View: 29390|Reply: 15
|
[Tempatan]
Bukan urusan Anwar terima maaf Najib, kata Latheefa Koya
[Copy link]
|
|
'Bukan urusan Anwar terima maaf Najib'
https://www.malaysiakini.com/news/723938
Diterbitkan: Oct 25, 2024 5:32 PM
Dikemaskini: 5:35 PM
Perdana Menteri Anwar Ibrahim menerima baik permohonan maaf Najib Razak berhubung skandal 1MDB mengundang kritikan.
Peguam Latheefa Koya menempelak Anwar dengan mengatakan pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu tidak mempunyai kuasa menerima permohonan maaf sedemikian.
"Bukan urusan dan kuasa PM untuk menerima permohonan maaf sebegitu. Bukan tugasnya.
"Oleh kerana Najib masih menegaskan dia tidak bersalah, penerimaan Anwar itu membenarkan jenayahnya.
“Ia memberanikan golongan korup, memperlekeh mahkamah, dan merendahkan SPRM,” kata bekas ketua pesuruhjaya SPRM itu di laman X.
Latheefa Koya
Latheefa juga mempersoalkan sama ada penerimaan maaf itu merupakan permulaan untuk membebaskan Najib untuk tahanan rumah.
Sementara itu, dalam reaksi segera, bekas Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin yang juga pemimpin Amanah berkata penerimaan Anwar terhadap permohonan maaf Najib tidak mewakili semua orang.
Bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata dalam catatan Facebook yang tegas: “Dengan hormatnya, saya tidak fikir anda mewakili kami semua.”
Anwar sebelum ini berkata dia "terima baik" permohonan maaf Najib.
Anwar berkata demikian ketika ditanya wartawan mengenai perkara itu selepas solat Jumaat hari ini di Putrajaya.
Semalam, Najib, dalam satu kenyataan yang dibacakan oleh anaknya Nizar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, memohon maaf kerana skandal 1MDB berlaku semasa pentadbirannya tetapi mengekalkan dia tidak bersalah.
"Setiap hari, saya berasa amat terluka mengetahui segala kecurangan dalam 1MDB berlaku semasa di bawah pengawasan saya sebagai perdana menteri dan menteri kewangan.
“Tiada lain yang dapat saya nyatakan selain memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia,” katanya.
Bekas perdana menteri itu juga memetik artikel The Edge yang diterbitkan awal bulan ini, yang menyorot bagaimana ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho (Jho Low) dan eksekutif Petrosaudi Patrick Mahoney dan Tarek Obaid berpakat untuk menipu dana 1MDB.
Najib, yang sedang menjalani hukuman penjara enam tahun dan terlibat dalam prosiding undang-undang lain berkaitan 1MDB, mendakwa artikel itu menunjukkan dia diperdayakan.
“Rumusan daripada artikel The Edge menyatakan Petrosaudi dan Jho Low bersubahat untuk memperdaya saya. Saya tak sedar Petrosaudi telah mengalihkan dana 1MDB dan saya langsung tidak mengetahui saya telah menerima wang daripada dana yang dihantar oleh 1MDB kepada Petrosaudi.
“Walaupun sukar untuk sesetengah pihak memahami, saya telah dinasihati dan dengan jujur percaya pada masa itu dana yang saya terima adalah sumbangan politik dari Arab Saudi,” katanya.
Walau bagaimanapun, artikel The Edge tidak membebaskan Najib sepenuhnya daripada kesalahan.
Artikel itu menyimpulkan bahawa Najib tidak mengetahui tentang kecurian dana 1MDB, tetapi hanya sehingga 2010 sekurang-kurangnya, dan mengenai kecurian AS$1.5 bilion daripada bon yang diperoleh pada 2009.
Artikel itu tidak membuat kesimpulan sama ada Najib kekal tidak tahu di kemudian hari.
Spekulasi juga timbul mengatakan bahawa keputusan kerajaan untuk merangka rang undang-undang tahanan rumah adalah berkaitan dengan Najib, yang hukuman penjaranya sekarang adalah atas kes SRC International.
Bagaimanapun, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menafikan spekulasi itu dengan menegaskan rang undang-undang tahanan rumah itu tiada kaitan dengan mana-mana individu.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by alesandra at 25-10-2024 06:47 PM
Dia ckp diterima baik tu maksudnyer memaafkan ke sundel?terima baik pe'el najib acah2 mintak maaf bukan memaafkan.jauh sekali nak membebaskan najib.bodo punya keling.mcm mana bole jadi lawyer |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti kat blakang ade deal antara jibby dgn bapok tua.
