CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21628|Reply: 0

[Tempatan] TMJ kiciwa terhadap keadaan padang di Malaysia,Padang RM200,000 setahun dan gaji pemain tak boleh bayar.Kerajaan Siap Bantu Setiap Pasukan, Apa Lagi Anda Mahu?’

[Copy link]
Post time 8-10-2024 08:15 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor terus bersuara mengenai kualiti padang yang dimiliki oleh sesetengah pasukan Liga Malaysia.



Menerusi laman X miliknya, Tunku Ismail menyatakan negara jiran seperti Thailand dan Indonesia memiliki padang yang berkualiti tinggi sekaligus memberi kelebihan kepada kelab dan pasukan kebangsaan.

Perkara ini nyata berbeza dengan Malaysia yang mana sesetengah padang memiliki kualiti yang kurang memuaskan.

Padang Thailand dan Indonesia. Infrastruktur bola sepak diberi keutamaan. Kejohanan antarabangsa boleh diadakan di negara mereka dan ia juga memberi kelebihan untuk skuad kebangsaan.

“Di Malaysia semua nak perubahan tetapi apabila pihak pengurusan lemah dan didesak untuk berubah, yang merungut nak perubahan yang membela/back up pengurusan masing masing. Kerajaan sanggup membantu setiap pasukan. Apa lagi anda mahu? Apa lagi alasan?” Tulis Tunku Ismail.

Sebelum ini, baginda menzahirkan kekecewaan terhadap keadaan padang di Malaysia selepas aksi Liga Super antara Perak menentang JDT yang sepatutnya berlangsung semalam terpaksa ditunda buat kali kedua ekoran cuaca hujan dan keadaan padang yang tidak mengizinkan.

Tunku Ismail menyifatkan keadaan padang di Malaysia masih tidak berubah dan menyukarkan perlawanan bola sepak berlangsung.

“Dah 2024, 90 peratus padang dalam negara masih di dalam keadaan teruk. Amat memalukan dengan negara jiran.

“Negara jiran semua dah tingkatkan padang dan infra bola sepak. Kita hanya bercakap nak berubah tetapi tiada tindakan. Peruntukan dah ditawarkan oleh KBS tetapi semua kelab tak terima,” kata Tunku Ismail.

Baginda turut mendedahkan kebanyakan kelab di Malaysia enggan menerima tawaran padang percuma oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kerana tidak sanggup untuk mengeluarkan kos penyelenggaraan.

“Dapat padang percuma pun tak terima. Pasal tak sanggup maintain padang RM200,000 setahun. Pemain berjuta boleh beli, kerusi stadium berjuta boleh bayar.

“Padang RM200,000 setahun dan gaji pemain tak boleh bayar. Amat memalukan. Musim tengkujuh dah nak mula. Berapa aksi lagi nak kena tunda? Membazir, dan sangat memalukan,” tambah baginda.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 08:17 AM GMT+8 , Processed in 0.037690 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list