat bukan2, da la baru 18 hari.. |
|
|
|
|
|
|
|
Byr mahal pun nk keje lg senang |
|
|
|
|
|
|
|
Mahal nye 4500
Kalah gaji kerani wooo
Btw, memang ade kes kan taska bagi ubat sesema utk budak2 tido |
|
|
|
|
|
|
|
Carilah confinement lady yg muda skit. Umur 66 tu entah tangan kuat ke tak nak angkat baby.. Nyonya ni sbnrnya dh tak larat keje, nak senangkan dia, dia buat mcm tu.. Pastu boleh pulak kata tak sengaja?
Dahlah bayar mahal.. |
|
|
|
|
|
|
|
Cemana cara yg xsengaja tu?
Haish! Nak menipu pun dah npk bodo |
|
|
|
|
|
|
|
Majikan lagi bodoh. Orang tua 66thn digajikan jaga baby 18 hari. Fit ke penjaga tu.
OT: Dgn adanya kejadian begini seharusnya dpt membuka minda kpd anak2 gadis/wanita bersedia untuk bekerja sbg nanny kpd majikan yg memerlukan. Mereka hendaklah mengambil kursus perawatan khusus spt seorang jururawat, tapi khusus untuk menjaga baby sahaja. Tugas mereka hanya merawat dn menjaga baby dn tak ade tugas lain. Harus ada sijil penampilan sbg nanny dn kontrak kerja agar khidmat mereka tidak disalah kerjakan. Di I'dsia ada perawat spt ini dn gaji mereka sesuai dgn pekerjaan.
Kerajaan atau orang perorangan harus memikirkan untuk mewujudkan kolej nanny dn terbuka kpd mereka yg berminat. Ex-matron n nurses tak ade ke yg terfikir nak buat bisnis begini. In future this kind of job shall be in demand. |
|
|
|
|
|
|
|
65 tahun pun tamak haloba nak duit banyak cara senang. dengan baby 18 hari pun nak khianat. Entah apa kesan ubat selsema itu pada baby pada masa depan, mungkin sakit, mungkin affect system dalam badan. sedangkan kau dah mamp*s masa tu. Dah berapa hari dia buat kerja sampai bapa baby pun suspicious something is wrong with the baby.
|
|
|
|
|
|
|
|
Shaiton betul..banyak kot upah ko dpt tu |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa ek bila buat salah & merayu diringankan hukuman, keluar semua penyakit & tanggungan yang perlu ditanggung? Masa buat onar elok pulak sihat walafiat |
|
|
|
|
|
|
|
kot gitu gaji iolls nk je jaga....kot baby lagi lah...dh beso lasak iolls cari keje len le |
|
|
|
|
|
|
|
kannn
225 hengget sehari ko
tu pun nk naya org jgk
apooo lah
|
|
|
|
|
|
|
| |
|