CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8370|Reply: 0

[Tempatan] Bukan abang sado:Netizen kata 2-3 kali repeat sebab tak pernah jumpa burger sesedap ni order dalam grabfood rupanya Penjual Burger Masak Tak Pakai Baju

[Copy link]
Post time 12-10-2024 12:20 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 12-10-2024 12:23 AM

Penjual burger raih perhatian ramai, tak amalkan pemakaian sepatutnya



Baru-baru ini, seorang penjual burger telah menjadi perhatian ramai kerana tidak mengamalkan kebersihan yang sepatutnya sewaktu berniaga.

Menerusi gambar yang tular di X, kelihatan penjual membuka gerai burger di tepi sebuah kedai serbaneka.

Tak pakai baju ketika memasak
Apa yang menjadi perhatian ramai adalah peniaga itu dilihat tidak memakai baju sewaktu sedang memasak.

Dia dilihat hanya memakai seluar dan sarung tangan sewaktu menyediakan burger berkenaan.

Ada dakwa kedai burger di Bukit Jelutong
Perkara itu secara tidak langsung telah menarik perhatian, malah turut dilihat ramai yang menyindir tindakan peniaga tersebut kerana tidak mengamalkan pemakaian yang sepatutnya ketika memasak.

Ada yang mendakwa kedai burger berkenaan terletak di Bukit Jelutong, Selangor. Kecewa dengan perkara berkenaan, beberapa pengguna X meminta pihak berwajib seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menyerbu gerai burger terbabit.

Bukan hanya itu, ada yang menyifatkan burger yang dijual peniaga itu sedap namun tidak pernah mengetahui makanan tersebut disediakan sebegitu rupa.

Terdapat juga pengguna mendakwa, peniaga tersebut telah berniaga burger di kawasan tersebut dalam tempoh yang lama iaitu sejak enam hingga tujuh tahun.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-10-2024 04:29 AM GMT+8 , Processed in 0.032186 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list