CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 24227|Reply: 55

Suami tak wajib beri duit poket kepada isteri - Peguam syarie

[Copy link]
Post time 8-10-2024 08:29 AM | Show all posts |Read mode





PETALING JAYA – Pemberian duit poket kepada isteri adalah tidak wajib, sekiranya si suami telah menyediakan empat perkara melibatkan makan minum, tempat tinggal, pakaian dan perubatan.


Menerusi perkongsian seorang peguam syarie pada TikTok Lawyer Azri, beliau menjelaskan nafkah suami kepada isteri mengikut hukum dan undang-undang merangkumi empat perkara tersebut.


“Dan semestinya bukan berikan duit pada setiap bulan. Bila suami dah sediakan empat perkara tadi, dah dikira suami bagi nafkah. Jadi duit poket tidak wajib suami bagi isteri.


“Suami ada dua pilihan untuk tunaikan nafkah kepada isteri,” katanya.


Beliau berkata, pilihan pertama iaitu suami sendiri yang menguruskan empat perkara tersebut iaitu makan minum, tempat tinggal, pakaian dan perubatan.


Katanya, pilihan kedua ialah suami memberikan wang kepada isteri untuk membelikan empat perkara itu.


“Kecuali isteri mendahulukan terlebih dahulu untuk menanggung segala kewajipan suami. Contohnya membayar rumah atau membelikan makanan harian dan suami wajib membayar balik dengan duit pembelanjaan tersebut.


“Melainkan jika isteri reda dan ingin membantu suami,” katanya.


Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2024 08:46 AM | Show all posts
benda yang gagal difahami biawak betina
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2024 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Berapa banyak berita cerai diorang ni la, merata keluar headline. Sampaikan sembang pagi kat radio pagi tadi pun pakat dok ulas isu pasal ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2024 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus la isu ni panas skang pompuan byk dah hebat2 kejenya independent bagai..klau rasa diri tu hebat pulanglah ke pangkal jalan
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2024 10:08 AM | Show all posts
ape lagi
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2024 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
sampaikan ke isu semasa bab nafkah duit bagai ni ye
ok la cedok ilmu byk2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-10-2024 10:53 AM | Show all posts
Sebenarnya kalau belajar bab nafkah ni byk suami2 di luar sana gagal menyempurnakan yg asas pun dan kerana give n take rumahtangga boleh bertahan dan belum lagi ambil kira yg suaminya house husband dari anak kecil sampai anak dah kahwin. Isteri yg bekerja sepenuh masa. Salute pd isteri yg ini sbb tiada kerenah dan konflik rumah tangga. Kemungkinan dia dah redha suami tidak menyumbang kpd pendapatan. Terfikir akhirat nanti mcm mana hisab hadapan Allah sbb tanggungjawab seorang suami tetap dia yg kena jalankan melainkan dari awal dia dah memang sakit dan tak berkemampuan kerja..
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2024 10:57 AM | Show all posts
Isteri2 yang kenakan caj mengangkang tu baik resign ja lah dari jadi isteri.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2024 11:11 AM | Show all posts
Tu sebab kawin biar sekufu.. laki gaji 6k, bini income 30-40k sebulan.. bila laki bagi nafkah 3k sebulan memanglah tak cukup kat pihak bini... masa bahagia, terima ja walaupun sikit tapi bila jadi macam ni kena sabo la jawabnya..
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2024 11:38 AM | Show all posts
s@s@ replied at 8-10-2024 08:46 AM
benda yang gagal difahami biawak betina

mazhab facebook dasyat woosah je jadi isteri, terus terbongkang depan tv
semua urusan hidup, tanggungjawab suami.
tapi wajib meratib kat media sosial, rasa tak disayangi dan mangsa keadaan
dan kalau ikutkan, pintu rumah tak elok, kena tukar, diorang lupa agaknya cerita tu
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2024 11:42 AM | Show all posts
sejak kes FA n Fazz ni isu ni keluar x henti2....
tapi mmg ramai jah laki x bg 4 benda basic ni...makan minum, tempat tinggal, pakaian dan perubatan.

contohnya rumah dan perubatan wife sediakan...huhuhu....
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2024 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
seri_mawr replied at 8-10-2024 11:42 AM
sejak kes FA n Fazz ni isu ni keluar x henti2....
tapi mmg ramai jah laki x bg 4 benda basic ni...ma ...

Kann...
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2024 01:13 PM | Show all posts
lahaiiii susahnya, kalau berkira sangat masing2 stay single ajelah, takde sapa kaco duit kau.

Ni bila dah kawen kena expect la ada give and take, and most of the time Allah uji kau jadi more of the giver than the taker. Tak kira kau suami ke isteri.

Kalau suami baik, setia, tak pernah angkat kaki tangan bahkan suara, jadi ayah pun sangat baik, tapi dia diuji dengan tak ada job, kena retrench, dalam wallet ada singgit je, sedangkan kau Allah uji dengan income 5 digit, takkan kau tega nak pandang je suami tu.