"Jib ko buat PC mitak maaf ja cukupp. Pepandai la non kasi ejasss"
|
|
|
|
|
|
|
|
Acah2 jd jurucakap PMX.. |
|
|
|
|
|
|
|
kekadang kan pelik dgn perangai walanon2.. diorg punya pendirian mcm tak sama dgn anwar ibrahim
anwar tak bising pun pasal akmal saleh.. tapi walanon2 pulak yg melebih2 bising pasal akmal saleh
anwar ok je dgn zahid.. tapi walanon2 pulak yg melebih2 kecam maki zahid
tapi kan.. pasal anwar terima baik permohonon maaf najib ni.. jenuh walanon2 nak spin
buat penat walanon2 je berguling di jalanan satu ketika dulu berdemo menentang pemerintahan najib... alih2 anwar terima baik je permohonan maaf najib |
|
|
|
|
|
|
|
terma2nkondisi2 replied at 25-10-2024 11:17 PM
kekadang kan pelik dgn perangai walanon2.. diorg punya pendirian mcm tak sama dgn anwar ibrahim
anw ...
Pot pet pot pet merata jd batu api. Ko jaga famili ko yg sakit otak tu sudahlah…
Kah kah kah |
|
|
|
|
|
|
|
manopBKK replied at 25-10-2024 11:30 PM
Pot pet pot pet merata jd batu api. Ko jaga famili ko yg sakit otak tu sudahlah…
Kah kah kah ...
jadi batu api? bila masa?
aku cuma kutuk walanon je
dlm masa yg sama berjuang menghapuskan ketaksuban dlm politik |
|
|
|
|
|
|
|
terma2nkondisi2 replied at 25-10-2024 11:37 PM
jadi batu api? bila masa?
aku cuma kutuk walanon je
Bila sibok teropong org lain sampai sendiri tak sedar keburukan diri. Cerita la sikit kt sini sejarah famili ko yg sakit jiwa tu…
Prooot ..
Kah kah kah |
|
|
|
|
|
|
|
manopBKK replied at 25-10-2024 11:42 PM
Bila sibok teropong org lain sampai sendiri tak sedar keburukan diri. Cerita la sikit kt sini seja ...
laaa... sejak bila pula kalau kita ada family member yg ada masalah kesihatan dikira sbg keburukan diri
nak cerita kat sini nak buat ape.. lari topik la nanti
lagi pun masalah tu telah pun diselesaikan dgn baik |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by white_musk at 26-10-2024 12:40 AM
rakyat msia tak perlukan koyak..
kerana orang malaysia sudah kaya raya, harga minyak murah, harga barang murah, semua pakat2 beli rumah landed alamat kuala lumpur... |
|
|
|
|
|
|
|
boleh jadi jugak koyak ada deal dengan mahakaya...
"make sure jib duk dalam.... kalau dia keluaq, rahsia hang aku bongkaq..."
|
|
|
|
|
|
|
|
manopBKK replied at 25-10-2024 11:30 PM
Pot pet pot pet merata jd batu api. Ko jaga famili ko yg sakit otak tu sudahlah…
Kah kah kah ...
Aku nampak ko yg sakit otak kat sini . Sanggup create banyak id.pastu tag org tu tag org ni dgn harapan org akan layan ko.pastu dok personal atck lagi ..dok korek n up benang lama2 ..punya lah batak perhatian ko ni..mesti in reality ko sbenarnya tak cukup kasih syg kann...better ko gi refer hospital mental...makin teruk da aku tgk..ramai acikfor yg komplen psl ko ni..kesiann btul |
|
|
|
|
|
|
|
soalan terjah camtu takkan bangnon nak jawab "pegi mampus" kalau ikutkan patutnya bangnon lagi lah ada dendam peribadi ngan jib kes sepol. dia jawab je lah utk diamkan reputs |
|
|
|
|
|
|
|
nuar mmg perasan |
|
|
|
|
|
|
|
Berani ke nuat freekan ajib?
Kang kena chantas baru tau. Mungkin jawapan tu simpul2 biawak sekadar menjawab soalan
Tp tak leh pakai gak diarg ni, kita sibuk2 cari yg terbaik tuptup diarg dah baikkk punya kawtim |
|
|
|
|
|
|
|
habis urusan siapa xkan latheeya koyak ada kata putus? |
|
|
|
|
|
|
| |
|