CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29740|Reply: 7

[Tempatan] Dua pengikut Tuhan Harun terlepas tali gantung, diganti penjara 40 tahun

[Copy link]
Post time 10-10-2024 12:32 PM | Show all posts |Read mode
Dua pengikut Tuhan Harun terlepas tali gantung, diganti penjara 40 tahun
Oleh Suraya Roslan - Oktober 10, 2024 @ 11:36am
[email protected]


Dua pengikut 'Tuhan Harun' yang membunuh Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa JAIP pada 2013 terlepas daripada tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan menggantikan hukuman itu kepada penjara 40 tahun. - NSTP/Mohd Fadli Hamzah


PUTRAJAYA: Dua pengikut 'Tuhan Harun' yang membunuh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) pada 2013 terlepas daripada tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan hari ini menggantikan hukuman itu kepada penjara 40 tahun.

Permohonan Sumustapha Suradi, 50, dan Shamsinar Abdul Halim, 47, untuk semakan semula hukuman mati di bawah Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023 dibenarkan oleh panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Dalam keputusan sebulat suara itu, Tengku Maimun bersidang bersama Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nordin Hassan mengetepikan hukuman mati dan menggantikannya dengan penjara 40 tahun.

Beliau memerintahkan Shamsinar dikenakan 12 sebatan dan menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap iaitu pada 22 Februari 2014 manakala Sumustapha hukuman pemenjaraan bermula 27 November 2013.

Kedua-dua lelaki itu membuat permohonan semakan hukuman mati itu susulan penguatkuasaan Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 pada 4 Julai tahun lalu.

Di bawah undang-undang baharu itu, hakim mempunyai kuasa budi bicara untuk mengenakan sama ada hukuman mati atau pemenjaraan bagi tempoh tidak kurang 30 tahun dan sehingga 40 tahun.

Jika hukuman mati tidak dikenakan, pesalah lelaki berusia di bawah 50 tahun berdepan sebatan minimum sebanyak 12 kali.

Sebelum ini, Sumustapha dan Shamsinar dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Kuantan, Pahang pada 2016 selepas mereka didapati bersalah pada 2016 membunuh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa JAIP, Ahmad Raffli Abd Malek.

Ahmad Raffli, 49, ditembak di hadapan rumahnya di Bandar Indera Mahkota, Kuantan, pada 10 November 2013.

Kedua-dua mereka gagal selepas Mahkamah Rayuan menolak rayuan mereka pada 8 Februari 2018.

Ketua kumpulan ajaran sesat itu, Harun Mat Saat atau lebih dikenali sebagai "Tuhan Harun', juga didakwa kerana bersubahat dalam pembunuhan itu.

Bagaimanapun, tuduhan ke atasnya digugurkan pada 26 Ogos 2016 selepas dia meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan pada 16 Ogos 2016 akibat masalah pernafasan.

Pada 29 November 2018, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan akhir Sumustapha dan Shamsinar dan mengekalkan sabitan serta hukuman mati.

Ketika itu, Ketua Hakim Negara Tan Sri Richard Malanjum yang mengetuai barisan lima hakim memutuskan bahawa rayuan kedua-dua mereka tidak mempunyai merit.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2024 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 10-10-2024 12:41 PM

Fun fact:
Sabah...Harun pemain bola.
Swak...Harun seorang guru.
Semenanjung...Harun tuTuhan.
               
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2024 01:07 PM | Show all posts
Skuau replied at 10-10-2024 12:39 PM
Fun fact:
Sabah...Harun pemain bola.
Swak...Harun seorang guru.

nak harun.........



Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2024 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 10-10-2024 12:39 PM
Fun fact:
Sabah...Harun pemain bola.
Swak...Harun seorang guru.

Anak harun tul laaa
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2024 01:44 PM | Show all posts
masih sesat ke atau dah taubat?
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2024 01:55 PM | Show all posts
Nak tau, macam mana hakim tentukan orang tu kekal hukaman gantung atau tukar jadi penjara dan sebatan ya.

Dulu masa pemasuhan hukuman mati mandatori ni ingat untuk kes akan datang je, yang dah jatuh hukum pon boleh revise lagi rupanya.

Macam dalam kes ni, diorang bunuh penguatkuasa jabatan kerajaan kot. Kalau ikut US law dah kategori first degree murder. Dan masih boleh dapat tukar hukuman tu? Macam sakit hati pulak baca.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-10-2024 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Lawo uniform merah putih
Macam uniform pengawas sekolah

Moga Allah cucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, diampunkan segala dosa & ditempatkan bersama para syuhada. Aamiin
Allahyarham banyak terlibat kes ambush, berjihat menetang krmungkaran. antaranya kes ambush pusat judi di kota maksiat sebelum beliau dibunuh kejam
Sangat kejam pembunuh itu menembak mangsa dari jarak dekat dgn keberadaan isteri & anak2 di dlm rumah
Moga pembunuh & org yg mengupahnya melingkup dlm neraka
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2024 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Moral of the story ..kalo tak nak kena gantung, kasi tembak je,jangan main  bakar2..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 08:29 AM GMT+8 , Processed in 0.043405 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list