View: 34678|Reply: 63
|
[Tempatan]
Suami berhak halang isteri sertai ‘team building’ campur lelaki - Mufti Pulau Pinang Prof Madya Datuk Dr. Mohd. Sukki Othman
[Copy link]
|
|
Suami berhak halang isteri sertai ‘team building’ campur lelaki
https://www.kosmo.com.my/2024/10 ... ding-campur-lelaki/
Oleh NOOR HASLIZA NUSI
11 Oktober 2024, 10:16 am
Mohd. Sukki (gambar kecil).
GEORGE TOWN – Si suami berhak menghalang isterinya daripada terlibat program team building yang bercampur dengan peserta lelaki bagi mengelak daripada tomahan, ikhtilat dan khalwat.
Mufti Pulau Pinang, Prof Madya Datuk Dr. Mohd. Sukki Othman berkata, ini berdasarkan portal soal jawab agama ekemusykilan daripada seorang pengguna berhubung hukum si isteri menghadiri team building bersama peserta lelaki dan perempuan.
Menurutnya, aktiviti-aktiviti yang dilakukan seperti sentuhan fizikal, acara di sungai atau kolam dan persembahan tarian pada waktu malam merupakan bentuk ikhtilat yang diharamkan kerana tidak terdapat justifikasi syarak untuk membenarkannya.
Ikhtilat merupakan pertemuan atau pergaulan antara lelaki dan perempuan manakala khalwat adalah bentuk khusus ikhtilat, iaitu pertemuan antara seorang lelaki dengan seorang wanita tanpa kewujudan orang lain di sesuatu tempat.
“Ia bukanlah keadaan darurat, tiada keperluan dan maslahat yang besar dan program team building ini hakikatnya tiada halangan untuk disusun secara patuh syariah.
“Sebagai suami, dia perlu menghalang isteri daripada terlibat dengan program ini. Si Suami juga perlu membuat aduan dan boleh mencadangkan agar team building ini diasingkan aktivitinya antara lelaki dan perempuan.
“Kecuali, aktiviti yang bebas fitnah seperti ceramah (diasingkan tempat duduk) dan sebagainya,” katanya di sini semalam.
Mengulas lanjut katanya, khalwat dan ikhtilat merupakan jalan yang boleh membawa kepada maksiat dan hukumnya lebih berat berbanding ikhtilat kerana kebarangkalian berlaku maksiat dan kemudaratan itu lebih tinggi.
“Justeru, hukum asal bagi kedua-duanya dilarang dan khusus untuk khalwat, hukum asalnya adalah haram.
“Dalam menentukan sesuatu ikhtilat atau khalwat itu diharuskan atau tidak, perlu dilihat parameter yang ditetapkan ulama. Para ulama telah menggariskan keadaan-keadaan yang mengharuskan khalwat dan ikhtilat dengan melihat parameter tersebut yang digariskan berdasarkan hukum syarak.
“Antaranya seperti seseorang lelaki yang menjumpai seorang wanita yang sesat di jalanan, maka diharuskan kepadanya untuk menemani wanita itu bahkan menjadi satu tuntutan kepadanya untuk melakukan hal itu sekiranya dia takutkan keselamatan wanita itu apabila ditinggalkan bersendirian,” ujarnya.
Tambah beliau, contoh para ulama ini tidaklah mengehadkan keadaan yang mengharuskan sebaliknya menjadi panduan kepada kita dalam menentukan apakah sesuatu ikhtilat atau khalwat itu termasuk dalam kategori yang diharuskan atau tidak. -KOSMO! ONLINE
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ahahaha..isteri takleh pulak halang laki dr join team building laki pompuan eh? |
|
|
|
|
|
|
|
Ada bini orang, jenis punya gedik dgn laki orang. Pdhal laki org tu xheran dgn dia pun, laki dia sendiri mcm kerang busuk dok tepi. Kesian betina gedik mcm ni weiii... |
|
|
|
|
|
|
|
diwajibkan okay. pas tu tak boleh bawak family |
|
|
|
|
|
|
|
selayaknya kalo byk unsur yg menjurus kpd pergaulan bebas lelaki perempuan, bukan terhad kat tempat kerja ja |
|
|
|
|
|
|
|
kalau suami tu top management tmpt isteri bekerja blh la nak bersuara bagai.
kalau dak, semua terpinga2 bc alasan tak sertai team building...'suami halang'
kalau sejenis gelenyar kerja dlm bilik masing2 pun blh menggeletis tup2 berskandal walhal bilik si betina level 1, bilik si jantan level 3
(kisah benar) |
|
|
|
|
|
|
|
pak lebai, elok halang jantan dari join..pempuan pun nak beraktiviti jugak. |
|
|
|
|
|
|
|
pulak,
tapi bini tak leh halang laki p ride air buoh ganu?
caish...
kalau mcm tu buat la asing2 teambilding tuh... kan senang |
|
|
|
|
|
|
|
lebai kalau, jantan semua boleh, org tina dok diam2 umah jaga pussy
|
|
|
|
|
|
|
|
Habislah kau orang kau wanita |
|
|
|
|
|
|
|
Bini org gemuk alignment lari dah berlobang 15cm keluar budak ada lagi ka berselera melainkan jantan miang nampak bini org air liur meleleh sbb bini kat rumah x diajar main teknik pelacur |
|
|
|
|
|
|
|
ada je guna b4 mofti bagi tau ni. kena gi meeting luar, tak nak gi guna alasan laki tak bagi. boss lembik kasi jer.... |
|
|
|
|
|
|
|
Abis jantan liar ustaz ada pesanan tak??? |
|
|
|
|
|
|
|
Team building ni antara benda bullshit yang datang dari corporate culture. Kononnya kerja berpasukan la, satu keluarga la. Semua itu tipu semata. |
|
|
|
|
|
|
|
Makin payah la wanita muslim untuk dapat kirija...
|
|
|
|
|
|
|
|
Nakharom mana la bagi idea team building team building ni...
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak payah la team2 building ni,kalau CME ke ok la utk tambah ilmu.Lain2 ni menjurus kepada yg bukan2 je |
|
|
|
|
|
|
|
ultra78 replied at 11-10-2024 12:35 PM
Team building ni antara benda bullshit yang datang dari corporate culture. Kononnya kerja berpasukan ...
Semua tu tipu.. Corporate acah acah nunjuk konon satu family, brrpasukan... Padahal nak mengaburi mata jah.. |
|
|
|
|
|
|
|
aritu i join team buiding...xbape suka sgt buat xtvt lasak ni..gayat..abg2 opis laki org mmg mengeletis..mlm p lepak kelab kebetulan boss ajak nk diskas keja..semua mengeletis mcm takde bini kt rumah..kalau laki i..i pun xbg join jgk..euwww
|
|
|
|
|
|
|
|
alamak salah tulis..bar bkn kelab
|
|
|
|
|
|
|
| |
|