CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7428|Reply: 10

[Tempatan] Jangan buka aib pasangan terutama selepas berpisah

[Copy link]
Post time 8-10-2024 07:48 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 8-10-2024 12:57 PM

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri hari ini menasihatkan agar pasangan suami isteri mengelak daripada mengungkit keaiban atau kekurangan masing-masing terutamanya selepas berlaku perpisahan.

Bekas Mufti Wilayah Persekutuan dalam kemas kini di laman sosial berkata, Islam mengajar umatnya untuk melihat kebaikan dan mengingati jasa pasangan sepanjang perkahwinan.

Tanpa merujuk kepada mana-mana individu, beliau menambah setelah berlaku perpisahan, setiap individu perlu memberi ruang untuk masing-masing memulakan kehidupan baharu dengan cara yang lebih baik, tanpa menyimpan dendam.


"Ini kerana ketika cinta masih ada, segala kekurangan tidak dihiraukan. Namun ketika perasaan berubah, kekurangan yang kecil sekali pun menjadi hal yang diangkat-angkat.

"Selain itu, sangat penting untuk sentiasa menjaga hati anak-anak yang mungkin menjadi mangsa dalam perpisahan ibu bapa.

"Jangan sekali-kali mencederakan emosi mereka kerana mereka juga mempunyai hak untuk merasai kasih sayang kedua-dua ibu bapa," tulisnya dalam entri tersebut.

BACA: “Tohmahan Fazura untuk malukan saya” - Fattah terkejut dakwaan bekas isteri


Zulkifli berkata, dalam perjalanan perkahwinan, tidak dinafikan wujud badai dan ombak yang kadangkala menguji kekuatan sesebuah hubungan dan setiap pasangan pasti pernah melalui cabaran itu.

Jelas beliau, walaupun Islam mengingatkan bahawa perceraian itu dibenarkan, tetapi ia adalah perkara yang paling dibenci oleh ALLAH SWT dalam kalangan yang halal.


"Oleh itu, ia sewajarnya menjadi pilihan terakhir setelah segala usaha untuk memperbaiki keadaan telah dilakukan," ujarnya lagi.


Dalam masa sama, Zulkifli mengingatkan semua pihak yang berdepan konflik untuk sentiasa menjadi individu yang mendamaikan dan menasihati dengan kebaikan, bukan sekadar menjaga kesolehan diri sendiri.


Katanya, perkahwinan adalah satu institusi yang amat berharga dan ia memerlukan pengorbanan, keikhlasan, serta kesabaran daripada kedua-dua belah pihak.


"Namun, jika perceraian adalah jalan yang terbaik, lakukanlah dengan cara yang paling baik, menjaga maruah dan harga diri masing-masing," nasihatnya.


Hari ini industri hiburan tanah air menjadi tumpuan selepas pelakon terkenal tanah air, Fattah Amin dan Fazura sah bercerai talak satu.


Lebih mengejutkan apabila Fazura atau nama penuhnya, Nur Fazura Sharifuddin, 41, antaranya mendakwa punca perceraian dia dan bekas suaminya adalah kerana Fattah berlaku curang.

Astro Awani












This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-10-2024 09:19 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2024 08:02 AM | Show all posts
nak jugekkkkkk



Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2024 08:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Orang sekarang suka speculate /gossiping masalah orang... Jadi famous retis/celebrity tidak boleh lari rumours... If netizen/marhein tidak busybody saperate talent and personal issue... Tiada masalah untuk puas kan hati orang denvan validation yang boleh buka aib...
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2024 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Masalahnya kisah aib retis ni kekal dlm internet..yg kesian nti kat ank la..mak pak sedap laa berkompang bukak aib.. mcmna yaa nak buang kisah2 yg bertebaran kat internet ni? Kena upah org ka?
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2024 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
#teamJohnnyDepp
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-10-2024 09:30 AM | Show all posts
Yg jadi tahanan taliban tu pun boleh rujuk, ni ada iddah lagi tak menyempat nak keluar aib dan2 tu jugak tak tunggu2.. Org dok pikir balik ni apa lah dia nak up kat ig, lahhh sekali kelur tu terus spill habis
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2024 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah cerai nak apa lagi...move on je la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2024 10:42 AM | Show all posts
masa masih suami isteri, suwit muwit je.

dah cerai, sawit.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2024 10:56 AM | Show all posts
Kisah keburukan rumahtangga simpan sendiri dan jadikan pedoman...
Cerita dan canang pd org luar tidak pernah akan selesaikan masalah...
Keadaan tetap sama sbb sifat yg nak diubah dan bermasalah itu ada pd manusia itu bukan pd org lain. Berperang dgn tenaga dan emosi tidak akan menyelesaikan apa-apa...
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2024 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 8-10-2024 10:58 AM

Aib kehulur aib kehilir kunun, ada masalah perlu cerita jika tidak org tu bunuh diri atau jadi depression makan ubat, diam2 pun buat apa, makin lah org tu buli mental abuse pukul sana sini kikis duit, org abuse perlu direport jika tidak mereka akan akan abuse org lain
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-10-2024 10:59 AM GMT+8 , Processed in 0.153783 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list