CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22467|Reply: 18

[Politik] Tukar Setiausaha Kerajaan Negeri kali ke-5, apa yang sedang berlaku?

[Copy link]
Post time 14-10-2024 09:37 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 14-10-2024 01:45 PM

TIDAK sampai dua tahun pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) Perlis di bawah Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli menyaksikan Setiausaha Kerajaan negeri silih berganti.

Terbaharu, Datuk Rahimi Ismail memegang jawatan berkenaan menggantikan Datuk Che Murad Sayang Ramjan yang berkhidmat hanya kira-kira tiga bulan.

Pengarah Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan (CGSO) itu menggantikan Che Murad yang akan menyambung perkhidmatan sebagai Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat.

Sejak November 2022, ia merupakan pertukaran kelima Setiausaha Kerajaan Negeri yang sekali gus boleh merencat kelicinan pentabdiran Mohd. Shukri.

Mohd. Shukri sempat bergandingan dengan Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad yang kemudian digantikan Datuk Yusran Shah Mohd Yusof yang berkhidmat kira-kira enam bulan sebelum ditukar pula kepada Datuk Muhd Khair Razman Mohamed Annuar yang juga tidak lama sekitar tujuh bulan.

Che Murad kemudian menggantikan Muhd Khair sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri namun beliau juga tidak lama hanya sekitar tiga bulan.

Bagi Mohd. Shukri, beliau tidak menafikan pertukaran yang kerap itu secara tidak langsung memberi sedikit gangguan dalam menguruskan pentadbiran di Perlis.

Bagaimanapun, Mohd. Shukri tetap positif melihat perkembangan tersebut yang berkemungkinan pertukaran demi pertukaran berkenaan adalah atas faktor kenaikan pangkat atau apa-apa keperluan di Putrajaya.

Mohd. Shukri juga bercadang mengadakan perbincangan dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang akan berkunjung ke Perlis bagi membincangkan mengenai perkara tersebut.

Beliau juga berharap berharap agar polisi yang dibuat oleh Che Murad dapat disambung Setiausaha Kerajaan Negeri baharu selepas ini.

“Sebenarnya (pertukaran Setiausaha Kerajaan negeri silih berganti, ia memang menjejaskan sikit pentabdiranlah. Apabila perancangan kita baru bermula, Setiausaha Kerajaan negeri terpaksa berpindah keluar.

“Tapi kita terima hakikat yang datang itu (Setiausaha Kerajaan negeri baharu) dapat menyambung apa sahaja polisi yang dibuat Setiausaha Kerajaan negeri sebelum ini,” kata Mohd. Shukri.

Dalam pada itu, Mohd. Shukri juga berharap Setiausaha Kerajaan Negeri yang baharu ini dapat kekal lebih lama.-UTUSAN

PN, PN

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2024 10:18 AM | Show all posts
apa masalah sebenarnya ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2024 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Knowing style adi. Haha.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2024 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Pihak mana yang boleh lantik org jawatan ni...kena lalu spa ke apa.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2024 11:17 AM | Show all posts
dia sebenarnya ada org x puas hati. yg aku tau ada cerita awal lagi sblm mantan SS tu di post ke perlis. plan asal 'órg' tu x jadi disebabkan ada pihak lain kacau plan dia dan mantan tu di posting ke perlis. yg kedua, bila ada pihak lain plak yg x puas hati sbb lps 'dia' keluar perlis, mantan SS ni lagi ok drpd dia dan blh diterima baik oleh org kat negeri. 'dia' tu x puas hati la tu. ikut suka hati dia nak tukar org wpun dia dah xde kat situ. sejenis penyakit ati
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2024 11:56 AM | Show all posts
8 org je pun susah nk control


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-10-2024 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Takde tokoh langsung la dia ni. Suma benda2 Sikit2 rujuk Shahidan.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2024 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Pas mmg bodo lantik org yg xde kelayakan jadi mb..abis negeri jadi tunggang langgang..kalo camni baik lantik Sahidan pedo tu jah jadi mb..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2024 02:39 PM | Show all posts
tripleid replied at 14-10-2024 02:16 PM
Pas mmg bodo lantik org yg xde kelayakan jadi mb..abis negeri jadi tunggang langgang..kalo camni bai ...

dia mmg nak jadi mb tapi payung kuning x mau dah dia..
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2024 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
makkenits replied at 14-10-2024 02:39 PM
dia mmg nak jadi mb tapi payung kuning x mau dah dia..

Ye lah masa dia jadi mb pun sama hauk jah..dah lah penah ada kes pedo
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2024 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada yg kata MB ni bongkak
Di whoareyous kan aje kalau yg bawah2 ni
Tu org kata la
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2024 03:02 PM | Show all posts
tripleid replied at 14-10-2024 02:45 PM
Ye lah masa dia jadi mb pun sama hauk jah..dah lah penah ada kes pedo

mmg.. kalo sapa yg pernah kerja gomen di sana masa dia jadi mb, lg bnyk cerita yg diorg simpan psl dia.. aku dulu pernah keja sana jap masa belum kawin.. staf siap pesan, kalo dia panggil gi ofis dia, jgn gi sorg2.. bw la sapa2 wpun kerani ikut sama..
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2024 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
makkenits replied at 14-10-2024 03:02 PM
mmg.. kalo sapa yg pernah kerja gomen di sana masa dia jadi mb, lg bnyk cerita yg diorg simpan psl ...


Eee seramnya chuols ada mb gatal camtu..mesti dah ramai jadi mangsa si tua gayut ni tapi x berani nak cerita sbb  melibatkan vvip
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2024 04:19 PM | Show all posts
ala tempat 'pool' je sini
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2024 05:14 PM | Show all posts
supernaturalee replied at 14-10-2024 11:56 AM
8 org je pun susah nk control

dah up la, 11.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2024 05:15 PM | Show all posts

wow...2 digit
tahniah no



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2024 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa hal sebenarnya
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2024 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
makkenits replied at 14-10-2024 03:02 PM
mmg.. kalo sapa yg pernah kerja gomen di sana masa dia jadi mb, lg bnyk cerita yg diorg simpan psl ...

Fuh tp terlepas gitu je ek dia ni. Masa kecik2 selalu dgr nama dia sb mb perlis. Punya la lama pegang perlis
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2024 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Dekat Perlis kan cuma ada 7 orang jah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-10-2024 08:27 PM GMT+8 , Processed in 0.071926 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list