View: 5978|Reply: 11
|
[Tempatan]
Air zamzam bernilai RM146,237 dirampas di Kota Bharu
[Copy link]
|
|
Air zamzam bernilai RM146,237 dirampas di Kota Bharu
https://www.kosmo.com.my/2024/10/24/air-zamzam-bernilai-rm146237-dirampas-di-kota-bharu/
Oleh MUHAMMAD AYMAN GHAFFA
24 Oktober 2024, 2:34 pm
Sebahagian air zamzam yang dirampas dalam serbuan di Kota Bharu itu.
KOTA BHARU – Sebanyak 6,719 liter air zamzam bernilai lebih RM146,237 termasuk cukai yang diragui kesahihannya dirampas oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) semasa menjalankan serbuan di sebuah stor dan dua buah premis di sini pada minggu lalu.
Serbuan dijalankan oleh Cawangan Penguatkuasaan Rantau Panjang, JKDM Kelantan kira-kira pukul 2.45 petang pada 14 Oktober lalu sekali gus berjaya mematahkan cubaan membawa masuk air zamzam tanpa dokumen dan permit berkaitan.
Pengarah JKDM Kelantan, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata, pasukan operasi sebelum itu mengesan sebuah premis yang dijadikan stor penyimpanan air zamzam sebelum diedarkan bagi pasaran tempatan.
Menurutnya, selain itu, dua buah premis perniagaan juga didapati menjalankan kegiatan sama di sekitar bandar Kota Bharu.
“Siasatan mendapati, kesahihan kesemua 6,719 liter air zam-zam yang berada di ketiga-tiga premis itu diragui kerana minuman tersebut tidak dibenarkan untuk diimport secara komersial dari Tanah Suci Mekah.
“Dua lelaki ditahan untuk membantu siasatan kerana gagal mengemukakan dokumen pengimportan dan permit berkaitan dengan air zamzam itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Wan Jamal Abdul Salam memberitahu, premis-premis yang terlibat juga didapati membuat pengikraran palsu semasa proses pengimportan untuk mengaburi pihak berkuasa.
Menurutnya, air zamzam merupakan barang larangan kerana pengimportannya dibenarkan dengan syarat mempunyai lesen import selaras dengan Butiran 35, Bahagian I, Jadual III, Perintah Larangan (Larangan Mengenai Import) 2023.
“Semua hal-ehwal mengimport air zamzam perlu mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan (KKM).
“Keseluruhan rampasan air dengan nilai lebih RM146,237 termasuk cukai dan disyaki tidak berkastam itu akan diedar di pasaran tempatan,” ujarnya.
Tambah Wan Jamal Abdul Salam, kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 kerana terlibat dalam kegiatan menyeludup. – KOSMO! ONLINE
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Hai kau ni! Arob bg free kau memandai buat jual! Banyak mcm tu mana kau dapat? Cuak pulak rasa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Org Kelantan ni dah kenapa?
Semua kesalahan diaorang jadi juara.
Mana Isle nye? |
|
|
|
|
|
|
|
Rogue98 replied at 24-10-2024 10:32 PM
Org Kelantan ni dah kenapa?
Semua kesalahan diaorang jadi juara.
Mana Isle nye?
dah sskjp mmg pakar seludup mcm2 wey. barang2 bersubsidi seludup keluar..dadah, pati, beras siam seludup masuk
tapi air zamzam ni kalau asli pelik la mcmn boleh terlepas dgn kuantiti banyak, sbb mmg tak boleh dijual pon cuma kesian la orang yg tak mampu pegi umrah tapi teringin minum air zamzam |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by edayildiz at 26-10-2024 06:22 PM
ori ke?
dah lama xmnm air zam zam..i ingt masa sekolah mak i selalu akan bg mnm sikit kalau time exam..mami ckp bg terang hati..tp i tkt mnm air zam zam sbb kalaubrasa manis tu mksdnya nk mati kan? |
|
|
|
|
|
|
|
bakingsoda replied at 26-10-2024 04:24 PM
dah sskjp mmg pakar seludup mcm2 wey. barang2 bersubsidi seludup keluar..dadah, pati, beras siam s ...
sis bakingg...sudi tak jwb soalan i...betul ke ikan cencaru blh menyebabkn kucing kena kurap..
utk tak ot semoga insan insan yg meniaga air zam zam ni mndpt hukuman yg setimpal |
|
|
|
|
|
|
|
edayildiz replied at 26-10-2024 06:21 PM
sis bakingg...sudi tak jwb soalan i...betul ke ikan cencaru blh menyebabkn kucing kena kurap..
ut ...
alamak tak penah pulak dgr mana2 ikan punca kurap kucing |
|
|
|
|
|
|
|
bakingsoda replied at 26-10-2024 06:24 PM
alamak tak penah pulak dgr mana2 ikan punca kurap kucing
ok baikkk..i gugel pun xde psl tu...ok tq chuols |
|
|
|
|
|
|
| |
|