Dan kalau kau suami, ada bini income berganda2, kau masih wajib lunaskan hak nafkah dia ikut kemampuan.

Tu pasal nak kawen berpuluh tahun kena mahir bab komunikasi.

Pleaselah, hidup ni bukan semudah yang kau plan atau impikan. Biawak betina ke jantan ke, tak sesuai berkawen, elok single je.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2024 01:26 PM | Show all posts
seri_mawr replied at 8-10-2024 03:42 AM
sejak kes FA n Fazz ni isu ni keluar x henti2....
tapi mmg ramai jah laki x bg 4 benda basic ni...ma ...

rumah bini beli, nama bini and bini bayar.

Laki buat hal, tendang keluar je.
Kalau takde anak lelaki, tak de sapa dari waris laki boleh tuntut hak faraid sebab nama laki satu huruf pun tak de kat dokumen rumah tu.

Simple.

Kaum waniter berpuluh tahun berjuang pasal women empowerment. Dah dapat dia tak sedar.

Cuma laki kena ingat, bila dia tak jadi man of the house, nak dapat taat dari bini tu memang almost impossible la.

Moralnya, kita tak sentiasa dapat apa yang kita nak. Kita dapat apa yang kita perlu.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2024 01:31 PM | Show all posts
sufi^_^ replied at 8-10-2024 01:13 PM
lahaiiii susahnya, kalau berkira sangat masing2 stay single ajelah, takde sapa kaco duit kau.

Ni b ...

thats why kena ada give and take dalam relationship. mungkin masa itu, gaji suami dia sikit jer, so janganlah expect nak bagi gaji sama tinggi dengan wife tu. what do you expect? unless kalau u dari awal2 lagi dah target lelaki kaya x nak ada isu kewangan, then itu pilihan dia dan luck dia jugak dapat lelaki kaya dari awal. and satu lagi, kalau isteri tu berduit, x boleh juga nak berkira2, kononnya duit tu duit isteri so isteri sahaja ada hak, sedangkan si suami ni dah cuba nak bagi apa yang dia nakkan walhal gaji dia pun x sama level pun dengan isteri tu. dalam masa yang sama, ada juga isteri jenis high mantainance walaupun dia sendiri bukanlah sentiasa high income earners, tapi nak stabulity punya pasal, memang target cari businessman,orang yg makan gaji tapi ceo kat mnc or glc, and mcm2 lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2024 01:34 PM | Show all posts
s@s@ replied at 8-10-2024 12:46 AM
benda yang gagal difahami biawak betina

Sebab biawak betina ni jam banyak sangat baca kat socmed pasal bini2 yang senang2 mintak duit kat laki, yang pegang kad ATM/kredit laki, yang laki provide A-Z.
Dah tu banding2 dengan laki dia yang susah payah kerja nak cukupkan keperluan keluarga sampai spenda sendiri pun tak mampu nak beli baru.


Lenkali kawen dengan anak raja atau geng O&G yang gaji dalam usd tu.

Tapi kena ingatlah, kita tak tau pulak apa ujian kalau kawen laki poket tebal ni.

Moral of the story, jangan jadi biawak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2024 01:34 PM | Show all posts
amerazmi replied at 8-10-2024 05:31 AM
thats why kena ada give and take dalam relationship. mungkin masa itu, gaji suami dia sikit jer, s ...

On point sis.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2024 01:43 PM | Show all posts
kalau bagi duit poket kat isteri
lagi senang dapat beriadah sama2 malam2

Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2024 01:48 PM | Show all posts
vanilacup replied at 8-10-2024 10:53 AM
Sebenarnya kalau belajar bab nafkah ni byk suami2 di luar sana gagal menyempurnakan yg asas pun dan  ...

Adik dengar sini.. semasa akak muda2 dahulu akak tinggal di moscow bersama husband akak, orang malayu.
akak kerja, dia jadi househusband duduk rumah saja...
sewa rumah makan pakai semua akak ada kan..
malah duit untuk dia belanja pun akak beri... semua cukup..
ikut suka dia nak buat apa pun, nak beli barang yg dia suka atau nak tt bagi kat sesiapa akak tak kisah.

apa yang akak dah belanjakan suatu ketika dahulu mahupun sekarang akak halalkan sebab akak memang ikhlas tak harap apa apa pahala...
tak ada pahala pun tak apa.., akak tetap akan buat seperti biasa...
kami bahagia juga...
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2024 02:25 PM | Show all posts
white_musk replied at 8-10-2024 01:48 PM
Adik dengar sini.. semasa akak muda2 dahulu akak tinggal di moscow bersama husband akak, orang mal ...

Alhamdullilah..tahniah
semoga Allah memberi syurga seluasnya utk anda..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 07:46 AM GMT+8 , Processed in 0.048289 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list