CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16003|Reply: 3

[Tempatan] Bekas pembantu saman Anwar Ibrahim akan didakwa miliki senjata api

[Copy link]
Post time 9-10-2024 10:40 AM | Show all posts |Read mode
Bekas pembantu saman Anwar akan didakwa miliki senjata api

https://www.malaysiakini.com/news/721982

Diterbitkan:  Oct 9, 2024 9:14 AM
Dikemaskini: 9:15 AM



Muhammed Yusoff Rawther, yang sedang menyaman Perdana Menteri Anwar Ibrahim atas tuduhan serangan seksual terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim, akan diseret ke mahkamah atas tuduhan memiliki senjata api hari ini.

Menurut peguamnya, Rafique Rashid, bekas pembantu Anwar itu akan menghadapi pertuduhan di bawah Akta Senjata 1960 (Akta 206) di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.

Tiada pengakuan akan direkodkan di hadapan majistret S Mageswary kerana kes ini akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Pada 12 September, Yusoff didakwa atas kesalahan mengedar 305g ganja dan jika sabit kesalahan dia berdepan hukuman maksimum penjara seumur hidup dan 12 sebatan.

Pada 6 September, Yusoff ditahan reman kerana disyaki memiliki senjata api dan dadah.

Menurut laporan, polis menemui dua pucuk senjata api dan 305g dadah di dalam kenderaan yang dinaikinya.

Rafique mendakwa penahanan anak guamnya melibatkan individu berkaitan politik yang mengada-adakan dan meletakkan barang bukti.

Saman pemula

Pada 1 Oktober, Yusoff memfailkan saman pemula untuk mendapatkan perintah mengisytiharkan Seksyen 41B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang menghalangnya daripada diberikan jaminan, sebagai tidak berperlembagaan.

Pada 7 Mei lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Yusoff mendapatkan perintah memaksa polis mendedahkan keputusan ujian poligrafnya pada Disember 2019.

Bekas pembantu penyelidik itu mendapat perhatian pada sidang media 4 Disember 2019 apabila dia memaklumkan akuan bersumpahnya mengandungi dakwaan serangan seksual terhadap Anwar.

Pada 17 Disember 2019, plaintif pergi ke Bukit Aman untuk menjalani ujian poligraf berhubung siasatan polis terhadap dakwaan salah laku seksualnya terhadap Anwar.

Pada 2021, Yusoff memulakan tindakan sivil berhubung dakwaan Anwar menyerangnya secara seksual di pejabat presiden PKR pada Oktober 2018.

Pada 14 Januari 2020, Pejabat Peguam Negara mengumumkan tiada bukti untuk mendakwa Anwar di mahkamah jenayah berhubung dakwaan tersebut.

Yusoff kemudian memfailkan saman sivil terhadap Anwar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2024 12:07 PM | Show all posts
Selera manusia ini memang sukar difahami, apa lagi dijangka.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 12:50 PM | Show all posts
ini semua pendakwaan politik
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 03:13 PM | Show all posts
dah ada kuasa, apa lagi. balas la apa yang boleh balas.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 07:32 AM GMT+8 , Processed in 0.048613 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list